tatod Publish time 3-2-2022 03:12 PM

"Tak Nak Anak Ke?" - Enam Tahun Kahwin, Wanita Terkilan Selalu Ditanya Tentang Zuriat

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/143922vm2bmpt4zlpphuzi.jpg

Sudah enam tahun mendirikan rumah tangga tetapi belum dikurniakan cahaya mata, wanita yang dikenali sebagai Aina Yuhaina meluahkan rasa 'penat' apabila selalu diajukan soalan tentang zuriat.


Menerusi TikTok, Aina sudah tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu diberikan agar individu yang bertanya itu berpuas hati dan tidak lagi mengajukan soalan sama.


"Saya letih ditanya soalan sama. Saya tidak tahu apa lagi jawapan yang perlu saya berikan. Saya selalu jawab belum ada rezeki lagi dan senyum.


"Bukannya kami tidak ikhtiar. Dan kalau ada duit lebih, kami merancang untuk cuba IVF," katanya.


Menceritakan situasi yang benar-benar mengguris hatinya, kata Aina, ada seorang lelaki berusia yang bertanya hal zuriat ketika wanita itu sedang bermain dengan anak saudaranya.


7060048431217134875


"Pak cik tu tanya, saya bila lagi nak ada anak sendiri. Saya jawab belum ada rezeki. Kemudian saya sambung main dengan anak saudara. Sekali lagi dia tanya, 'kau ni asyik main dengan anak orang je, bila lagi kau nak ada anak?'


"Dia macam tak faham perasaan. Gila ke orang kahwin tak nak anak?" katanya.


Selepas dua kali bertanya soalan sama kepada wanita itu, 'pakcik' itu turut mengajukan soalan sama kepada suami Aina. Wanita itu semakin sayu apabila ibunya turut bertanyakan hal itu.


Dalam linangan air mata, Aina juga menjelaskan mereka hanya mampu berusaha sedangkan yang berkuasa mengabulkan permintaan mereka ialah Allah SWT.


"Bagi saya, soal zuriat adalah hal sensitif. Saya ditanya soalan yang sama dan saya juga berikan jawaban yang sama. Semuanya di tangan Allah. Kita ini siapa?


"Saya tahu, ada yang lebih lama menunggu zuriat mungkin 10 tahun atau 15 tahun. Tetapi, enam tahun pun saya sudah terasa. Siapa pula yang tidak terasa apabila melihat anak orang, terdetik di hati keinginan untuk mendapat cahaya mata sendiri," katanya. -CARI


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/144121accb9t7wt97ck7w5.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/144121nzz7ovg1g99ok104.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/144126r5p289bv5byyn952.jpg


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/144126h4jthg49smmh4fqf.jpg








airmineral Publish time 3-2-2022 04:02 PM

sabar wak..
kawan i kawin 2015, 14 jan 2022 aritu dia baru beranak
moga ada rezeki utk awak dapat anak ya

manehnya Publish time 3-2-2022 04:33 PM

apa yg dia lapkan sgt tu, x keluar air mata pun, yg penting tudung n 916 on point! gitu aaa budak TT

tom2 Publish time 3-2-2022 04:35 PM

Edited by tom2 at 3-2-2022 04:36 PM

Orang2 camni kalau tak faham bahasa memang kena straight forward je cakap. Bukan untuk lepas geram walaupon geram, tapi untuk sedarkan dia.
Mungkin boleh try;
1. Bagitau, x selesa ditanya soalan cmtu dengan muka serius, pastu blah je tanpa perlu dengar penjelasan dia.
2. Ingatkan dia istigfar dan suruh mengucap. Takot akidah tu terbatal sebab Allah yang ada kuasa tentukan segalanya bukan manusia.
3. Sound pakcik tu, saya bukan main dengan anak pakcik tu. Kalau ada anak, takkan benarkan anak cakap dengan pakcik tu.
4.Buat tak tau je. Takyah pandang cakap. Macam pakcik tu tak wujud. Biar dia cakap sorang2

