Cintaerina Publish time 10-2-2022 12:40 PM

"Bukan Tidur Dalam Kereta" - Gadis Dedah Cerita Sebenar Tragedi Keracunan Karbon Monoksida

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/10/111929katuuatyzvmjhsj4.png
Sumber: Tiktok Nor Aqilah




Adakah anda masih ingat tentang insiden keracunan gas karbon monoksida yang menyebabkan seorang gadis kehilangan kembarnya dan dua rakan baik ketika dalam perjalanan pulang dari bercuti dua tahun lalu?




7061906751779540250


Baru-baru ini, Aqilah yang lebih selesa dipanggil adik memuat naik video kenangan mereka bersama di akaun TikTok miliknya kerana perasaan rindunya terhadap tiga insan penting dalam hidupnya.




DmBA6ReieHE


Melalui temu bual bersama Astro Awani, Aqilah menceritakan kembali detik kejadian. Katanya, sebaik tiba di stesen minyak, kembarnya, Nor Adilah (pemandu) dan Sharifah Fariesha (penumpang hadapan) keluar membeli sedikit makanan dan minuman untuk mengisi perut. Sementara itu, Aqilah dan Ayuni Shazwanie pula berehat di tempat duduk belakang.


Selepas siap membeli makanan, mereka kembali ke dalam kereta. Malah, mereka sempat berbual-bual sambil makan bersama dan menurut Aqilah tiada seorang pun daripada mereka berempat yang tidur ketika itu seperti didakwa sesetengah laporan.




7062722020416458011


Bagaimanapun, Nor Aqilah akui dia sangat terkejut semasa dia tersedar selepas 10 hari menerima rawatan di Hospital Angkatan Tentera Lumut. Sukar untuk dia menerima takdir apabila mengetahui kembar dan dua rakan baiknya meninggal dunia dalam tragedi menyayat hati itu.


Pada malam itu, Aqilah mengatakan bahawa enjin serta pendingin udara masih dihidupkan manakala pintu dan tingkap kereta bertutup rapat kerana mereka tidak menjangkakan tragedi itu berlaku.


Namun, berkat sokongan keluarga dan masyarakat, Nor Aqilah sudah pulih sepenuhnya.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/10/112128n97bb2g9fl2qfl3x.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/10/112128rrgju3uzn0r5zuxn.pngSumber: Tiktok Nor Aqilah










Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan bahaa mereka semakin berwaspada setiap kali menaiki kereta berikutan peristiwa menyayat hati yang menimpa empat sekawan ini. - CARI

musangbodoh Publish time 10-2-2022 01:04 PM

takziah...come2 belaka...dah 2 tahun rasa mcm smlm ja

Artemesiaa Publish time 10-2-2022 01:23 PM

Sebab tu kalau nak stop kejap pastikan tingkat dibuka sedikit jangan tutup rapat bimbang ada kebocoran gas boleh mengundang bahaya pada penumpang.

helicornia Publish time 10-2-2022 01:24 PM

Mmg la ko tk tau semua tertido sbb ko pun tk sedar.karbon monoksida tu kan mmg menyebabkan org tk sedara diri

babelina Publish time 10-2-2022 04:37 PM

tabahkn hati ye dik.. apa yg berlaku jd pengajaran bg ramai org..
moga roh mereka2 yg pergi dicucri rahmat.. amin yra..

Lagubestbest Publish time 10-2-2022 04:46 PM

kena beli gas detector selit dalam kereta.

amyfiq Publish time 10-2-2022 08:16 PM

Edited by amyfiq at 11-2-2022 11:54 AM

ai selalu nak tahu cerita sebenar ape yg berlaku kat dorang ni
finally, ade cerita nye yer
al fatihah utk 3 orang tu

jazaa100 Publish time 11-2-2022 01:14 PM

helicornia replied at 10-2-2022 01:24 PM
Mmg la ko tk tau semua tertido sbb ko pun tk sedar.karbon monoksida tu kan mmg menyebabkan org tk se ...

Masalahnya.....dorang bkn tido...dorang sembang sembang sambil mkn...tetiba pengsan....dia tersedar selepas 10hari

copy_paste Publish time 13-2-2022 12:38 PM

puncanya ada kebocoran,tiba2 je pengsan, uii bahaya ... kalau tengah mennadu jd mcm tu,

sarahmirza Publish time 13-2-2022 01:44 PM

I kalau berhenti kejap tak tidur pun i tetap turunkan tingkap sikit bagi udara luar masuk keluar...
Berhati2 selalu,tragedi kita tak tau bila2 boleh berlaku.

anony-mous Publish time 14-2-2022 02:06 AM

copy_paste replied at 13-2-2022 12:38 PM
puncanya ada kebocoran,tiba2 je pengsan, uii bahaya ... kalau tengah mennadu jd mcm tu,

Klau kereta bergerak jarang jd sbb ada udara dari luar tukar dgn dlm. Sbb tu kes mcm ni akn jd bila kereta tgh stop. Gas tu berkumpul dlm kereta. Biasanya akn rasa loya dlu. Ni yg i pernah alami dari ekzos kereta. Lepas tu akn muntah2.

copy_paste Publish time 14-2-2022 08:18 AM

anony-mous replied at 14-2-2022 02:06 AM
Klau kereta bergerak jarang jd sbb ada udara dari luar tukar dgn dlm. Sbb tu kes mcm ni akn jd bil ...

owhh mmg bahaya la kalau berhenti,risau lagu ni kalau tinggal anak dlm kereta,
kena beringat la kalau nk berhenti kena bukak tingkap sikit,

matjerk Publish time 14-2-2022 08:54 AM

jazaa100 replied at 11-2-2022 01:14 PM
Masalahnya.....dorang bkn tido...dorang sembang sembang sambil mkn...tetiba pengsan....dia terseda ...

