Vellfire Publish time 10-2-2022 07:07 PM

Demi penuhi impiannya, lelaki curi jip polis

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Image-2022-02-09-at-09.25.23.jpeg

BENGALURU: Lelaki berusia 45 tahun ditangkap kerana mencuri jip polis di Dharwad.
Dia menggunakan jip itu untuk melakukan perjalanan sejauh 112km, kata pegawai polis.
Lelaki tersebut memberitahu polis dia mencuri kenderaan itu untuk memenuhi impiannya memandu jip polis.
Suspek yang dikenali sebagai Nagappa Hadapad, 45 , yang tinggal di Annigeri bekerja sebagai pemandu lori syarikat logistik.
Dia memandu trak di seluruh negeri sebagai sebahagian daripada tugasnya dan terpesona dengan jip polis, lapor Hindustan Times.
Pada Selasa, Hadapad menemui jip polis yang diparkir di luar balai polis Annigeri.
Dua anggota polis yang bertugas mengendalikannya masuk di dalam balai untuk seketika dan meninggalkan kunci di dalam jip.
Suspek kemudiannya melarikan jip tersebut dan memandunya sepanjang malam menuju wilayah Motebennur Haveri sejauh 112 kilometer dari bandar Annigeri.Setelah penat memandu, dia meletakkan kenderaan di tepi jalan dan tidur di dalam kereta.
Beberapa penduduk yang melihat kenderaan tersebut di tepi jalan menjenguk ke dalam dan mendapati Hadapad sedang tidur.
Memandangkan pemandu itu tidak kelihatan seperti anggota polis, mereka memaklumkan kepada polis tempatan yang kemudian menghubungi polis Dharwad.
Polis tiba di lokasi dan menahannya.
Menurut polis, minyak jip itu masih penuh, namun Hadapad memberitahu dia mengambil keputusan berhenti di situ selepas berjaya mencapai hajatnya.
Hadapad tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, namun dipercayai mempunyai masalah mental dan siasatan lanjut masih diteruskan.

sarawakvoice.com/2022/02/09
Pages: [1]
View full version: Demi penuhi impiannya, lelaki curi jip polis


ADVERTISEMENT