Cintaerina Publish time 28-1-2022 02:44 PM

Lahir Selang 32 Minit, Gadis Tidak Sangka 23 Tahun Kemudian Jumpa Jodoh Lahir Hospital Sama

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/140228hzsrj35ftsn1jdgu.png
Sumber: Tiktok asmeimay2


Apabila bercakap mengenai soal jodoh, kita semua sedia maklum bahawa Allah sentiasa mempunyai perancangan paling sempurna untuk kita yang kadangkala langsung tidak dijangka.


Kadang-kala kita tak sangka akan berkahwin dengan orang terdekat sahaja. Tetapi bagi pasangan di bawah, nampaknya takdir hidup mereka cukup unik sekali sebab tidak pernah lagi kita mendengar tentang kisah ini.


7050343323906673946


Waktu lahirnya si lelaki ialah pada jam 7:54 malam dan uniknya waktu lahir si perempuan ialah pada jam 8:27 malam. Hanya selang 32 minit! Melalui video TikTok yang dikongsikan oleh asmeimay2, dia langsung tidak menyangka bahawa tunangnya mempunyai tarikh lahir sama dengannya.


Situasi ini diibaratkan seperti mereka berdua jodoh daripada lahir. Lebih mengejutkan lagi kerana kerana tempat kelahiran mereka berdua juga sama iaitu di Hospital Kuala Lumpur. Sejak dimuat naik oleh Asmeimay, ia telah ditonton sebanyak 600 ribu orang pengguna Tiktok.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/140228o4zs2wuigs2x2cf2.jpg
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/140229pky3hkkk06kq7y7e.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/28/140229ggqgk2reu6u98tz2.jpg





Sumber: Tiktok asmeimay2


Rata-rata netizen juga nampaknya terkejut dengan kisah mereka berdua. Ada juga yang bergurau dengan mengatakan ibu mereka berdua telah merancang hal ini sejak mereka kecil. Semoga jodoh mereka berdua berkekalan sehingga ke jinjang pelamin! -CARI

prettyuglybabe Publish time 28-1-2022 03:27 PM

takkan la masa kawan-kawan or couple tak pernah tanya birthday bila..
lain la kalau family arrangement kau tak pernah kenal tak pernah cakap langsung dengan laki tu..

gideoncross Publish time 28-1-2022 05:07 PM

Heh, mluat, ckp je lah happy dpt khwin muda. Umur 23 dh ada jodoh, hakpuih.

vee_zara Publish time 28-1-2022 05:44 PM

Entah hape2..

Artemesiaa Publish time 28-1-2022 06:10 PM

Zaman sekarang benda macam ni pun gigih nak ceritakan

jazaa100 Publish time 28-1-2022 06:25 PM

Blm berjodoh lg.....

Baru bertunang.....

jazaa100 Publish time 28-1-2022 06:26 PM

gideoncross replied at 28-1-2022 05:07 PM
Heh, mluat, ckp je lah happy dpt khwin muda. Umur 23 dh ada jodoh, hakpuih.

Dia baru bertunang.....
Dah gempar satu donia.....

missyL Publish time 28-1-2022 07:49 PM

Sweet jgk nie

gideoncross Publish time 29-1-2022 12:13 PM

jazaa100 replied at 28-1-2022 06:26 PM
Dia baru bertunang.....
Dah gempar satu donia.....

Zman skrg, biasalah.

gideoncross Publish time 29-1-2022 12:41 PM

Artemesiaa replied at 28-1-2022 06:10 PM
Zaman sekarang benda macam ni pun gigih nak ceritakan

Sbb zmn skrg khwin2 ni mcm dh jdi game, siapa cpat, dia mnang. X khwin awl, kna judge smpai mmpus.

gideoncross Publish time 29-1-2022 12:42 PM

vee_zara replied at 28-1-2022 05:44 PM
Entah hape2..

Kes happy dpt khwin muda, tu lh yg kna canang.

nakkomenjugak Publish time 30-1-2022 10:12 PM

Bila da masuk zaman socmed, benda2 camni pulakkkk yang diviral nya
Kalau ni zaman awal 2000an, masuk Mastika pun tak layak tau

BuBuComey Publish time 1-2-2022 08:46 PM

Hmm..benda camni pun jadi content

KarinaKapur Publish time 3-2-2022 11:07 PM

Dulu ada jugak kawan aku jmpa org yg lahir sama time dgn dia, katanya katil mak dorang pon sebelah2 je.. tp xde jodoh.. so xde apa yg special pon,maybe perangai sama sangat2 tu, sbb tu xleh ngam kahkahkah
Pages: [1]
View full version: Lahir Selang 32 Minit, Gadis Tidak Sangka 23 Tahun Kemudian Jumpa Jodoh Lahir Hospital Sama


ADVERTISEMENT