Vellfire Publish time 31-1-2022 01:20 PM

85 batang sudu terlekat di badan

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Image-2022-01-31-at-09.16.04.jpeg

IRAN: Abolfazl Saber Mokhtari, 50, dari AKraj, Iran, menjadi tumpuan ramai selepas berjaya memecah Rekod Dunia Guinness dengan melekatkan 85 biji sudu pada badannya.
Menurut Mokhtari, dia sudah memulakan aktiviti tersebut sejak zaman kanak-kanak.
“Saya secara tidak sengaja menyedari bakat ini ketika saya masih kecil dan selepas beberapa tahun berlatih dan berusaha, saya dapat mengukuhkan bakat saya dan mengembangkannya ke tahap sekarang,” kata Mokhtari kepada Guinness World Records.
Mokhtari berkata, setakat ini dia dapat mengimbangi semua objek di badannya.
“Apa-apa sahaja yang mempunyai permukaan, saya boleh melekat pada badan saya, seperti plastik, kaca, buah, batu, kayu termasuk manusia,” ujarnya.
“Saya boleh memindahkan tenaga yang ada dalam diri saya ini kepada objek, selagi saya boleh menyentuh dan merasainya.
“Apabila ia sudah melekat saya memberi sepenuh tumpuan pada objek di badan saya, membolehkan saya mampu memindahkan tenaga dan kuasa saya kepada mereka,” tambahnya.
Rekod sebelum ini dipegang oleh Marcos Ruiz Ceballos, dari Sepanyol, yang mengimbangi 64 sudu, lapor timesnowindia.

sarawakvoice.com/2022/01/31

musangbodoh Publish time 31-1-2022 01:43 PM

x men nie{:smileo
Pages: [1]
View full version: 85 batang sudu terlekat di badan


ADVERTISEMENT