Raline Publish time 9-2-2022 08:44 PM

Kerap makan paracetamol tingkat risiko serangan jantung

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/02/paracetamol.jpg
Pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam bagaimanapun tidak menjadi masalah. – PA

Kerap makan paracetamol tingkat risiko serangan jantung

LONDON – Satu kajian terbaharu mendapati bahawa pengambilan pil paracetamol secara kerap akan meningkatkan risiko serangan jantung bagi satu perempat daripada penduduk Britain, lapor akhbar The Sun kelmarin.

Amaran itu diberikan pakar yang menyatakan bahawa pengambilan pil tersebut dalam jangka masa panjang merisikokan 15 juta penduduk dewasa negara itu yang mengalami tekanan darah tinggi.

Menurut pasukan penyelidik dari Universiti Edinburgh, tindakan mengambil dua tablet pil tahan sakit itu setiap hari meningkatkan risiko serangan jantung atau angin ahmar sebanyak 20 peratus bagi pesakit yang sememangnya menghidap keadaan itu.

Justeru itu, mereka menasihati doktor-doktor agar memberikan dos serendah mungkin kepada pesakit-pesakit untuk mengawal kesakitan.

“Ini tidak berkaitan dengan pengambilan paracetamol dalam jangka masa singkat untuk sakit kepala atau demam. Ia tidak menjadi masalah.

“Sebaliknya, risiko tersebut memberi ancaman kepada individu yang mengambil pil itu secara kerap dalam jangka masa panjang, kebiasaannya untuk sakit kronik,” kata seorang doktor Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Scotland, Dr. Iain MacIntyre. – AGENSI

https://www.kosmo.com.my/2022/02/09/kerap-makan-paracetamol-tingkat-risiko-serangan-jantung/

adila39 Publish time 9-2-2022 11:06 PM

i see.. sangat jarang makan paracetamol ni.. unless sgt x tahan
Pages: [1]
View full version: Kerap makan paracetamol tingkat risiko serangan jantung


ADVERTISEMENT