mattzzx Publish time 10-2-2022 02:49 PM

Dah dua tahun mati dalam rumah

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Marinella_Beretta_1a_1644445820.jpg
JIRAN menyangka Marinella berpindah sejak lebih dua tahun lalu.

Rom: Menyedihkan apabila polis Itali baru menemui rangka seorang wanita berusia 70 tahun yang dipercayai meninggal dunia, dua tahun lalu.

Marinella Beretta, yang tidak mempunyai saudara-mara yang masih hidup, ditemukan di rumahnya di Prestino, berhampiran Tasik Como di utara Itali.

Polis menemui mayat wanita itu ketika membuat panggilan ke rumah semasa angin kencang di Lombardy, yang berisiko menumbangkan pokok yang diabaikan di taman.

Bagaimanapun, polis tidak menemui apa-apa di tempat kejadian untuk mengaitkan kematian wanita itu dengan unsur jenayah dan pihak berkuasa tempatan dijangka menanggung kos pengebumiannya.

Media Itali melaporkan, jiran terdekat mendakwa tidak melihat wanita itu sejak lebih dua tahun lalu.

Jiran yang tidak melihat Beretta sejak September 2019 mengandaikan wanita itu berpindah pada permulaan wabak Covid-19, yang melanda utara Itali pada 2020.

"Apa yang berlaku kepada Beretta di Como, kesunyian yang dilupakan dan ia amat menyakitkan hati kami.

"Kami mempunyai kewajipan, sebagai masyarakat yang ingin kekal bersatu, untuk mengingati hidupnya, tiada siapa yang mesti dibiarkan bersendirian," kata Menteri Keluarga Elena Bonetti menerusi hantaran di Facebook (FB).

Laporan Institut Statistik Kebangsaan (ISTAT) 2018 menunjukkan hampir 40 peratus daripada mereka yang berusia lebih 75 tahun di Itali, tinggal bersendirian.

Mereka tidak mempunyai saudara-mara mahupun rakan untuk dihubungi, sekiranya memerlukan.

Kisah itu mendapat liputan meluas media tempatan dengan akhbar paling laris di Itali, Corriere della Sera memaparkan berita itu pada muka depannya.
Pages: [1]
View full version: Dah dua tahun mati dalam rumah


ADVERTISEMENT