Cintaerina Publish time 4-2-2022 03:44 PM

Kulit Anak Bertompok Dan Bersisik, Ibu Luluh Dapat Tahu Peluang Sembuh Cuma 70 Peratus

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/150047bjx0ww8rpwbber8t.png
Sumber: Tiktok Suee Anna




Tidak ada kata yang dapat menggambarkan perasaan seorang ibu apabila mengenangkan nasib yang menimpa anak kecilnya.


Muhammad Izzat Rafael Zulnazmi baru berusia dua tahun kini terpaksa menanggung derita akibat penyakit kulit psoriasis.


7052266881549372699


Melalui temu bual bersama ibunya iaitu Fatin Suhana Mohd Zamberi, dia mengakui sedih setiap kali memikirkan nasib dan masa depan Izzat.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/150052rinff5qfgyy1dqis.png
Sumber: Tiktok Suee Anna







Bercerita mengenai penyakit anaknya, Sue berkata anaknya disahkan menghidap psoriasis sewaktu berusia satu bulan iaitu pada tahun 2019.


Katanya, penyakit ini bermula apabila timbul tompok-tompok kulit berkerak merah dilitupi dengan sisik berwarna perak yang disebut plak di badan anaknya itu.


Menurut doktor, penyakit ni tak ada penawar boleh yang boleh menyembuhkan, cuma boleh dikawal. Sepanjang dua tahun, dah 21 kali kena serang penyakit ni.


Bercerita mengenai anaknya, Sue mengakui dia amat sedih melihat anaknya yang baru mahu mengenal dunia tetapi perlu menghadapi kesakitan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/04/150049hnwsvp81wwwzp811.png
Sumber: Tiktok Suee Anna







Menurut Sue, telah banyak wang ringgit yang dihabiskan demi menanggung kos perubatan merawat anaknya. Namun, dia tidak akan putus asa selagi tidak menjumpai penawar penyakit itu.


Sebelum ini, anaknya pernah berjumpa empat doktor pakar namun hanya diberi ubat sapuan pada kulit serta antibiotik yang langsung tidak berkesan.


Didoakan agar adik Izzat kembali sembuh seperti biasa dan dapat menikmati hidup normal seperti orang lain tanpa menderita sakit lagi. Semoga Tuhan menyembuhkan anak kecil ini. -CARI

musangbodoh Publish time 4-2-2022 04:43 PM

kesian...comel maknye...ehhh silap...anaknye...moga dipermudahkanNya

salimrock Publish time 4-2-2022 06:16 PM

semoga di permudahkan dn semoga cepat sembuh,

dulu tahun 80-90's kt alor star , dlm 2-3 family ada anak mcm ni, jd ada pendapat mengatakan bhw racun padi atau baja padi penyebab penyakit ni, maksudnya kalo ibu mengandung pastu dia handle racun utk tanaman padi atau baja utk padi, mgkn kena

Tembikaigoreng Publish time 4-2-2022 06:34 PM

Kesian nya.....

Nyonyaroguy Publish time 4-2-2022 07:29 PM

Semoga adik sihat² selalu. Saya dah 10 tahun menghidap psoriasis..masih dalam rawatan. Baru kawen tahun lepas. Tapi kena merancang kehamilan sebab under medication. Semoga diberi ketabahan buat keluarga adik ni..

dua_chzy Publish time 5-2-2022 03:04 PM

Ni macam ex student ai punya penyakit. Memang jenuh nak jaga.

naina Publish time 5-2-2022 04:36 PM

Boleh sembuh ni
Cume up kan imun dalaman badan
Jangan lah bagi lolipop tu
Jumpa doktor pasal kulit memang cakap takda penawar. Asik2 Suh sapu streoid. Cume secara alami..makan fresh dan organik. Agak mahal tapi ada je yang murah. Sayur2 hijau.buah2 yang tidak dibaja kimia. Insyaallah

Carcosa Publish time 5-2-2022 10:21 PM

Dulu masa Meols sekolah menengah, ada budak lelaki sekelas Meols, ada sisik2 mcm ni.
Kesian dia. Kalau PJ, tak boleh lama2, sbb panas kan utk kulit dia mana tahan
Dahla nama dia ada Loong tau (Chinese).
Loong tu maksudnya dragon. Dragon kan mcm ada sisik2 kan. So diorang kata kenan.
Entah. Tapi ramai je Chinese nama Loong, takde pulak sisik2 tu

kechikchomel Publish time 5-2-2022 11:37 PM

Duluuuuu pun pernah ada kan kes yg lebih kurang macam ni? Budak tu nama awie tak silap. Besar dah kot dia

biskutsusu Publish time 7-2-2022 02:01 PM

Nyonyaroguy replied at 4-2-2022 07:29 PM
Semoga adik sihat² selalu. Saya dah 10 tahun menghidap psoriasis..masih dalam rawatan. Baru kawen t ...

semoga dipermudahkan semuanya. be strong ya.
masa first time suami i dapat tahu dia kena psoriasis, dengan i sekali kena panggil untuk dikaunseling. sebab ubat2 dia tinggi steroid, memang tak digalakkan untuk ada anak lagi.

Nyonyaroguy Publish time 7-2-2022 02:45 PM

biskutsusu replied at 7-2-2022 02:01 PM
semoga dipermudahkan semuanya. be strong ya.
masa first time suami i dapat tahu dia kena psoriasi ...

Ye...doa yang baik² untuk sis dan suami juga. ????????

glump Publish time 7-2-2022 03:39 PM

Ada Kwan I yg ada ank yg hidap eczema beralih ke rawatan hemopathy sebab tak sanggup kesan steroid .tapi dalam kes psoriasis Tak tau lak?
Ada mak kawan tu dah berusia ,keluar pesakit sopak .. doktor kata ini dari genetik dia which dia pun Tak tau macam.mana nak pastikan sebab seumur hidup dia n mak dia Tak pernah nampak suku sakat mereka yang
bersopak..dia pun beralih ke rawatan herba Kat lukman herbs

acepark Publish time 7-2-2022 03:54 PM

yeay @Cintaerina dah pandai taip.x der dah kosong

achinto Publish time 8-2-2022 02:00 PM

sesiapa yang ada psoriasis, boleh try ambik asid amino L-glutamine ye
Pages: [1]
View full version: Kulit Anak Bertompok Dan Bersisik, Ibu Luluh Dapat Tahu Peluang Sembuh Cuma 70 Peratus


ADVERTISEMENT