Cintaerina Publish time 28-1-2022 03:55 PM

“Dah Sakit Baru Cari,”- Sekarang Baru Menyesal Mahu Bertemu Anak Setelah Abaikan Bertahun-Tahun

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/144319ilmjelz5jmd2efod.pngGambar Hiasan






Baru-baru ini, satu perkongsian diceritakan oleh seorang Peguam Syarie yang dikenali sebagai Suriati Ghani di Facebook telah menjadi bualan ramai netizen.


Menerusi status tersebut, Suriati menceritakan tentang seorang client yang kini berada di dalam tekanan dan dilema apabila bekas suaminya meminta untuk berjumpa dengan anak selepas bertahun-tahun mengabaikan anaknya itu.


Menurut peguam tersebut, kisah client itu bermula apabila wanita itu membuat tuntutan nafkah anaknya yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) terhadap bekas suaminya, tetapi sepanjang proses perbicaraan, bekas suaminya tidak pernah hadir ke mahkamah.


Suriati memang mengikuti perkembangan anak istimewa itu sejak dari ibu dan ayahnya bercerai, dan sejujurnya, satu sen pun tak pernah diberikan, datang tengok anak pun tidak.


Tambah Suriati, anak guamannya itu telah bersusah payah menjaga dan menanggung nafkah anaknya yang OKU seorang diri bertahun-tahun lamanya dan sangat-sangat memerlukan perbelanjaan yang lebih segi perubatan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/134018z57n6nsvxnhn74vz.png
Sumber: Facebook Suriati Ghani




Kelmarin, anak guaman saya telah WhatsApp saya untuk maklumkan bahawa bekas suaminya sakit dan berhasrat nak jumpa dengan anaknya yang diabaikan bertahun-tahun lalu.


Melihat ke ruangan komen, rata-rata netizen telah memberikan menyifatkan situasi tersebut sebagai satu balasan ke atas tindakan lelaki tersebut akibat mengabaikan hak dan nafkah anaknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/134015hr77rz27jhjek77o.png
Sumber: Facebook Suriati Ghani




Seorang bapa haruslah bertanggungjawab memberi nafkah kepada anaknya walaupun sudah berpisah. Sedarlah dan jangan abaikan tanggungjawab bila masih sihat lagi.

jazaa100 Publish time 28-1-2022 07:35 PM

Bagi je lah ayah dia tgok.....
Yg ramai sgt nk amik keja malaikat tu dah kenapa.....

Dia tak bg nafkah, takkn nk sekat ayah nk jumpa ank....tak pepasal kau pun berdosa sbb nk puaskan hati je.....

Klu kau bg dia jumpa ank, tak bermakna dosa dia tak bg nafkah tu terpadam.....Allah tak zalim, maknusia je yg zalim.....

makneng Publish time 28-1-2022 09:14 PM

jazaa100: Bagi je lah ayah dia tgok..... ...
Bethollll bagi je jumpa... Mana tau tu last dpt jumpa.

Artemesiaa Publish time 29-1-2022 11:41 AM

Bukan benda baru dari dulu ramai yang macam tu bila dah sakit2 baru sibuk nak cari.Kalau anak2 masih kecil mungkin mereka mau jumpa bapanya tapi kalau anak2 dan besar2 susah sikit sebab mereka dah tahu macam mana diperlakukan dulu.

becir Publish time 29-1-2022 03:42 PM

Nothing new..ex husband makcik I camtula dah terlantar sakit baru sibuk mulut tu sebut nak jumpa anak n ex wife nya..anak2 dia jumpala tapi makcik whoareyous kan sampai meninggal dia buat bodo..:lol:

jerukkedondong Publish time 29-1-2022 05:07 PM

Cerita2 sedih anak2 dari broken family mmg tidak pernah berkesudahan..
Semoga yg terlibat dikuatkn hati dn semangat

zarulnazmi Publish time 30-1-2022 02:59 PM

Jenis yang menuntut hak tapi mengabaikan tanggungjawab memang ramai.

Bapa abaikan tanggungjawab beri nafkah anak tapi nak hak dia sebagai ayah untuk menemui anaknya.

