pelangibiru89 Publish time 31-1-2022 03:23 PM

Bertahan atau bercerai?

Hi, sy 33 tahun, dah 7 tahun berumahtangga dan belum ada rezeki zuriat. Baru ni suami mengaku dah ada orang lain, dan dia kata akan kejar perempuan tu. Sebelum tu saya nak jelaskan, memang bukan sebab anak yang suami ada orang lain. jadi jangan pertikaikan part anak tu tau. 2 tahun lepas pun suami pernah curang, tapi dia pilih untuk selamatkan rumahtangga kami. Suami seorang yang baik, tak pernah jentik saya, soft spoken, ada rupa dan pandai buat kerja rumah, cuma bab2 perempuan dia lemah sikit. Suami beritahu dia nak lepaskan saya dan berkata saya patut dapat yang lebih baik dari dia.

Jujur dari hati, saya terlalu sayangkan suami dan taknak perkahwinan ni runtuh macam tu shj. Dan dalam masa yang sama, hati kecil saya terdetik mcm mana nanti in future, dia akan curang lagi? Allahu, sungguh saya buntu. dan saya juga risau dengan statu janda.. Janda tiada anak. Ada ke yang akan terima saya nanti?

Mohon pendapat dan pandangan tuan/puan semua. terima kasih.

SedihPedih Publish time 31-1-2022 04:29 PM

bukan kah dia nk kejar the other lady?

anyway, u berkerja tak? kalau if husband i cakap mcm tu, i biarkan dia pergi aja..

unless u x kisah nk bermadu..

pelangibiru89 Publish time 31-1-2022 04:44 PM

SedihPedih replied at 31-1-2022 04:29 PM
bukan kah dia nk kejar the other lady?

anyway, u berkerja tak? kalau if husband i cakap mcm tu, i b ...

ya.. im kerja in gov sector. but tulah, bila melibatkan soal hati ni, terlalu susah nak moveon. nak kena pegang title janda lagi..

penmerah Publish time 31-1-2022 05:24 PM

akak pun tak tahu nak advise macam mana
kalau hubby akak cakap takmo akak dan soh cari lain mungkin akak resort dgn nanges aje sbb kita sayang benar dgn hubby

makanya akak paham kenapa adik susah nak lepaskan hubby yang baik tu (kecuali perangai curang tulah)

Normabaru Publish time 31-1-2022 07:08 PM

Solat jemaah x kat rumah?ada buat aktiviti together x cth makan sama or masak sama or kemas rumah or p holiday Sama2 in daily routine?

Masa tidur ada pillow talk or Jenis bt Hal masing2 n sendiri2 ja?

5tahun first ni crucial sbnrnya..sesi kenal the real spouse

Klu dh LPs patutnya the next 5thn kedua akan jadi easy peasy n interesting sbb masing2 dh kenal watak n character masing2..jadi dull n gambar sbnrnya sbb masing2 xrasa izzah mawaddah rahmah dlm rumahtangga tu sbb leka dgn Hal duniawi cth SOC med or rasa diri Masih bujang etc..
Sampai too complacent dgn status masing2..malas nk put the effort n work the relationship anymore..

In case masih sayang check blk benda2 kaka ckp kat atas tu..

Anak tu bagus la xde lg sbb klu pisah LPs ada ank sbnrnya lg payah.
So this part u check blk do u need a cheater in ur life?
Remember
Cheating is a choice and pls love urself first before any body else

MissyMolly Publish time 31-1-2022 08:48 PM

Nape heols nk lepaskan chuols? Nape tak poligami? Err tp kan tt.. chuols kerja kut. Bkn bergantung pd heols. Org dah tak nak kiter. Siap ad pompuan lain.. lagi declare nk kejar pompuan tuh. Kijem gilak itu zantan!! Sedih la laki org nih. Ada bini dah tamau hargai. Keliling iols pn ada jer zantan mcm nih. Maki jer ubat depa2 nih. Baru tau nak behave:lol:. Kwn meols pn baru je dpt tau laki dia dok main2 text ngorat aweks sekadar mengisi masa lapang. Apa yg suami2 ni nak ye? Try test market ka??

minahgempal Publish time 31-1-2022 09:07 PM

Sedih yer klau suami ckp dah tak sayang dkt kita lps kita berhempas pulas hidup bersama dgn dia..tak leh bayangkn kalau suami i buat i mcm tu..mmg akan remuk hati i nie..

