Agent13k Publish time 11-2-2022 03:49 PM

Instagram Bakal Lancar Cara Untuk Padam Komen Lama!

Kalau anda guna aplikasi Instagram, memang mustahil untuk cari dan padam komen atau reaksi di aplikasi tersebut. Tetapi melalui ciri "Your Activity" yang tersedia di Instagram sekarang, anda boleh mengurus aktiviti di Instagram dengan lebih mudah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/11/150618hzrs1404yqesgrx1.pngKredit foto: CNBC




Memetik SoyaCincau, ciri ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna menyemak dan memadam interaksi lama di dalam Instagram.

Anda hanya perlu pergi ke profil, tekan klik garis melintang di bahagian kanan sebelah atas, kemudian pilih "Your Activity" dan anda akan nampak sembilan pilihan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/11/150454zzkzs0fnpxmmkkpl.pngkredit foto: SoyaCincau



Ada 9 perkara yang anda boleh buat di tetapan "Your Activity" seperti melihat masa yang anda luangkan di Instagram, arkib atau padam gambar dan video yang telah dikongsikan.


Periksa sejarah akaun dan banyak lagi. Ini akan membantu pengguna yang mahu melihat semula komen yang lepas ataupun melihat sejarah akaun miliknya.

Adakah anda suka dengan penambahan yang diberikan oleh Instagram? -CARI

mbhcsf Publish time 13-2-2022 02:36 PM

cool. that is pretty useful.

Suchi Publish time 14-2-2022 12:43 AM

Ermm bila nak buat boleh edit or tukar gambar pada post yg lama?
Setakat boleh edit caption je tp gambar takleh tukar kalau gambar tu tak ok nak tanak delete jela.
Pages: [1]
View full version: Instagram Bakal Lancar Cara Untuk Padam Komen Lama!


ADVERTISEMENT