mattzzx Publish time 12-2-2022 03:48 PM

Helikopter Black Hawk terbang tanpa juruterbang

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/02/12/1494564.jpg
Helikopter UH-60A Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat terbang tanpa juruterbang di Kentucky baru-baru ini. - Foto Lockheed Martin

FRANKFORT - Sebuah helikopter UH-60A Black Hawk milik tentera Amerika Syarikat (AS) berjaya melakukan dua penerbangan tanpa menggunakan juruterbang baru-baru ini.

Ia melakukan penerbangan selama 30 minit tanpa sesiapa pun berada di dalam helikopter tersebut dari Fort Campbell, Kentucky pada Sabtu minggu lalu dengan satu lagi penerbangan turut dilakukan pada Isnin.

Penerbangan tanpa juruterbang itu merupakan projek perkongsian antara Lockheed Martin Sikorsky dan Agensi Projek Penyelidikan Senjata Pertahanan (DARPA).

DARPA ialah sebuah agensi penyelidikan dan pembangunan yang bertanggungjawab bagi kemunculan teknologi baharu untuk Jabatan Pertahanan AS.

Black Hawks digunakan untuk pelbagai peranan dalam tentera AS termasuk misi khas.

Stuart Young iaitu pengurus program di Pejabat Teknologi Taktikal DARPA, berkata bahawa helikopter tersebut telah dipasang semula dengan teknologi autonomi Sikorsky MATRIX yang membentuk teras Sistem Automasi Dalam Kokpit (ALIAS) selain boleh mengubah cara penerbangan. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/187422/GLOBAL/Helikopter-Black-Hawk-terbang-tanpa-juruterbang
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Pages: [1]
View full version: Helikopter Black Hawk terbang tanpa juruterbang


ADVERTISEMENT