Agent13k Publish time 28-1-2022 04:41 PM

Netizen Pesan Pengguna C*** Jangan Keluarkan Atau Pindah Duit Guna Bank Ini Sebab...

Kecoh seketika di media sosial apabila beberapa pelanggan sebuah bank di Malaysia mendakwa baki wang simpanan mereka menjadi negatif atau "lesap" sepenuhnya, ianya menjadi lebih sukar apabila mereka tidak dapat membuat transaksi serta wang simpanan gagal dikeluarkan menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM).

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/155324se8gz4f8fgl9gdzf.pngkredit foto: pune365



Petikan dari BeautifulNara, beberapa pengguna media sosial ada berkongsi tangkap layar perbankan dalam talian yang menunjukkan penyata akaun yang mengalami masalah.

Menurut perkongsian dari netizen, terdapat pengguna beranggapan bahawa masalah tersebut susulan kes Genting Hong Kong yang kini menghadapi masalah kewangan.

https://twitter.com/chubbymarkie/status/1486541661337370626?s=20&t=KcSBtqGLS6bOALp4qtTxag

Terdahulu, ada laporan mengatakan beberapa bank tempatan dijangka menerima kesan besar kerana mereka dalah pemiutang tidak bercagar utama Genting Hong Kong dengan jumlah pinjaman sebanyak RM2.51 billion.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/155131awodo1qdi1h1zn9b.pngkredit foto: Twitter



Selain itu juga, ada pengguna meluahkan rasa kecewa apabila pihak bank tersebut gagal dihubungi bagi mendapatkan penerangan mengenai masalah yang timbul kepada pengguna bank CIMB. -CARI

Thunderclouds Publish time 28-1-2022 07:03 PM

Ooooooo...ni yg kecoh td ehh. Company judi wat loan. Loan 2.5bil tanpaa cagaran. Xbragak lgsung.

Belibis Publish time 28-1-2022 08:43 PM

Thunderclouds: Ooooooo...ni yg kecoh td ehh....
Sebab bukan duit dia..itu duitttt...ahmad albab yang punyaaa.ha ha ha.

234126 Publish time 29-1-2022 07:55 PM

kalau la glitch yang berlaku boleh padamkan data info yang berhutang. Ni asyik2 glitch duit ilang.

nakkomenjugak Publish time 30-1-2022 10:05 PM

Nasib cimb iol ada 150 jeeee.

mizruncing Publish time 31-1-2022 12:02 PM

hilang duit aku siap pupus sotong kat dunia ni
Pages: [1]
View full version: Netizen Pesan Pengguna C*** Jangan Keluarkan Atau Pindah Duit Guna Bank Ini Sebab...


ADVERTISEMENT