CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 783|Reply: 0

Hampir 4 Juta Penduduk Malaysia Hidap Diabetes, Jom Ubah Gaya Hidup!

[Copy link]
Post time 7-2-2022 02:29 PM | Show all posts |Read mode
Malaysia merupakan negara yang mempunyai jumlah penghidap penyakit diabetes yang tertinggi di Asia, juga antara paling ramai di dunia selepas negara Arab Saudi, berdasarkan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2019 (NHMS 2019), peratusan pesakit diabetes di Malaysia telah meningkat daripada 13.4 peratus pada 2015 kepada 18.3 peratus pada tahun 2019.

kredit foto: Medical News



Menurut Mstar, 1 dalam 5 individu dewasa berumur 18 tahun ke atas menghidap penyakit diabetes atau bersamaan dengan 3.9 juta penduduk Malaysia, perubahan gaya hidup membantu mencegah seseorang terkena diabetes jenis dua dan perkara ini sangat penting bagi mereka yang memiliki risiko menghidap penyakit seperti obesiti, kolestrol tinggi atau penyakit dari sejarah keluarga.

Berikut adalah beberapa langkah untuk mencegah diabetes.



  • Mengurangkan berat badan
kredit foto: Audacy



Menurunkan berat badan dapat mengurangkan risiko diabetesm dalam sebuah kajian, mereka yang berjaya menurunkan tujuh peratus berat badan dengan bersenam dan diet dapat menurunkan risiko terkena penyakit itu sebanyak 60%.

The American Diabetes Association menyarankan individu di peringkat pra diabetes perlu mengurangkan sekurang-kurangnya 10% berat badan mereka untuk mencegah diabetes daripada terus membesar.



  • Lebih aktif
kredit foto: Harvard



Ada pelbagai manfaat daripada aktiviti fizikal yang boleh dilakukan secara teratur, Senaman bukan sahaja dapat mengurangkan berat badan tetapi beberapa perkara seperti menurunkan gula dalam darah, ia juga meningkatkan terhadap insulin yang membantu menjaga kandungan gula dalam darah.



  • Lebihkan sayur-sayuran

kredit foto: Fatherly



Sayur-sayuran mempunyai pelbagai serat dan cukup membantu dalam porses menurunkan berat badan dan risiko diabetes, sayuaran yang berserat dapat melambatkan proses penyerapan gula dan menurunkan kadar gula dalam darah dengan lebih baik, ia sekaligus turut mempengaruhi kesihatan jantung, tekanan darah dan keradangan. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.052763 second(s), 24 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list