NaylaArisha Publish time 10-2-2022 04:16 PM

9 Cara Halau Semut Guna Bahan Di Rumah.

Edited by NaylaArisha at 10-2-2022 04:17 PM

9 PETUA HALAU SEMUT DENGAN PANTAS & BERKESAN. TANPA RACUN!

1. CUKA
Cuka putih adalah penghalau semut yang amat berkesan kerana semut tak sukakan baunya yang kuat dan kandungannya yang berasid.Larutkan cuka ke dalam sedikit air dan masukkan ke dalam botol'spray' kosong. Kemudian, semburkan ke bahagian pintu masuk atau laluan semut.Ulangi beberapa kali sebaik saja larutan ini kering. Dalam beberapa hari, anda akan nampak kesannya.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/cuka-vinegar.jpg

2. KAYU MANIS & CENGKIHBagi sesetengah yang tak sukakan bau cuka, anda boleh menggunakan serbuk kayu manis dan cengkih.Taburkan serbuk tersebut di laluan semut dan biarkan selama beberapa hari.Bagi yang ada ‘cinnamon essential oil’, anda boleh campurkan minyak ini dengan sedikit air semburkan ia ke kawasan tersebut. Bukan saja mewangikan rumah, semut-semut pun hilang!https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/cinnamon-kayu-manis-rempah.jpg

3. SERBUK KOPISerbuk kopiasli juga mempunyai bau yang kuat dan boleh digunakan untuk menghalau semut daripada menghurung makanan di rumah anda.Caranya, ambil sedikit serbuk kopi di kawasan laluan masuk semut dan biarkan beberapa hari. Semut akan menjauhi kawasan ini dan tak akan datang lagi.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/08/kopi-hilangkan-bau-tandas-950x600.jpg

4. SODA PENAIKSecara teorinya, gula aising adalah untuk memerangkap semut manakala soda penaik pula adalah bahan yang boleh membunuh semut-semut tersebut.Caranya, campurkan soda penaik dengan gula aising (powdered sugar) dengan nisbah 1:1. Taburkan serbuk ini di kawasan kering yang ada semut dan lihat kesannya dalam beberapa hari.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/hilangkan-bau-bawang-5.jpg

5. DAUN SIRIHCincangkan beberapa helai daun sirih dan taburkannya pada tempat semut selalu berkerumun. Bau herba ini akan menghalang semut daripada mendekati kawasan tersebut.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/daun-sirih-1-850x600.jpg

6. AIR LADAAir rendaman lada kering boleh digunakan untuk menghalau semut. Simpankannya ke dalam sebuah botol penyembur dan semburkan di laluan semut.Atau, letakkan beberapa tangkai cili kering pada di sekitar laluan semut. Ini dapat menghindarkan semut menghampiri gula.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/cili-keirng-lada-1024x768.jpg

7. KULIT TELURBakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.Selain semut, cara ini juga berkesan untuk menghalau cicak atau serangga lain yang tak diingini.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/egg-shell-1024x682.jpg

8. KULIT LEMON / ORENBuah-buahan sitrus juga mengeluarkan bauan wangi untuk kita, tetapi tidak untuk semut dan serangga lain.Oleh itu, ambil peluang ini untuk menggunakan semburan sitrus untuk menyegarkan kediaman di samping menyahkan semut-semut daripada rumah anda.Anda juga boleh menggunakan cincangan daun limau purut untuk kesan yang lebih baik.https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/kulit-lemon-oren-1024x512.jpg

9. DAUN PANDANSatu lagi petua halau semut yang praktikal untuk anda gunakan adalah daun pandan.Cincang daun pandan taburkan ke kawasan laluan semut. Boleh juga dimasukkan ke dalam bekas gula atau beras. Makanan pun bertambah harum dengan aromanya!https://media.siraplimau.com/wp-content/uploads/2016/11/pandan-1.jpg



sektorswasta Publish time 14-2-2022 05:15 PM

Actually nak halau semut
senang je
pakai White vinegar and Lemon.
Nanti dia keluar terus.


Mod nak tacang please hehe. Iols dah jawab bod ini
Pages: [1]
View full version: 9 Cara Halau Semut Guna Bahan Di Rumah.


ADVERTISEMENT