Raline Publish time 10-2-2022 02:29 PM

Kuwait haramkan tayangan filem Death on the Nile

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/kuwait-ban.jpg
Filem Death on the Nile diadaptasi daripada novel hasil karya Agatha Christie. - 20th Century Studios

Kuwait haramkan tayangan filem Death on the Nile

BANDAR KUWAIT – Kerajaan Kuwait mengharamkan tayangan filem terbaharu bertajuk Death on the Nile di negara itu kerana dibintangi oleh pelakon Israel, Gal Gadot, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Menurut akhbar Al-Qabas, larangan tayangan filem yang diadaptasi daripada novel hasil karya penulis British terkenal, Agatha Christie itu dilakukan ekoran permintaan ramai di media sosial.

Pegawai negara itu berkata, Kuwait tidak akan membenarkan sebuah filem yang dibintangi oleh bekas askar Zionis ditayangkan di negara tersebut.

Gadot pernah menjalani khidmat tentera di Israel selama dua tahun sebelum memulakan kariernya sebagai pelakon.

Bekas Ratu Cantik Israel itu diketahui sering menyatakan sokongan penuh terhadap tentera Zionis secara terbuka dan melemparkan kritikan ke atas pejuang Hamas di Palestin.

Filem Death on the Nile dijadualkan mula ditayangkan di Amerika Syarikat pada bulan ini. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2022/02/10/kuwait-haramkan-tayangan-filem-death-on-the-nile/

buragazz Publish time 10-2-2022 03:10 PM

Good Job Kuwait.. sementara itu di ibu pertiwi... sila sambung...

kakikuDibibirmu Publish time 12-2-2022 12:17 AM

Noh Gadot tersenyum sinis;P

kakikuDibibirmu Publish time 12-2-2022 12:17 AM

Kuwaiti algorithm tersenyum sinis;P

akubest Publish time 14-2-2022 10:27 AM

yg haram tu nak tengok sangat:laugh3:

missus_meow Publish time 14-2-2022 10:37 AM

so segala filem yg ada aktor israel kena ban lah ye ... didnt know that ... oh well ...

mat_arof Publish time 14-2-2022 11:03 AM

gadot ni pernah berkhidmat dalam tentera israel...sebab tu patut di haram kan je filem filem gadot ni.

dekmieDandy Publish time 14-2-2022 03:00 PM

iolls pun akakn pirate je cerita ni and semua cerita yang si gadot ni berlakon in future

lagipun dia tak reti berlakon

delia3003 Publish time 14-2-2022 10:38 PM

Edited by delia3003 at 14-2-2022 10:39 PM

dekmieDandy replied at 14-2-2022 03:00 PM
iolls pun akakn pirate je cerita ni and semua cerita yang si gadot ni berlakon in future

lagipun di ...

Bersusun job si Gal Gadot ni, semua high profile projects. Ada 4-5 movies tunggu masa shooting, antara actress paling busy kat Hollywood sana. Sampai ada yg komen asyik dia je.

mat_arof Publish time 15-2-2022 07:13 AM

delia3003 replied at 14-2-2022 10:38 PM
Bersusun job si Gal Gadot ni, semua high profile projects. Ada 4-5 movies tunggu masa shooting, an ...

Daripada Ambil Gal Gadot ni berlakon,...lebih baik Produser ambil Natalie Portman...Oscar Winner lagi,.


Gadot ni filem apa je yang best...setakat Wonder Women je...filem lain semua flop...lakonan Kayu

dekmieDandy Publish time 15-2-2022 10:19 AM

delia3003 replied at 14-2-2022 02:38 PM
Bersusun job si Gal Gadot ni, semua high profile projects. Ada 4-5 movies tunggu masa shooting, an ...

hurmmm nyampahnya, last iolls tgok gadot kat wayang wonderwoman kot

menguap nyah, sib baik ada chris pine

aina_shaira Publish time 15-2-2022 12:02 PM

yup gal gadot ni tengah laku sekarang
asyik muka dia je
dia berlakon tak best

delia3003 Publish time 15-2-2022 12:18 PM

Edited by delia3003 at 15-2-2022 12:20 PM

dekmieDandy replied at 15-2-2022 10:19 AM
hurmmm nyampahnya, last iolls tgok gadot kat wayang wonderwoman kot

menguap nyah, sib baik ada ch ...

I pun setakat tgk WW dgn JL kat tv je, WW2 malas nak tgk sbb ramai cakap tak best dan review pun teruk jugak. Ramai jugak yg cakap dia tak pandai berlakon tapi dah tgh laku keras, fans pun ramai.

2023-2024 bersusun ler movies dia keluar. Yg I ingat Disney's Snow White jadi Evil Queen, Cleopatra, movie netflix, ada ler lagi tak ingat.

nadie90 Publish time 21-2-2022 01:49 AM

Xbc full artikel lg pun dah bleh agak sbb GG berlakon

Ceq pun memilih utk xtonton filem2 lakonannya lps ni...last tgk dia berlakon filem JL saja....xrugi pun xtgk dia ni berlakon

mizzmimi Publish time 27-2-2022 04:50 PM

Tengok red notice ya auloh.. Skala menguap tengok lakonannya anak gadot ne. Mengada lebih

dudaberhias Publish time 6-3-2022 04:37 AM

tak kisah pun gadot ni israeli ke yehudi amarika ke yehudi laut ke yehudi hutan dan gunung... yang pasti rengsa dengan accent sheols plus lakonan sheols pun haukkkk...

herlok? tak herlok mana pun muka keras... ramai lagi yahudi herlok2 di muka bumi ni...
tak minat pun nak tengok... tapi wonder woman 3 confirm kaka tengok jugak walaupun lakonan nauzubillah...

buragazz Publish time 5-4-2022 05:25 PM

Lagi best murder on the orient express yg ni suku movie aku dapat tangkap sapa mastermind...
Pages: [1]
View full version: Kuwait haramkan tayangan filem Death on the Nile


ADVERTISEMENT