Cintaerina Publish time 31-1-2022 08:29 PM

“Ei Seram!” Abang Kurier Kongsi Pengalaman Hantar Barang Ke Bangunan Usang

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/31/163155nzcx7j9c5pjckrck.png
Sumber: Tiktok masbay01_




Sering kali kita membaca pelbagai kisah unik yang dilalui oleh pekerja kurier di media sosial. Ada yang kelakar, sedih, sehinggalah pengalaman seram seperti yang dikongsikan dalam video di bawah ini.


Video tersebut telah dikongsikan oleh seorang pegguna akaun TikTok yang bernama @masbay01_. Pengguna TikTok itu bekerja sebagai penghantar barang itu sedang dalam perjalanan untuk menghantar barang ke rumah pelanggan.


7058297144985373979


Di awal video tersebut, dia menunjukkan bungkusan yang hendak dihantarnya. Di dalam video tersebut juga terlihat jalan yang perlu dilalui lelaki itu kotor dan dipenuhi dengan debu.


Kemudian dia telah menyambung perjalanannya untuk menghantar pakej tersebut dengan menuju ke hujung lorong dan apabila sampai ke situ, dia telah mendapati bahawa terdapat satu lorong yang lantainya sangat kotor dan terus berjalan melepasi beberapa pintu rumah yang ada di lorong berkenaan.


Setelah sampai ke pintu rumah kelima, kelihatan sepasang selipar dan barang yang berselerak.


Video tersebut kini menjadi viral di Tiktok. Sehingga kini, video yang dikongsikan oleh abang kurier telah mendapat lebih 7 juta tontonan.


Rata-rata netizen turut menyatakan bahawa situasi tersebut agak seram, sememangnya ramai yang tidak berani untuk lalu di lorong tersebut kerana kelihatan begitu suram dan kotor seolah-olah tiada penghuni dia tempat itu. -CARI

Carcosa Publish time 1-2-2022 06:21 AM

Eeree mana ni... Tmpt dadih ke

nakkomenjugak Publish time 1-2-2022 08:28 AM

Takot ada orang set up abang courier jahhhh
Kena rompak ke apa


OT
Asal takde yang monitor spam iklan tape hape ni??
berlambakkkk!

Artemesiaa Publish time 1-2-2022 12:06 PM

Risiko jadi kurier

Belibis Publish time 1-2-2022 04:48 PM

Berita sumber dari ting tong??? Baik baca mastika jer.

spankee_fili Publish time 3-2-2022 08:42 AM

nakkomenjugak: Takot ada orang set up abang c ...

Install apps Brave jek uols, aman2 je berforum tanpa iklan

putput Publish time 3-2-2022 09:01 AM

so rumah tu berpenghuni. ketuk pintu ada org ambil barang tu..? penagih ka paa..

supernaturalee Publish time 3-2-2022 04:27 PM

ada je flat yg mcm ni



becir Publish time 3-2-2022 04:35 PM

macam bangunan dlm ceta the raid tu..:lol:

iznanaziz Publish time 7-2-2022 11:11 AM

ada orang ke tak tu?
Pages: [1]
View full version: “Ei Seram!” Abang Kurier Kongsi Pengalaman Hantar Barang Ke Bangunan Usang


ADVERTISEMENT