Agent13k Publish time 8-2-2022 05:17 PM

Twitter Sediakan Butang Downvote, Fungsi Sama Macam Dislike Youtube!

Twitter sekarang ini hanya menyediakan butang "Like" sahaja untuk pembaca kongsikan rasa suka terhadap sesuatu "Tweet", namun tiada pula butang untuk menunjukkan rasa tidak suka, jadi Twitter sedang menguji butang "Downvote" tidak suka kepada lebih ramai pengguna di seluruh dunia.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/08/163847dqkzexz1xpxkxqq1.pngkredit foto: NewsByte




Menurut SoyaCincau, ujian ini akan dikembangkan ke web, serta di iOS dan Android. Butang ini tersedia pada "Tweet" di bahagian "Reply", tiada untuk "Tweet" utama, selain itu juga jumlah tidak suka yang diterima oleh sesuatu "Tweet" tidak boleh dilihat oleh orang ramai, hanya pemilik "Tweet" sahaja boleh ketahuinya jumlah tidak suka, ianya sama dengan Youtube yang menyembunyikan jumlah "Dislike" pada setiap video sekarang.

https://twitter.com/TwitterSupport/status/1489351648245956613?s=20&t=pS34xo0wWCzlZkYC-Q4uqg

Dengan adanya butang "Downvote" ini, ia akan membolehkan anda melihat siapa tidak bersetuju dengan "Tweet" yang dinyatakan. Namun, jika anda berubah fikiran, anda boleh tekan semula untuk batalkannya sama seperti fungsi butang "Like".

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/08/163102ayzhktwyytkrrwbz.pngkredit foto: World News



Adakah anda rasa ini penambahan baik untuk Twitter? -CARI

Afifi82 Publish time 8-2-2022 11:27 PM

Bagus pun. Mohon FB pon buat benda yang sama.

Perawankota Publish time 9-2-2022 04:16 AM

Elok letak kt semuasocial media

Artemesiaa Publish time 10-2-2022 05:33 PM

Baguslah bukan semua orang suka akan apa yang dipaparkan
Pages: [1]
View full version: Twitter Sediakan Butang Downvote, Fungsi Sama Macam Dislike Youtube!


ADVERTISEMENT