Ps: muka dia cam janna nick

missyL Publish time 3-2-2022 04:59 PM

Sape je lah yg xnk anak.
Ade yg xnk anak tp kes terpencil je. Mostly yg kawen nk anak

Jgn la di tnye bukan2. Kan elok klo ckp acik doakn ko cpt dapat anak yg sehat.
I assume acik2 lah yg suke menanya nie haha

Megikari Publish time 3-2-2022 10:17 PM

Kawan kakak aku dah 18 tahun kawin, masih tak dapat anak. Tapi diorang laki bini hepi je gi holiday sana sini mcm orang tengah honeymoon, memang buat pekak kalau orang cakap apa2. Yang jenis manusia suka pertikai bab anak ni, ntah2 anak diorang pun perangai tak senonoh macam mak bapak tak reti didik

CinnamonR Publish time 3-2-2022 10:18 PM

tom2:Edited by tom2 at 3-2-2022 04 ...
Aku pon perasaan muka dia iras janna nick

jerukkedondong Publish time 3-2-2022 11:02 PM

My auntie pregnant slps 15 tahun kawin..nasib dua2 somi isteri sabar dn rajin usaha..klu lah kata setahun lepas nikah tu terus dpt baby anak sulung dia dah umur 25 tahun...
Byk kn berdoa..pedulikn mulut2 puaka kat luar tu...ingat senang ke nak buat anak haaa...

kuzaime Publish time 4-2-2022 12:34 AM

Mulut orang mana boleh ditutup lagi2 yg jenis suka jaga tepi kain orang:curse: apa2 benda buruk yg org cakap, buat pekakkan telinga aje sudah.Aku ada kawan, kalau x silap dekat 7y kahwin baru dapat anak sulung. Tapi lepas dr tu senang pulak lekat, skrg ada 4 anak dah. Ada jugak yg dah masuk berbelas tahun kahwin, masih hidup berdua aje laki bini, tapi rezeki dorang selalu holiday kesana sini. Masing2 ada rezeki dia. Bersangka baik aje dgn Allah..:loveliness:

chilly Publish time 4-2-2022 12:48 AM

Aku ada anak sorang. Dari 2nd pregnancy. Kawen 2014. Pregnant tiap taon tapi end up miscarriage. Sebab dah banyakkkk kali miscarriage aku jadi bahan lawak pulak sebab memang aku rasa lawak. Memula pujuk hati tapi lame2 aku mula accept yang Allah dah bagi aku sorang ni pon syukur sangat.

Pakcik and sedara aku yang lelaki ada macam pakcik tu. Molot hangsuang. Aku balas balik ramai anak tapi kalau berjaya jadi orang pon dah besar kaki sapgam, menyamun, makan hasil bini, eloklah anak sorang. Jawapan aku ni jujur dari hati tapi masalahnya orang yang bertanya tu anak2 tak menjadi ponnnn ooppsss...kahkahkah

gideoncross Publish time 4-2-2022 01:07 AM

Megikari replied at 3-2-2022 10:17 PM
Kawan kakak aku dah 18 tahun kawin, masih tak dapat anak. Tapi diorang laki bini hepi je gi holiday...

Mungkin dorg tu sejenis asalkn branak je, bukti yg dorg laki bini subur. Xde kualiti pun xpe aslkn branak bnyk2 smpai lobos.

gideoncross Publish time 4-2-2022 01:10 AM

kuzaime replied at 4-2-2022 12:34 AM
Mulut orang mana boleh ditutup lagi2 yg jenis suka jaga tepi kain orang apa2 benda buruk yg o ...
Mkcik pkcik bwang brmulut puaka mmg bnyk brsepah2 dlm rantau Melayu ni, iol yg blum khwin pun golongan cmni suka sibuk tnya knpa x khwin2 lgi? Ingt cri laki ni sng mcm cri bju dlm almari ke? Stupid af dorg ni.

gideoncross Publish time 4-2-2022 01:12 AM

chilly replied at 4-2-2022 12:48 AM
Aku ada anak sorang. Dari 2nd pregnancy. Kawen 2014. Pregnant tiap taon tapi end up miscarriage. Seb ...

