mattzzx Publish time 12-2-2022 03:32 PM

Pengantin lelaki lari pada hari pernikahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/wanda_1644634855.jpg
WANDA bersanding seorang diri selepas Riski melarikan diri. FOTO Agensi

Jakarta: Enggan bersanding menjadi punca seorang lelaki tidak hadir ke majlis pernikahannya menyebabkan pengantin perempuan bersanding seorang diri di daerah Dompu, dekat sini.

Pengantin lelaki, Muhammad Riski Dalaga membuat pengakuan itu selepas ditangkap polis ketika sedang bersembunyi di Kota Mataram.

Ketua Polis Dompu AKBP Iwan Hidayat berkata, Muhamad Riski ditangkap pada 8 Februari selepas pengantin perempuan Wanda Wulandari, membuat laporan polis.

"Menurut Riski, pada awalnya dia meminta majlis resepsi tidak diadakan, tetapi dia kecewa apabila permintaannya tidak diendahkan.

"Menurutnya, dia hanya mahu majlis itu dihadiri ahli keluarga, namun, dia bertindak melarikan diri selepas mendapati majlis resepsi diadakan secara besar-besaran," katanya kepada Detikcom pada Jumaat.

Terdahulu, tular di media sosial pengantin perempuan bersanding seorang diri pada 7 Februari lalu, sambil menangis teresak-esak selepas pengantin lelaki tidak kunjung tiba.

Walaupun berdepan situasi sukar, Wanda tetap bersalam dengan tetamu yang hadir, ditemani ahli keluarga yang membantu menyeka air matanya.

Malah, pengantin lelaki tidak hadir hingga majlis resepsi tamat, sebelum Wanda membuat laporan polis dan Riski ditangkap.

Bagaimanapun, Riski berjanji akan bernikah dengan Wanda selepas polis mengadakan perbincangan dengan keluarga pasangan itu, pada Jumaat.

"Sebelum solat Jumaat, pertemuan dan perbincangan sudah diadakan, mereka sudah mempunyai kata sepakat. Pihak pengantin lelaki dan perempuan akan dinikahkan semula. Itu yang dipersetujui kedua-dua keluarga," kata Iwan.

Namun, katanya, tarikh pernikahan antara kedua-dua mempelai itu belum dimaklumkan.

Wanda kemudian menarik balik laporan polis selepas Riski berjanji menikahinya.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:13 PM

set2 pondan, x berani
Pages: [1]
View full version: Pengantin lelaki lari pada hari pernikahan


ADVERTISEMENT