mattzzx Publish time 1-2-2022 02:40 PM

Lelaki pandu tanpa lesen selama 70 tahun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/keteku2HM22_1643686847.jpg
LELAKI terbabit ditahan ketika memandu kereta ini. FOTO Agensi

London: Seorang lelaki yang ditahan polis mendedahkan dia sudah memandu tanpa lesen atau insurans, selama lebih 70 tahun.

BBC melaporkan, ketika melakukan rondaan, polis menahan lelaki itu berhampiran Tesco Extra, di Bulwell, Nottingham, Rabu lalu.

Pegawai polis berkata, pemandu itu dilahirkan pada 1938 memberitahu mereka, dia memandu tanpa lesen atau insurans sejak dia berumur 12 tahun dan tidak pernah ditahan polis.

Di Facebook, pasukan Polis Bulwell, Rise Park dan Highbury Vale berkata, lelaki itu sepatutnya bersyukur dia tidak pernah mengalami kemalangan.

"Syukurlah dia tidak pernah mengalami kemalangan, menyebabkan sesiapa cedera, dan tidak pernah membuat sesiapa kehilangan wang dengan melanggar mereka tanpa diinsuranskan!

"Disebabkan peningkatan bilangan kamera (pengawasan) ANPR di Nottingham, walaupun dalam perjalanan dekat, anda mungkin akan (dirakam) kamera, jadi pastikan anda mempunyai semua dokumen... kerana ia akan 'mengejar' anda... suatu hari nanti," katanya.

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:20 PM

70 years no license? power dia

Yoonggi Publish time 5-1-2024 03:14 PM

dah 70 thn bwk kete, mesti dah expert dah, regardless xde lesen. tp langgar undang2 la
Pages: [1]
View full version: Lelaki pandu tanpa lesen selama 70 tahun


ADVERTISEMENT