Raline Publish time 5-2-2022 07:05 PM

(Video) Dua Kenderaan Terlibat Kemalangan Selepas Ditahan Polis Untuk Beri Laluan Kepada ‘VIP’

(Video) Dua Kenderaan Terlibat Kemalangan Selepas Ditahan Polis Untuk Beri Laluan Kepada ‘VIP’

Semalam, tular di platform media sosial satu video yang memaparkan dua kenderaan terlibat dalam kemalangan dipercayai kerana memberi laluan kepada kereta ‘orang ternama’.

Menerusi video berdurasi beberapa saat yang dimuat naik di Twitter itu, kelihatan satu kereta Perodua Kelisa telah melanggar belakang kereta Proton Wira yang dipercayai berhenti secara mengejut kerana perlu memberi laluan kepada kereta milik VIP.

https://twitter.com/jllmisai/status/1489549718313406466?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1489549718313406466%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fohmedia.my%2Fohtidak%2Fvideo-dua-kenderaan-terlibat-kemalangan-selepas-ditahan-polis-untuk-beri-laluan-kepada-vip%2F

Dalam video terbabit juga, jelas kelihatan kereta yang dimiliki ‘orang ternama’ itu melalui kawasan kejadian bersama-sama dengan pengiringnya sekali.

Oleh kerana video terbabit sudah tular, ramai warganet yang meluahkan rasa geram melihat ‘orang ternama’ itu langsung tidak mengambil endah terhadap kemalangan yang berlaku di hadapan mereka.

https://upload.beautifulnara.com/wp-content/uploads/2022/02/05122135/photo_2022-02-05_12-21-15.jpg

https://ohmedia.my

Orix Publish time 5-2-2022 07:54 PM

Iols nk tahu sapa VIP tu. Annoying ya hamat ! Jalan bukan jammed pun kau nk tahan2 bg laluan, nk cepat len kali naik jet peribadi ke helikopter ke tak pun ride ke jd pembonceng motor kuasa besar. Hidup tak menyusahkan org tak boleh ke

Jitu Publish time 6-2-2022 01:25 AM

adoi abis kereta

musangbodoh Publish time 6-2-2022 06:03 AM

itu pulis bodo...

vvip x sedar diri...blah gitu je

kesian tuan kete...kena claim tolak ncd jd 0 teloq ayam

Meiizu Publish time 6-2-2022 11:24 AM

kesian 2kete tu...vvip polis bodo

ezacbee Publish time 6-2-2022 11:49 AM

Yelah kita ni timun, dorang tu durian. Tapi ko tunggu la bila durian jadi tempoyak. Time tu timun lenyek korang cukup2. :lol:

bungarose Publish time 6-2-2022 12:46 PM

Makin teruk peel membuli rakyat

anony-mous Publish time 7-2-2022 05:45 AM

Laju betul kelisa tu. Sedikit sbyk salah kelisa tu jugak tp klau kelisa tu masih boleh gerak, elok langgar jr kereta vvip tu. Kenapa la x mampos kereta2 & org di dlm kereta tu?

epullipan Publish time 8-2-2022 10:07 AM

VVIP tersebut sila meninggal kena langgar

epal_putih Publish time 8-2-2022 11:07 AM

epullipan replied at 8-2-2022 10:07 AM
VVIP tersebut sila meninggal kena langgar

i nak aminkan yg ni

annehuda Publish time 8-2-2022 03:55 PM

kejadian kt sibu sarawak katenye

Artemesiaa Publish time 8-2-2022 05:45 PM

Tak pasal2 jadi mangsa keadaan jadi macam tu siapa nak bagi pampasan

cmf_PariS Publish time 9-2-2022 11:14 AM

viral mcm tu je... sapa vip tu???

batmana Publish time 9-2-2022 01:37 PM

raja sarawak lalu ka tu..?
Pages: [1]
View full version: (Video) Dua Kenderaan Terlibat Kemalangan Selepas Ditahan Polis Untuk Beri Laluan Kepada ‘VIP’


ADVERTISEMENT