mattzzx Publish time 7-2-2022 02:19 PM

Resipi 'Kari Ayam Singapura' cetus kemarahan

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/global-currysg_1644142771.jpg
Hidangan ‘Kari Ayam Singapura’ yang menimbulkan kemarahan warga republik berkenaan. - FOTO Agensi

Singapura: Perkongsian New York Times di media sosial mengenai cara-cara memasak 'Kari Ayam Singapura' gagal menarik selera warga negara berkenaan sebaliknya menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati.

Ini kerana, video yang menampilkan seorang wanita memasak 'Kari Ayam Singapura' itu tidak menggunakan rempah kari dan daun kari.

Sebaliknya ia disediakan dengan cara memerapnya dalam perahan jus limau nipis dan kemudian merenehkannya secara perlahan-lahan dalam sos pedas, rempas-ratus dan santan.

Today melaporkan, antara jenis kari yang cukup dikenali di Singapura adalah versi masakan Nyonya yang pekat berlemak dengan santan dan sarat dengan ketulan ayam serta kentang.

Hidangan berkenaan juga berwarna jingga gelap kerana ia mengandungi cili dan serbuk kari, lazimnya termasuk rempah ratus yang dikisar bersama seperti kunyit dan halia.

Video yang dimuat naik oleh akaun @nytcooking di Instagram menunjukkan wartawan warga Amerika, Clarissa Wei yang dikatakan menulis rencana dan resipi kari ayam berkenaan.

Dia dikatakan mendapat resepi itu atas ihsan Shila Das, "seorang rakyat Singapura generasi kedua yang berketurunan India dan Vietnam".

Komen kecaman bertubi-tubi mengisi ruangan akaun Instagram itu.

Seorang pengguna bertanyakan soalan, 'Di manakah karinya?'.
Pages: [1]
View full version: Resipi 'Kari Ayam Singapura' cetus kemarahan


ADVERTISEMENT