Tp tt kalau masih sayangkn dia..tt mntk la peluang dkt suami pertahankan rumah tangga..sis solat la petunjuk utk suami sis nie berubah hati balik pada sis..i sendiri selalu lps solat berdoa supaya suami sentiasa sayang dan cintakan i sampai akhir hayat dia..even kerap jgk kitaorg bertekak mulut..

Sis cuba la mntk peluang dlm 3-6 bln tgk rentak dia mcm mna..mna tau klau allah nak bolak balik hati suami sis kan...klau tk ada perubahan jgk..sma jgk..dan buat hati sis dan dia makin jauh..elok lah sis move on..sbb dia dh pilih apa kehidupan yg dia nak..sis pun mesti hidup dengan apa pilihan sis nak..

Mcm i pernah ckp dkt thread jiran tak ada sapa berhak hidup dalam penganiayaan dan sume berhak gembira..

Mmg susah nak bwk gelaran janda tu..i phm sbb mak i pn janda jgk..it's takes time..everthing will be heal..sis tak tau apa hikmah sis nak dpt masa akan dtg..

I doakan sis berjaya dan tabah tempuhi ujian..akan dtg kebahagian utk sis..hug for u.. :)

MissYouSayang Publish time 1-2-2022 04:09 AM

Cerai jee sis. Sekarang ni ramai lelaki muda tergilakan miss j ni ,nak2 keje gomen ni. Berdesup org masuk mitak:lol:

pelangibiru89 Publish time 1-2-2022 08:39 AM

MissYouSayang replied at 1-2-2022 04:09 AM
Cerai jee sis. Sekarang ni ramai lelaki muda tergilakan miss j ni ,nak2 keje gomen ni. Berdesup org...

Yang ni pun takut juga ni.. uish trauma x hilang lagi..

ninnakarinna Publish time 1-2-2022 02:52 PM

Apa faktor suami curang? Sebelum ni kan dia dah penah curang dan pilih u.. Kenapa dia buat lagi? Dia lemah dengan perempuan? U bukan perempuan ke? Perempuan tu goda dia dan dia x boleh tolak? Mcm tu ke?

Yg sy nampak suami u banyak free time. Dah la xde anak.. Kalau ada anak bz dgn anak.. Nak beli pampers anak, bgn malam nak tolong buat susu anak. Pegi klinik teman anak cucuk vaksin etc. Ada anak ni sangat penat nak urus tau. So.. Disebabkan xde anak, u sepatutnya penuhkan masa free dia dgn u.. Sampai dia xde masa nak fikir pompuan lain.

ninnakarinna Publish time 1-2-2022 02:56 PM

Bila u ckp suami baik, x penah jentik u, soft spoken, tlg buat keje rumah.. Siap ada rupa lg, memang u need to have extra effort utk kepung dia dan treat dia the best way u could so that dia tak distracted to other woman. Lelaki mcm ni memang susah nak jaga sis..

Cuma bila u ckp dia pernah curang dan pilih u, u pun ada kelebihan yg xde pada skandal dia dulu. Cuma yg ni dia ckp nak kejar, cuba u tgok apa lebih pompuan ni. Kalau u nak win his heart back la kan...

pelangibiru89 Publish time 2-2-2022 10:36 AM

ninnakarinna replied at 1-2-2022 02:52 PM
Apa faktor suami curang? Sebelum ni kan dia dah penah curang dan pilih u.. Kenapa dia buat lagi? Dia ...

Tulah sis.. yg dia curang tu semua kerja dekat tempat sama.. hari2 dorang dapat jumpa kan.. entahlah sis, saya pun pasrah dah. Kadang rasa tak dihargai sangat. Sekarang more kepada follow the flow dan rasa mungkin akan undur diri..

noor2 Publish time 2-2-2022 06:55 PM

Janda tiada anak lagi orang nk terima berbanding janda anak ramai...

Utk TT..dari apa yg TT cerita suami dah x nak TT...jadi buat apa berharap pada ygx sudi....

