Vellfire Publish time 8-2-2022 02:16 PM

Pembeli barangan terpakai, temui ribuan kuku dalam sofa

https://sarawakvoice-rjwyphwqwyxd8vs1dgl2ujwh6uxd.netdna-ssl.com/wp-content/uploads/2022/02/WhatsApp-Image-2022-02-08-at-10.07.24.jpeg?x30130

LARNE: Sepasang kekasih baru-baru ini terkejut selepas menemui beribu-ribu keratan kuku di tepi sofa terpakai yang dibeli mereka, lapor Arynews.

Jess Louise dari Larne, Ireland Utara dan teman lelakinya membeli sofa terpakai selepas sofa lama mereka patah.

Di Facebooknya, Jess memberitahu gembira dapat membeli sofa tersebut kerana selain harganya murah, kondisinya juga masih bagus dan tidak berbau.

Namun, semuanya berubah selepas teman lelakinya menyeluk tangannya di dalam sofa itu untuk mencari alat kawalan TV yang terjatuh tersangkut di dalamnya.

Selain alat kawalan itu, teman lelakinya turut mengeluarkan bekas pembalut makanan dan kuku manusia.   

“Setelah diperiksa lanjut, kami berjaya mengeluarkan beribu-ribu kuku jari dengan saiz berbeza.

Jumlahnya begitu banyak sehingga saya merasakan pemiliknyamenggunakan beberapa jenis suplemen pertumbuhan; atau mempunyai kira-kira 10 jari tangan dan kaki tambahan,” kata Jess.

Selepas penemuan memualkan itu Jess sempat menasihatkan orang ramai yang ingin membeli barangan terpakai supaya memeriksa barangan yang dibeli dengan teliti sebelum membelinya.


sarawakvoice.com/2022/02/08
Pages: [1]
View full version: Pembeli barangan terpakai, temui ribuan kuku dalam sofa


ADVERTISEMENT