mattzzx Publish time 5-2-2022 05:36 PM

Bertahan Rayan!

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/rayan2_1644049771.jpg
KERJA menyelamat masuk hari kelima. FOTO AFP

Rabat: Usaha menyelamat seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang terjatuh ke dalam sebuah perigi ketika sedang bermain di utara pekan Tamrout, 100 kilometer dari Chefchaouen kini berada di peringkat akhir.

Pasukan penyelamat semakin hampir untuk mengeluarkan Rayan yang terperangkap di dalam perigi selama lebih empat hari dalam operasi yang membahayakan dibimbangi berlaku runtuhan tanah.

Rayan menunjukkan tanda masih bernyawa melalui kamera yang dimasukkan ke dalam perigi itu.

Kanak-kanak lelaki itu terjatuh ke dalam perigi sepanjang 32 meter di bandar Bab Berred sejak Selasa lalu menyebabkan usaha menyelamat giat dijalankan dengan menggali lubang di sepanjang laluan sempit dan terowong melintasi beberapa meter tanah untuk mengeluarkannya.

Sebelum ini, bapa kepada mangsa iaitu Khalid Agoram membuat laporan mengenai kehilangan anaknya sebelum dikenal pasti terperangkap di dalam lubang.

Misi operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Jabatan Perlindungan Awam Maghribi giat dilakukan dan bakal ditamatkan pada bila-bila masa.

Keadaan kanak-kanak ini dilaporkan berada dalam keadaan sedar berikutan pihak berkuasa meletakkan kamera bagi melihat keadaanya dan dia dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Jurucakap kerajaan, Mustapha Baitas berkata, pasukan penyelamat mengorek lubang selari dengan perigi berkenaan untuk membina terowong bagi mengeluarkan mangsa.

Mengulas lebih lanjut, pasukan penyelamat turut menyalurkan bekalan oksigen dan makanan ke dalam tempat kanak-kanak itu terjatuh dan pihak perubatan bersiap sedia untuk memberikan rawatan kepada mangsa. Setakat ini, perigi itu sudah digali sedalam 24 meter oleh pihak berkuasa dan mereka masih memerlukan enam meter bagi mengeluarkan mangsa. Menerusi semakan di media sosial, rata-rata netizen turut bersimpati dengan nasib yang menimpa kanak-kanak ini dan turut menitipkan doa supaya urusan pencarian dapat dilakukan dengan secepat mungkin.

Di Twitter, tanda pagar #SaveRayan menjadi trending yang rata-rata bersimpati dengan nasib kanak-kanak itu.

mikroorganisma Publish time 5-2-2022 11:03 PM

hang in there rayan! #saverayan

Nizleen86 Publish time 5-2-2022 11:32 PM

Sikit je lagi..medical team tengah bawak dia keluar
Mesti Rayan tak sangka satu dunia doakan dia
Stay strong Rayan!
Pages: [1]
View full version: Bertahan Rayan!


ADVERTISEMENT