mattzzx Publish time 1-2-2022 03:05 PM

Tolak tawaran lebih RM20,000 daripada lelaki terkaya dunia

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/02/01/1435038.jpg
ELON MUSK - Foto AFP

WASHINGTON - Bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk gagal untuk memujuk seorang remaja, Jack Sweeney memadamkan satu program di sebuah laman sosial yang boleh mengesan pergerakan jet peribadinya baru-baru ini.

Sweeney yang berusia 19 tahun dari Florida turut menolak tawaran sebanyak AS$5,000 (RM20,927) daripadanya untuk memadamkan akaun Twitternya itu.

Musk mempunyai lebih dari 150,000 pengikut dan mereka menggunakan satu program di akaun Twitternya dikenali sebagai bot untuk memantau penerbangan Musk.

Pelajar baharu kolej itu juga telah mengembangkan kira-kira sedozen akaun program tersebut bagi mengesan penerbangan bilionair dan pakar teknologi lain termasuk Bill Gates dan Jeff Bezos.

Pertukaran mesej antara mereka berdua berlaku pada !9 Januari lalu.

Sweeney berkata, dia menjadi peminat syarikat penerbangan angkasa lepas SpaceX yang diasaskan oleh Musk dan mempunyai anggaran kekayaan lebih AS$240 bilion (RM1.004 trilion).

Bapanya bekerja untuk sebuah syarikat penerbangan sekali gus menyemarakkan minatnya dalam bidang penerbangan.

Menurut Sweeney, bayaran itu dianggapnya tidak mencukupi buat dirinya.

Remaja itu turut menawarkan Musk beberapa nasihat teknikal dan memberitahu bilionair tersebut tentang program yang boleh menyekat penerbangannya itu daripada dapat dikesan.

Sweeney turut dilaporkan berkata, Musk kemudian menerima nasihatnya dan menggunakan program tersebut. - Agensi
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/185782/GLOBAL/Tolak-tawaran-lebih-RM20000-daripada-lelaki-terkaya-dunia
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

musangbodoh Publish time 1-2-2022 06:01 PM

budak bijak...........

merrissa Publish time 1-2-2022 06:47 PM

bagi la 5 juta...adoiyai kedekutnya
Pages: [1]
View full version: Tolak tawaran lebih RM20,000 daripada lelaki terkaya dunia


ADVERTISEMENT