Cintaerina Publish time 27-1-2022 10:56 AM

Tengah Minta Sedekah, Gadis Terkejut Wajah Pengemis Macam Artis K-Pop!

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/101222s6y4rl4v9vy4u6lt.png
Sumber: Tiktok cha lacsamana






Kita selalu ternampak kebanyakan pengemis terlihat begitu compang-camping. Jangan kata mandi, tetapi berfikir mahu mencari sedikit wang untuk menggalas perut setiap hari pun sudah cukup melelahkan buat mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.


Oleh itu, jika kita terjumpa atau didekati 'golongan' ini, sepatutnya kita tidak wajar memandang rendah kepada mereka kerana mereka mempunyai seribu satu kisah yang tersendiri mengapa kehidupan mereka boleh berubah menjadi sebegitu.


6965062958175112450


Namun siapa sangka seorang pemuda itu tiba-tiba telah meraih populariti apabila rakamannya menjadi viral di TikTok dengan 15.6 juta tontonan selepas di muat naik oleh seorang pengguna yang dikenali sebagai cha lacsamana.


Pada mulanya, pemuda itu telah mendekati pintu sebuah spa kecantikan dan mengharapkan derma dari pelanggan di situ. Tiba-tiba dia menurunkan pelitup muka sekali gus membuatkan semua orang di spa itu terkejut besar setelah melihat wajah sebenarnya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/101320ed0d30g2qo99j2ny.jpg
Sumber: Google Image




Meskipun penampilan luarannya agak comot dan kotor, namun mukanya yang agak kacak seakan-akan artis K-Pop yang bernama Bambam itu membuatkan pelanggan dan pekerja dalam spa itu menjadi tidak keruan.




Sebelum dia berlalu pergi, pemuda sopan itu siap memberikan senyuman manis sebagai tanda terima kasih setelah diberikan sedikit wang.


Terkejut dan terpesona, itulah perkataan yang sesuai untuk menggambarkan perasaan netizen selepas melihat video pengemis kacak tersebut di Tiktok.




https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/101325fjk0wkwzg7kjmv11.jpghttps://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/101322plmxuya119su7qxn.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/101329vhx74d51yp9eg5o7.jpg

Sumber: Tiktok cha lacsamana




Selain memuji wajahnya yang kacak, ramai yang tampil memberikan komen berharap ada pihak yang boleh membantunya mengubah penampilan seterusnya berusaha mencari kerja seperti model dan lain-lain. -CARI

Artemesiaa Publish time 27-1-2022 02:03 PM

Biasa je mana samanya

Sagun36 Publish time 27-1-2022 04:57 PM

Tang mana K pop nya tu

alieyrina Publish time 27-1-2022 07:56 PM

Edited by alieyrina at 27-1-2022 07:57 PM

Sebelum bgtau sapa retis tu memg nampak dah..iras bam bam ..miaahahaaaKalau make over boleh cari makan gak ni :C

dekmieDandy Publish time 28-1-2022 09:14 AM

ooo buat yang taj tau, bam bam tu actualy orang thai

so muka dia bukanlar mcm korean, tapi mcm kpop-star from thai, bam bam

nakkomenjugak Publish time 30-1-2022 10:45 PM

Kalau dah ada bam bam
Ni panggil mok mok lerrrr

gideoncross Publish time 31-1-2022 03:57 PM

dekmieDandy replied at 28-1-2022 09:14 AM
ooo buat yang taj tau, bam bam tu actualy orang thai

so muka dia bukanlar mcm korean, tapi mcm kpop ...

Ha'ah, mmg org Thailand pun c BamBam tu, ktanya bestfriend dgn BP's Lisa.
Pages: [1]
View full version: Tengah Minta Sedekah, Gadis Terkejut Wajah Pengemis Macam Artis K-Pop!


ADVERTISEMENT