Suami abaikan tanggungjawab kepada isteri tapi menuntut hak untuk isteri taat kepadanya.

AznieBunnie Publish time 3-2-2022 09:39 AM

haritu tengok Deadliest Catch, polis datang cari kapten kapal tu sbb tak bayar nafkah.
Seronoknya kalau kat negara kita ni ada undang-undang macam tu.
terbela lah sikit nasib anak-anak.

sarahmirza Publish time 3-2-2022 03:09 PM

Hr tu jumpa kawan sekolah..single mom anak dh umur 18 tahun.
Dia cerai masa anak umur 12 tahun,2 tahun pertama je si bapak rajin jumpa anak tapi nafkah tak bagi...
So kawan ni ajar anak dia minta dr si bapak..
Nak toys nak baju nak seluar nak kasut nak apapun minta bapak masa bapak bawa keluar kejap2....
Sebelum tu si bapak ni bila bawa anak keluar setakat bawa gi makan then antar balik... Konon2 beli jiwa la tu...
Sudahnya bila anak asyik minta itu ini,si bapaj bosan terus tak jumpa anak, tak call langsung..
Sampai si anak dah habis spm,si bapak contact balik anak... Mungkin dengan harapan anaknya dah kerja kan....
Rupanya anak tu masih belajar sambung buat diploma..
So my kawan bagi no account bank anak ni kat si bapak dan bagi tau anak tunggu duit belanja dari si bapak.
Bila time kena bayar yuran belajar,anak dia forward invoice kat bapak minta bayarkan yuran..
Akhirnya si bapak give up...Segan kat anak tu tak tau la tapi entah kenapa bagi anak rm50 pun tak nak...

sarahmirza Publish time 3-2-2022 03:12 PM

So single mom di luar sana,cuba buat mcm kawan i buat ni jika u all tak nak bagi ex jumpa anak...

Tak tau la nak kata jahat ke tak...
Putuskan silaturahim ke tidak..
I rasa tak sebab itu je cara ajar si bapak pasal tanggungjawab bagi nafkah kat anak.

iznanaziz Publish time 7-2-2022 11:15 AM

ya..tanggungjawab tu..walaupun si anak, bini dah fulltime jaga.
jenguk pun tidak.hantar le belanja

Eva_yy_Ellin Publish time 9-2-2022 09:35 AM

sarahmirza replied at 3-2-2022 03:09 PM
Hr tu jumpa kawan sekolah..single mom anak dh umur 18 tahun.
Dia cerai masa anak umur 12 tahun,2...

I like {:thumbo

Bagus mak buat macam tu.
Kalau mak yang minta duit nafkah, bapak mesti mengata mengutuk mengeji, cakap maknya asyik minta duit.
Ni bila anak sendiri yang minta, tahu diam bapak tu.
Tapi sedihlah si bapak tak tahu tanggungjawab.
Anak akan ingat macam mana bapak dia layan dia.
Nanti bila anak tu tak nak jaga bila dia sakit nanti, jangan tuduh anak derhaka pula kalau bapak sendiri jadi bapa derhaka yang tak amanah dengan tanggungjawab.

sarahmirza Publish time 13-2-2022 12:59 PM

Eva_yy_Ellin replied at 9-2-2022 09:35 AM
I like

Bagus mak buat macam tu.


Aha... Dia citer kat i ex dia cakap kat anak yg dia terasa mcm ayah yg takde anak sbb anak tak langsung peduli call ty khabar dia....
Budak tu dh faham kan,apa yg bapaknya cakap kt dia,dia akan cerita kat maknya...

Tau pulak kan terasa mcm ayah takde anak...
Selama ni si anak terasa mcm takde ayah kandung (sbb takde nafkah langsung)takde pulak dia fikir....

Banyak jantan taguna mcm ni kat luar sana..
Pages: [1]
View full version: “Dah Sakit Baru Cari,”- Sekarang Baru Menyesal Mahu Bertemu Anak Setelah Abaikan Bertahun-Tahun


ADVERTISEMENT