Cintaerina Publish time 27-1-2022 02:28 PM

"Nampak Macam Hotel", Pelajar U Deko Bilik Hostel, Kos Tak Sampai RM300!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/123634o0v0ce09hvivjc49.png
Sumber: Tiktok therealasyalips


Selalunya orang melakukan ubah suai pada bilik atau rumah masing-masing. Namun pilihan seorang pelajar ini untuk merias bilik asramanya membuatkan ramai terkedu dan kagum kerana ia tampak begitu menarik dan mewah.


Pelajar yang dikenali sebagai Mohamad Alif Asyraf Roslan berkata, dia mula menghias biliknya di kolej kediaman di Universiti Teknologi Mara (UiTM) kampus Bandaraya Melaka sejak pertengahan tahun 2021.


7043477003865017627


Pelajar berusia 20 tahun itu memuat naik siri video ubah suai biliknya di akaun Tiktoknya therealasyalips dan tidak menyangka ia menjadi viral.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/123637bmljur5jviykree5.png
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/123651pd5rp15py5vjcdjr.png

Sumber: Tiktok therealasyalips





Kata Alif Asyraf, hobinya memang suka merias, dan secara kebetulan dia menginap seorang di bilik yang boleh memuatkan dua orang pelajar kerana masih ramai pelajar yang mengikuti kelas secara maya pada waktu itu, jadi lebih mudah untuk Alif merias bilik itu mengikut citarasanya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/123647l0ba74ld3z80bvkk.png
Sumber: Tiktok therealasyalips





Tambahnya, tiada konsep khusus yang disukainya untuk menghias bilik tersebut, namun dia mendapat inspirasi daripada bilik hotel. Dia juga memasang wallpaper dengan corak marble untuk menaikkan mood seperti berada di hotel mewah.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/123642o8i07007pm7xn87b.pngSumber: Tiktok therealasyalips





Bukan itu sahaja, pelajar Diploma Pengajian Perniagaan itu turut melengkapkan dekorasi bilik asramanya dengan kemudahan untuk mengulangkaji dan pantri. Dia juga menggunakan aircond mudah alih pemberian senior.


Kebanyakan bahan-bahan untuk hiasan dan barang dekorasi dibeli secara online dan kos keseluruhan yang digunakan adalah dalam RM200, di mana sebahagian bajet tersebut menggunakan inisiatif kredit e-dompet sebanyak RM150 yang diperuntukkan kepada golongan belia berusia 18 hingga 20 tahun dan pelajar di institusi pengajian tinggi.




"Saya buat dekorasi ni untuk keselesaan saya tinggal di hostel dan menaikkan semangat untuk say mengulangkaji pelajaran.", ujar Alif ketika ditemu bual oleh Mstar. -CARI

hashashes Publish time 27-1-2022 04:01 PM

Walau pun deco macam hotel 2 bintang tapi bagus dik inisiatif kau tu. Takde lah membazir duit kerajaan bagi tu buat beli topup videocall dengan makwe. Dia cakap untuk nak lift up semangat belajar, hakak doa ko belajar pandai2 nanti dah dapat kerja bagus boleh la check in hotel 5-6 star anytime chu want gitchew

KamikuP Publish time 27-1-2022 04:10 PM

Bagus adik ni dia rapatkan 2 katil jadi katil king.. takut ada makhluk halus pulak melepak katil kosong khennn

afie_m Publish time 27-1-2022 04:13 PM

cantik juga..kemas ..baru semangat nak belajar

sambaldurian Publish time 27-1-2022 04:51 PM

Boleh ke tampal wall paper. Hostel aku dulu, siap buat notis - x boleh tampal apa2 kt dinding.

