Raline Publish time 10-2-2022 11:38 AM

Putera Raja Patani Terakhir di Kelantan– 1951.

Putera Raja Patani Terakhirdi Kelantan– 1951.
Kredit : Izmal Karim


Sebahagian dari foto-foto memaparkan Tengku Mahmood Mahyideen yang berjaya di rakamkan oleh Howard Sochurek selaku jurufoto bagi LIFE Magazine yang di siarkan pada bulan Oktober 1951 ketika berada Kelantan bertajuk Beach Of Passionate Love.

Tengku Mahmood Mahyideen merupakan salah seorang putera kepada Raja Patani yang terakhir. Diputerakan pada 30 Oktober 1908 oleh bondanya bernama Cik Maimunah, suri ketiga kepada Tengku Abdul Kadir Kamaruddeen. Selang empat setengah tahun kemudian, bondanya meninggal dunia dah di besarkan oleh Tengku Kembang, Permaisuri Raja Patani.

https://www.facebook.com/photo/?fbid=255100516770964&set=pcb.979733092973463


Digelar sebagai Harimau Malaya kerana ketokohan serta penglibatan beliau dalam operasi membebaskan Tanah Melayu dari pendudukan Jepun bersama pasukan Force 136 berpangkat Mejar dengan sokongan British.

Selepas tamat Pendudukan Jepun beliau terlibat secara serius dalam usaha membebaskan Negeri Patani dari Siam. Namun usaha beliau mendapat tentangan Siam dengan sokongan kuat Amerika Syarikat yang menjadi paksi kuasa dunia baru selepas tamat Perang Dunia Ke-2 di rantau Asia Pasifik. Kesudahannya usaha beliau menemui kegagalan kerana tidak mendapat restui oleh British di Tanah Melayu.

https://www.facebook.com/photo?fbid=255100593437623&set=pcb.979733092973463

Akhirnya akibat tekanan politik dan bagi memastikan keselamatan diri serta keluarganya, beliau bertindak berhijrah ke Kelantan kerana beliau ada hubungan akrab serta talian kekeluargaan dengan rakyat Kelantan.

Tengku Mahmood Mahyideen dilaporkan mempunyai chalet/rumah percutian di Pantai Chinta Berahi dan berdasarkan koleksi foto-foto dari Howard Sochurek ini menunjukkan beliau mengenali lebih dekat Osman Gumanti melalui perantaraan Nik Ahmad Kamil yang merupakan salah seorang teman rapatnya.

Pada 12 Februari 1954 Tengku Mahmood Mahyideen meninggal dunia pada usia 46 tahun. Personaliti dan Keperibadian beliau menjadi satu kebanggaan Orang Melayu di Patani dan Kelantan kerana beliau menjadi Tokoh penting dalam penentangan warga tempatan terhadap Jepun di Tanah Melayu.

Foto-foto ini dirakamkan bersempena sambutan “Puja Pantai ” yang berlangsung di Pantai Cinta Berahi (PCB) yang sebelum itu lebih di kenali oleh warga tempatan sebagai Pantai Semut Api.

Namun kini kawasan pantai ini di dinamakan sebagai Pantai Cahaya Bulan yang mana lokasinya lebih kurang 10 kilometer dari bandar Kota Bharu, Kelantan.




Rujukan :
1. LIFE Magazine Photos Archive.
2. Harimau Malaya. Biografi Tengku Mahmood Mahyiddeen. Mohd Zamberi A.Malek. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 2009.
3. Tengku Mahmud Mahyiddeen and the Dilemma of Partisan Duality.Hugh Wilson.Journal of Southeast Asian Studies , Cambridge University Press on behalf of Department of History,National University of Singapore., March 1992, Vol. 23, No. 1.


sharlenetexas Publish time 18-2-2022 03:49 AM

Osman Gumanti pelakon tu ke?

unoryah Publish time 23-2-2022 01:37 PM

beliau tak ada zuriat ke?
Pages: [1]
View full version: Putera Raja Patani Terakhir di Kelantan– 1951.


ADVERTISEMENT