mattzzx Publish time 30-1-2022 10:54 AM

Netflix disaman RM20.95j

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/Qgambitt1_1643498113.jpg
NONA Gaprindashvili mendakwa difitnah dalam siri hit The Queen’s Gambit. FOTO Reuters

Los Angeles: Syarikat penstriman terkenal, Netflix bakal berdepan saman fitnah AS$5 juta (RM20.95 juta) daripada pakar catur Georgia yang mendakwa difitnah dalam siri hit The Queen's Gambit.

Nona Gaprindashvili, wanita pertama dinamakan grandmaster catur mengemukakan saman itu di mahkamah persekutuan September lalu, menurut The Guardian.

Mahkamah di California pada Khamis, menolak permohonan Netflix membatalkan saman itu.

Gaprindashvili, 80, mendakwa ada ayat dilontarkan dalam The Queen's Gambit yang mana watak siri itu dengan salahnya menyebut dia tidak 'pernah melawan lelaki' bunyinya 'sangat seksis dan merendah-rendahkan.'

Wanita itu berkata, pernah menentang 59 pesaing lelaki pada 1968, tahun yang siri itu ketengahkan.

Ganti rugi dituntut sebagaimana dinyatakan dalam saman sebagai 'kepalsuan yang memusnahkan, menjejaskan dan merendahkan pencapaiannya di hadapan jutaan penonton.'

Netflix sebelum itu memohon saman terbabit ditolak dengan alasan siri berkenaan fiksyen dan pencipta rancangan harus mempunyai lesen artisik dilindungi di bawah pindaan pertama.

Syarikat itu mendakwa siri terbabit menggunakan khidmat dua pakar catur untuk mengesahkan fakta, dengan rujukan kepada Gaprindashvili bertujuan 'mengiktirafnya, bukan memperlekehkannya', menurut peguam Netflix.

musangbodoh Publish time 30-1-2022 12:02 PM

Ganti rugi dituntut sebagaimana dinyatakan dalam saman sebagai 'kepalsuan yang memusnahkan, menjejaskan dan merendahkan pencapaiannya di hadapan jutaan penonton.'

berbelit nk paham ayat2 loyar nie{:smileo

btw cite nie best...harap ader sambungannn{:thumbo aq bg 10 ha
Pages: [1]
View full version: Netflix disaman RM20.95j


ADVERTISEMENT