Vellfire Publish time 5-2-2022 01:53 PM

Tentera AS tolak vaksin dipecat

https://www.utusansarawak.com.my/wp-content/uploads/2022/02/Covid-Tentera-AS1.jpg

(FILES) In this file photo taken on September 9, 2021 Preventative Medicine Services NCOIC Sergeant First Class Demetrius Roberson administers a COVID-19 vaccine to a soldier in Fort Knox, Kentucky. - The US Army announced Wednesday it will begin discharging soldiers who refuse to comply with a mandatory Covid-19 vaccination rule. "Unvaccinated Soldiers present risk to the force and jeopardize readiness," Secretary of the Army Christine Wormuth said in a statement. (Photo by Jon CHERRY / GETTY IMAGES NORTH AMERICA / AFP)
WASHINGTON: Tentera Amerika Syarikat (AS) mengumumkan pada Rabu lalu bahawa ia akan mula memecat tentera yang enggan mematuhi peraturan wajib vaksinasi Covid-19.
“Askar yang tidak divaksin menimbulkan risiko kepada pasukan dan menjejaskan kesediaan.
“Kami akan memulakan prosiding pemisahan secara sukarela untuk askar yang menolak perintah vaksin dan tidak menunggu keputusan muktamad mengenai pengecualian,” kata Setiausaha Tentera, Christine Wormuth dalam satu kenyataan
Menurut kenyataan itu, lebih 3,000 askar boleh dilepaskan. Tentera AS mempunyai 482,000 anggota bertugas aktif pada akhir 2021.
Sehingga 26 Januari, enam pegawai berpangkat tinggi termasuk dua komander batalion telah disingkirkan daripada jawatan mereka kerana enggan mendapatkan vaksin Covid-19.
Tentera telah mengeluarkan teguran bertulis kepada 3,073 tentera yang juga enggan mendapatkan vaksin.
Tentera Laut AS mengumumkan pada pertengahan Oktober bahawa kakitangan yang menolak vaksinasi terhadap Covid-19 akan dibuang daripada pasukan itu.
Ia amat sensitif terhadap wabak itu kerana risiko bahawa satu kes Covid-19 boleh menjangkiti keseluruhan kapal atau kapal selam di laut, memaksanya tidak beraksi atau beroperasi.
Dalam kenyataan akhbar Rabu lalu, tentera laut berkata, bahawa sekitar 8,000 anggota bertugas aktif dan perkhidmatan simpanan masih belum diberi vaksin dan sehingga kini, 118 orang telah diberhentikan kerja kerana menolak vaksin.
Corp Marin sebelum ini berkata, ia telah membuang lebih daripada 300 orang.
Menurut Pentagon, sekitar 97 peratus daripada kira-kira 1.4 juta anggota tentera AS yang bertugas aktif telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19, -AFP

Utusan SarawakFebruary 4, 2022
Pages: [1]
View full version: Tentera AS tolak vaksin dipecat


ADVERTISEMENT