mattzzx Publish time 30-1-2022 03:25 PM

Harley-Davidson Road Glide ST dan Street Glide ST 2022 diperkenal

https://paultan.org/image/2022/01/2022-Harley-Davidson-Road-Glide-ST-2-e1643260182164-BM-630x379.jpeg
Model Harley-Davidson Road Glide ST dan Street Glide ST 2022 kini diperkenalkan, dengan mendapat kemasan lebih gelap serta warna gangsa di beberapa bahagian. Kebanyakan bahagian pada dua model tourer ini menggunakan warna hitam sementara kemasan krom diletakkan di beberapa tempat seperti penutup injap, batang pushrod serta sirip blok.

Road Glide ST dan Street Glide ST kedua-duanya dipacu oleh enjin v-twin Milwaukee-Eight 117 1,923 cc. Melalui penggunaan barangan seperti camshaft prestasi tinggi, intake besar serta ekzos prestasi, ia mampu menghasilkan kuasa 105 hp pada 5,020 rpm dan 168 Nm tork pada 3,750 rpm.

Beza antara dua model ini adalah pada bahagian fairing, di mana Road Glide ST menggunakan bentuk “shark nose” yang lebih aerodinamik sementara Street Glide ST menggunakan fairing “batwing” yang sudah menjadi satu tanda unik Harley-Davidson.

https://paultan.org/image/2022/01/2022-Harley-Davidson-Street-Glide-ST-1-e1643260622763-BM-630x369.jpeg
Brek adalah daripada Brembo, dengan ciri linked braking oleh Reflex yang menyambungkan brek hadapan dan belakang kepada sistem ABS secara standard. Apabila mendapatkan pakej Cornering ABS yang dijual berasingan, motosikal juga akan dipasang dengan Cornering Traction Control, Drag Torque Slip Control, Vehicle Hold Control serta pemerhati tekanan angin tayar.

Suspensi menggunakan fork teleskopik 49 mm yang tidak boleh dilaras, sementara monoshock belakang boleh dilaras untuk pra beban sahaja. Sistem bantuan penunggang lain yang diberi terus adalah cruise control, sistem infotainmen Harley-Davidson Boom Box dengan skrin sesentuh, sistem tanpa kunci dengan penggera bersepadu serta semua lampu jenis LED.

https://paultan.org/image/2022/01/2022-Harley-Davidson-Street-Glide-ST-4-BM.png
Pages: [1]
View full version: Harley-Davidson Road Glide ST dan Street Glide ST 2022 diperkenal


ADVERTISEMENT