TabletSusu Publish time 27-1-2022 05:19 PM

aku klu pompuan tido sekatil aku x brp kisah wlupon sorg ayu sorg pengkid. tp klu lelaki ni aku mcm rasa something {:1_563:}

234126 Publish time 27-1-2022 05:41 PM

Siap lampu lip lap. Ko biar betul dik. Tapi bagus la ye. Yang jenis tak tahan mata tu katup la lampu lip lap tu buat pening je nak study kohkohkoh. Katil sambung tu iol rasa anak iol pun rasa janggal nak tido even dengan kawan. Sohih dia mintak katil asing

Adrif Publish time 27-1-2022 07:25 PM

TabletSusu replied at 27-1-2022 05:19 PM
aku klu pompuan tido sekatil aku x brp kisah wlupon sorg ayu sorg pengkid. tp klu lelaki ni aku mcm...

aku pun terkejut tengok katil king tu
dia duduk sorang mungkin. kalau bilik berdua, takkan diorang kongsi katil kan. sangat suspicious :L

unless dua-dua couple.. yang tu.. err.. :shakehead3:

tapi suka hati dia la nak decor bilik tu macam mana, asalkan sebelum check out habis sem nanti, kemas balik seperti sedia kala, dan dalam keadaan bersih.

masa aku keje room management kat IPTA dulu, bilik budak2 "dayang" kat asrama lelaki ni memang mostly bersih la. siap mop lagi. habuk seketul pun takde. kerosakan pun jarang. takat kipas slow, lampu berbalam tu biasa la. yang over sikit, bilik tu ditampalnya kertas warna pink keliling. buta mata aku cerah kemain masuk bilik diorang :lol:


guesswho09 Publish time 27-1-2022 07:43 PM

Apa la korang ni
mentang2 la nmpk bdk tu ala2 lembut
kan dia cakap dia dok sorang
sebab tu katil dirapatkan
member sebilik belum ada la tu
Kan dia kata ramai yg memilih belajar online
Belum masuk kampus lagi la

ina_na Publish time 28-1-2022 12:47 AM

Dah cantik ni dtg member melepak abis di lenjan nye jajan gan magie tu..hehehe

dekmieDandy Publish time 28-1-2022 09:07 AM

bilik asal dia cam penjara :lol:

babelina Publish time 28-1-2022 10:50 AM

cantikkkk.. moga adik sentiasa diberi kemudahan dan hati yg terang dlm menimba ilmu.. amin yra

che-cikL Publish time 28-1-2022 11:44 AM

Nampak nau ada acik bawang tak baca artikel habis.. kan dia kata duk seorang je bilik tu.
Kau sekolah tak???

che-cikL Publish time 28-1-2022 11:46 AM

Tapi iols tak setuju nampak macam bilik hotel...

jas7512 Publish time 28-1-2022 11:52 AM

I x kisah bilik camna tapi bilik air dekat tak...klu jauh x mcm hotel lah..huhu

DayangKirana Publish time 28-1-2022 12:18 PM

nice.. nak study pon tak serabut.
but wallpaper foam tuh memang nice to look at but dengar kata hazab nak bukak balik.

ezacbee Publish time 28-1-2022 01:06 PM

Pastu next sem pindah bilik. Buat deco lagi cam tulah sajm. :lol:
Biasanya cantum katil ni sbb nak ada ruang. Kalau x sempit. Jgn lak tido ko g peluk kwn sebelah ko. Mmg mintak kaki laa ;P

Artemesiaa Publish time 28-1-2022 01:17 PM

Cantik dan nampak kemas selesa untuk berlajar tak nampak macam bilik asrama biasa dah

akies Publish time 28-1-2022 11:27 PM

Hiasan dinding tu tak buat pun tkpe..
Better cat putih je..
Iols dulu bilik simple2 je..hujung sem kang kena tukar bilik atau hostel lain.
Malas nak berangkut banyak2 barang

Supersirap Publish time 28-1-2022 11:29 PM

Ada bakat pelajar ni
Pages: [1] 2
View full version: "Nampak Macam Hotel", Pelajar U Deko Bilik Hostel, Kos Tak Sampai RM300!


ADVERTISEMENT