NurAlia14 Publish time 2-2-2022 09:16 PM

pelangibiru89 replied at 2-2-2022 10:36 AM
Tulah sis.. yg dia curang tu semua kerja dekat tempat sama.. hari2 dorang dapat jumpa kan.. entahl ...

Bagus la undur diri..die tiada hak nk buat uols makan hati..cinta akn dtg lg nnt..all the best

sarahmirza Publish time 3-2-2022 02:49 PM

Org kerja gomen memang takut pegang title janda eh?
Mungkin sebab environment tempat kerja yang tak berapa sihat... Office gomen banyak makcik bawang "prihatin" kan?
Dulu my friend pernah buat business kain..Dia bagi tau tempat paling laris jual apa jenis barang ialah di office kerja dan sekolah..
Sbb makcik2 bawanf ni depa ada sejenis sikap tak boleh nampak kelik lebih skit...
Ko beli?Aku pun kena beli.... Macam tu la senang cerita...

Btw TT,jangan la mengharap pada yang taj sudi..Kita ada harga diri,letakkan harga diri kita di tempat yang sewajarnya..
Sayangi diri sendiri...

Mama3 Publish time 9-2-2022 12:21 PM

Setuju dgn komen atas ni. Jgn mengharap pada yg tak sudi. Lagipun ada kerja & umur muda lg. Insyaallah ada jln terbaik nanti.
Daripada mcm saya stay & hidup tak tenang. Dh nk masuk 2 tahun tapi tak hilang lg sakit hati & rasa benci walaupun suami berubah. Kdg rasa syg kdg rasa benci. Saya sbb tak kerja & financially bergantung dgn suami. Malu nk bgtau family & kwn2. Jadi saya faham juga kenapa awak tak nak cerai.

cmf_jeangrey Publish time 10-2-2022 10:17 PM

Dia sayang u lagi tak? Kalau tak, you know where to go...

Kalau dia masih syg, ada harapan nak diselamatkan. Kalau dia selalu jumpa pompuan tu kt tempat kerja, dia pun selalu jumpa you kt rumah...so what's the difference? That spark dah takde ke? Benda blm dpt mmg la dia excited...so u depan mata ni dah jadi biasa...try make him excited again...kalau semua dah cuba tapi dia x tetap dgn keputusan pilih org lain, then u kena move on...jgn bazirkan masa kejar benda sia2...

pelangibiru89 Publish time 15-2-2022 04:41 PM

new update,

suami dah nak failkan cerai, memang dia nak kejar perempuan tu habis habisan.
sy pun dah sedaya upaya selamatkan perkahwinan ni but tetap x dipandang.
orang dah tak sudi, kita pun kena move on kan?
now tgh depress, dah buat DASS, keputusan sgt teruk. Now dan dah set appointment psikitari pun..
kadang rasa nak toreh tangah, tapi iman masih ada.
sakit sangat sbb kita terlalu sayang pada suami.
sedih sgt sebab banyak impian dan cita-cita yang dirancang tak kesampaian bersama suami.

But, saya ada kerjaya, ada pendidikan dan ada rupa juga.
saya boleh berdikari sendiri cuma belum mampu nak kuat.
healing proses tu akan bermula juga nanti dan moga saya makin kuat.
semoga saya kuat dan tak lemah.
semoga saya mampu harungi kesakitan ni.

doakan saya ye semua.

noor2 Publish time 15-2-2022 05:16 PM

pelangibiru89 replied at 15-2-2022 04:41 PM
new update,

suami dah nak failkan cerai, memang dia nak kejar perempuan tu habis habisan.


Cik pelangi...wake upppp....hidup bukan semata untuk berlaki....ada laki pun x bahagia buat apa...sekarang mental ko dah rosak separuh sebab dek laki....

Gini...cuba ko buat sesuatu yg mengembirakan hati ko selain dari ingat laki tu....ko pi hiking ke...zumba ke...apa sajala asal ko rasa seronok..lagi pun ko x de anak...atau ko beli kereta baru idaman ko...

noor2 Publish time 15-2-2022 05:17 PM

pelangibiru89 replied at 15-2-2022 04:41 PM
new update,

suami dah nak failkan cerai, memang dia nak kejar perempuan tu habis habisan.


DASS tu hape...

Pages: [1] 2 3 4
View full version: Bertahan atau bercerai?


ADVERTISEMENT