Mereka pengsan serentak ke erk? Antara mereka dpt tgk tak sesama sendiri pengsan?

matjerk Publish time 14-2-2022 09:10 AM

Interview astro awani tu.. dia kata depa keluar beli maggi n tea live.. lps tu masuk kereta makan2 sambil bersembang... lps tu dia pengsan... dan dia kata masa tu yg lain2 masih bersembang... mcm mana dia tau erk?

Sedih jugak cerita dia.. sedar2 dah kat hospital... n bila dia tgk balik chat lama... farisha pnh ckp sempat ke x konvo ni... kembar ni ada bisness bundle... so skrg dia sambung uruskan bisnes bundle tu... kembar ni mesti terkesan sungguh... pertama sbb pasangan kembar yg duduk sama2 sejak dalam rahim mak dia meninggal... kedua sebab kawan2 baik dia meninggal... mesti rasa lost gila.. hope dia telah pulih mental n emosi.... kucing mati pun rasa sedih.. apatah lagi situasi mcm dia ni

matjerk Publish time 14-2-2022 09:27 AM

Baru tgk one of video kat tiktok dia...
Dia ada tunjuk wasap conv diaorang... masa berenti g beli makanan tu... salah sorang tanya nak beli apa... nak makan apa.... yg ada dlm kereta kakak je.. lain2 keluar beli/bawak minuman n makanan...
Ayuni ada htr gambar... gambar si kembar yg survive tu je sorang2 naik buaian... yg lagi 3 org x de..
Mereka makan... sambil sembang.. lps tu yg survive rasa pening.. lalu sandar.. dan x sedar diri...
Lps sedar dari koma.. bende pertama yg keluar dari mulut dia MANA KAKAK? sbb dia kata dia aasyik mimpi kakak dia masa dlm koma...kakak dia bgtau"adik pengsan di sebuah pulau"
Semoga kalian ditempatkan di syurga

annehuda Publish time 14-2-2022 09:52 AM

teringat satu citer kt reddit ni, pasal sorg redditor ni citer pasal die selalu dpt nota pelik-pelik dalam rumah dia padahal dia duduk sorang diri. pastu ada sorg ni suggest gi check karbon monoxide dalam rumah tu. skali tu mmg btul la keracunan co

“On the 15th of April I found a yellow post-it note in a handwriting that wasn’t mine on my desk reminding me of some errands I had to do, but told literally nobody about. While odd, I chalked it up to something I did in my sleep, thinking maybe in my half-awake state I scrawled it so it didn’t appear to be my handwriting. I threw it out and thought little of it.

On the 19th, I found another post it note on the back of my desk chair, in the same handwriting as the previous note, telling me to make sure I “saved my documents”. I was freaked out, but there were no other signs of a break-in, so I set up a web-cam in my house aimed at my desk and used a security-cam app for it to record after detecting movement.

On the 28th, I woke up to find another post-it note, this one saying, “Our landlord isn’t letting me talk to you, but it’s important we do.” I immediately checked the webcam’s folder on my computer and found nothing from the night before, but my computer’s recycling bin had been emptied, which I am certain I did not do recently, indicating someone had noticed the webcam and deleted the files. (They were just saved straight to a folder on my desktop called “Webcam”.)

Today, on the 1st of May, I found another post it note, this time on the outside of my door, with nothing written on it– and there also appeared to be post-its on many other doors in my apartment complex, all blank, in varying colors.

Do I have any legal recourse here? I have no proof except for the post-its, but those are written by my pen and on my post-it notes, so conceivably I could have faked them. Would contacting the police get me into any trouble, if they can’t determine an outside source for this? I just want to make sure I’m not wasting anyone’s time.”

jazaa100 Publish time 14-2-2022 04:38 PM

matjerk replied at 14-2-2022 08:54 AM
Mereka pengsan serentak ke erk? Antara mereka dpt tgk tak sesama sendiri pengsan?

Iya....pengsan serentak.....
Tu yg hidup bgtau sbb dia sedar sedar dah 10hari kat hosp....yg lain dah meninggal

Mini.Me Publish time 17-2-2022 02:17 PM

Akhirnye dpt tau cerita sebenar...sbb masa kes ni dulu pelik jugak awal lg hari tapi semua ketiduran dlm kereta...even penat skali pon mesti ade sorg akan berjaga risau kann
Pages: [1]
View full version: "Bukan Tidur Dalam Kereta" - Gadis Dedah Cerita Sebenar Tragedi Keracunan Karbon Monoksida


ADVERTISEMENT