Zmn skrg kes curang mmg tinggi, mintak2 bukn ank llaki/mnantu llaki dorg trmsuk dlm golongan curang smbunyi2 tu hahahaha tpi klau btul bgus lh, bru pdn muka dorg lol.

gideoncross Publish time 4-2-2022 01:14 AM

tom2 replied at 3-2-2022 04:35 PM
Orang2 camni kalau tak faham bahasa memang kena straight forward je cakap. Bukan untuk lepas geram w ...

Sbb sesetngh org2 Mulayu ni cuma fkirkn psl ngeseks lps khwin, lps snding trus ngeseks & esok dh ada ank.

yondu Publish time 4-2-2022 03:01 AM

drpd anak ramai2 berderet2 tapi semua pun tah pape perangai. i ada kenal sorang ni, bangga senang lekat katanya, padahal x merancang langsung dok creet dalam je, 8 org da anaknya, tp hmm hazabedah anak2 dia pny perangai. Dengan x beradabnya, dgn bwk boipren msuk ruma, yg dduk skali dgn gf pn ade. ada kwn i yg da 11 tahun belum ada rezeki anak, kadang2 dtg rumah i main2 dgn anak i, menyembang2 juga pasal ni. tp dia cakap, yg penting suami kita support kita. kalau suami pn salahkan bini x subur, mmg dia down. tp sb suami dia sntiasa dihadapan dia, pertahankan dia, jadi dia x kisah org nak cakap dia apa.

kuzaime Publish time 4-2-2022 08:59 AM

gideoncross replied at 4-2-2022 01:10 AM
Mkcik pkcik bwang brmulut puaka mmg bnyk brsepah2 dlm rantau Melayu ni, iol yg blum khwin pun golon ...

Benda ni memang akan berulang2 sampai ke AJM:lol: yg belum keja sibuk ditanya kenapa x keja, belum kahwin sibuk ditanya kenapa x berbini/berlaki lagi, dah kahwin sibuk ditanya kenapa xde anak lagi, anak dah ada sorang dua sibuk ditanya bila nak tambah anak lagi. Esok2 anak ada exam sibuk ditanya pulak pasal result..yadayadayada.... Ada orang maybe jenis ikhlas nak tau, tapi nada n cara terang lagi bersuluh kepochi urusan peribadi org:shutup:

hyie Publish time 4-2-2022 09:05 AM

sama la macam orang bujang yang asyik2 ditanya bila nak kawin bila nak kawin...almost hari2 atau setiap kali jumpa. Gitulah perasaannya :lol: Pastu, soalan lain, nak ke mana? sukatila orang nak ke mana pun. menyibuk je ngko kan

jas7512 Publish time 4-2-2022 09:06 AM

Sedara mara i ada yg kahwin xde anak dah 30 thn...ada yg x kawin2 lg..agak ramai juga...mujur makcik pakcik xde nak tanya apa2....klu ziarah..biasanya b4 covid just mkn2 dan cite psl mkn..after covid..tukar2 mangkuk tingkat bila ziarah...maybe utk.pakcik makcik bwg kn alihkan perhatian mrk ke benda lain...cth resipi mskan..cara nak suburkan pokok etc..baru mrk x kacau kita dgn tanya bkn2

vee_zara Publish time 4-2-2022 09:10 AM

Kadang terkejut juga dengan cerita2 org yg tak kawen n takde anak lg. Toksiknya keadaan sekeliling. Better jauhkan diri je senang cite. Kalau org tanya jawab je insyaallah tahun depan. Tayah ckp belum ada rezeki ke apa ke.. lagi la org suka nak bahan. Kita pun jangan sensitif sgt. I pun lambat juga dapat anak.. slalu mmg ckp gitu. Insyaallah tahun depan.

elzy Publish time 4-2-2022 09:26 AM

Pernah alami situasi begini sampai I bersikap introvert yang tenat hingga kini..
Pages: [1] 2 3 4
View full version: "Tak Nak Anak Ke?" - Enam Tahun Kahwin, Wanita Terkilan Selalu Ditanya Tentang Zuriat


ADVERTISEMENT