Agent13k Publish time 3-2-2022 01:53 PM

Ketahui Punca Sebenar Pening Kepala Dan Cara Hilangkan Kesakitannya

Pening kepala memang sangat mengganggu dan membuatkan tidak rasa selesa malah boleh mengganggu aktiviti harian.

Pening akan membuat individu itu berasa mahu pengsan, persekitaran berpusing atau berasa loya.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/131039q03e31o62e02lona.pngkredit foto: Mineral News Today



Petikan dari Mstar, terdapat beberapa punca boleh mencetuskan pening seperti pengambilan alkohol berlebihan, vertigo, tekanan darah rendah (kandungan gula dalam darah rendah), berisiko mengalami strok, dehidrasi, hiperventilasti, kebimbangan dan gangguan panik. Berikut adalah makanan dan nutrien tertentu diketahui dapat membantu melegakan gejala pening.



[*]Minum air mineral.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/131218yrttssqdhne4eqed.pngkredit foto: Absopure



Dehidrasi adalah salah satu punca pening yang paling biasa berlaku jika anda berasa letih, dahaga dan tidak bertenaga, amalkan pengambilan air yang seimbang agar tubuh sentiasa dalam keadaan terhidrat.



[*]Halia

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/131423a01u0ot0za30njvt.jpgkredit foto: Women's Health



Halia deketahui mempunyai banyak khasiat, salah satunya adalah membantu untuk melegakan masalah pening, anda disarankan minum teh halia atau minuman tambahan halia untuk mengurangkan masalah pening kepala.



[*]Vitamin C

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/131609wb5bv4wwoblvz8ia.pngkredit foto: Timesofindia



Makanan yang mengandungi Vitamin C didakwa dapat mengurangkan pening untuk penghidap penyakit Meniere, makanan yang kaya dengan Vitamin C seperti buah oren, anggur, strawberi, dan cili. Anda juga boleh juga tambah Vitamin E kerana ia dapat membantu mengekalkan keanjalan saluran darah yang dapat mengelakkan masalah peredaran darah yang mana ia adalah salah satu punca pening, Makanan yang kaya dengan Vitamin E seperti, sayur bayam, gandum, biji-bijian dan kiwi.

Zat Besi

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202202/03/131730jwrnggmbw4zzwm9i.jpgkredit foto: webMD



Zat Besi diperlukan bagi seseorang yang sering mengalami pening kepala akibat anemia, kebiasaannya ia boleh didapati dalam makanan seperti daging merah, ayam, kacang dan sayur-sayuran berdaun gelap. Pakar mendakwa langkah-langkah berikut boleh menghilangkan rasa pening yang berpanjangan, termasuk berbaring dan tutup mata, melakukan akupunktur dan menguruskan tekanan dengan baik.

Semoga bermanfaat. -CARI
Pages: [1]
View full version: Ketahui Punca Sebenar Pening Kepala Dan Cara Hilangkan Kesakitannya


ADVERTISEMENT