tatod Publish time 27-1-2022 10:49 AM

Wanita Beli Pil Cegah Hamil, Netizen 'Menyirap' Pelajar Farmasi Tunjuk Sikap 'Judgmental'

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/091225wb4qb2nfqf4zuqm8.pngGambar Hiasan


Tindakan seorang siswi berkongsi video di TikTok memaparkan gerak tari melambangkan sindiran terhadap pembeli pil pencegah kehamilan Postinor yang belum berkahwin telah mencetuskan kemarahan warga maya.


Walaupun perkongsian itu sudah dipadamkan, warga maya lebih pantas memuat turun rakaman tersebut dan dikongsikan semula di platform media sosial lain.


https://twitter.com/glowinputaaa/status/1486255611906265094


Gadis yang dipercayai pelajar jurusan Farmasi diKolej Universiti Antarabangsa Picoms itu juga berkemungkinan berhadapan tindakan tatatertib apabila ada individu melaporkan perkara tersebut kepada pihak universiti.


Video memaparkan dua gadis memakai kot makmal dikecam teruk selepas pemilik akaun Twitter, Glowinputaaa berkongsi semula video berkenaan. Rata-rata, ramai menganggap pelajar berkenaan biadab dan cenderung membuat kesimpulan dengan menilai luaran seseorang.


Ciapan Glowinputaaa turut dikongsikan semula oleh seorang doktor, Irham Zin yang menjelaskan Postinor adalah sejenis pil kecemasan pencegah kehamilan. Tidak ada sebarang syarat untuk membeli pil berkenaan kerana ia mungkin diperlukan oleh seorang mangsa rogol yang cuba menempuhi dugaan itu.


https://twitter.com/irhamzin1/status/1486269978735431683


Ada antara warga maya yang berkongsi pengalaman pernah ditanyakan status perkahwinan ketika membeli pil pencegah kehamilan di farmasi.


Ia menimbulkan rasa kurang selesa kerana perkara itu dianggap privasi.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/093708ejh7v5th1pjt0p0o.png



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/093713xaqyq5ooqcwm8cau.png



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/27/093713gkhxx7hxkhrhza5m.png



Apa pendapat anda? -CARI




Meiizu Publish time 27-1-2022 11:22 AM

Biarlah org nak beli...dari anak lahir tak disambut

AKAZ85 Publish time 27-1-2022 01:54 PM

Ape masalahnya kalau orang nak beli? Ko nak tolong jaga ke anak2 tak sah taraf tu?

Artemesiaa Publish time 27-1-2022 02:00 PM

Ramai je yang tak bersikap professional semasa bekerja lebih ikut perasaan

becir Publish time 27-1-2022 02:05 PM

penting beli walaupun tak halal supaya takde baby accident lahir, then membesar jadi cam pharmacists dua ekor ni..

orkid_amani Publish time 27-1-2022 02:18 PM

Aq suka lagi pharmacist Chinese dari Melayu..pasai senang berurusan. Xpenah la dia tanya marital status masa beli pil..just mintak tanya cycle period ja..then bila aq mentioned aq dah kawin ank 3 dia mcm terkejut

achinto Publish time 27-1-2022 02:31 PM

becir replied at 27-1-2022 02:05 PM
penting beli walaupun tak halal supaya takde baby accident lahir, then membesar jadi cam pharmacists ...

hahahhahahaha your reply i setuju 100%.

hashashes Publish time 27-1-2022 04:19 PM

Pakai tudung bawal, spec muka selenga siap pakai socks kaki lagi pastu buat video meminta. Ni mesti geng2 yang kalau bawak kereta dada sikit lagi nak melekat kat stereng, orang dah bagi signal nak masuk lane dia, dia leh wat bodoh je Jalan dulu buat muka kerek ;P

hashashes Publish time 27-1-2022 04:20 PM

Amboi cikki yang nak lempang2 orang tu, kau selalu beli ke postinor tu :laugh3:

Prickford Publish time 27-1-2022 04:38 PM

Iolls masa sebelum kahwin ada masalah period. Period tak menentu kadang2 sampai 2-3 bulan tak datang. Pegi farmasi tanya ada tak ubat utk betulkan period, pharmacist suggest pil ni tapi yg sebiji je, pack yg bulat tu. Sekali je iolls makan, sampai skang period iolls teratur.

mzzenma Publish time 27-1-2022 08:29 PM

postinor ni ok x utk hormonal acne? mzz masa ambil depo dulu kulit peloles ja.. tapi stop sbb migraine

spankee_fili Publish time 27-1-2022 08:32 PM

Iols makan pil ni untuk birth control, tapi bila stop makan terus pregnant, hasilnya sorang gegel yg come lote cakap banyak ;P

spankee_fili Publish time 27-1-2022 08:36 PM

mzzenma replied at 27-1-2022 08:29 PM
postinor ni ok x utk hormonal acne? mzz masa ambil depo dulu kulit peloles ja.. tapi stop sbb migrai ...

Postinor ni consider kuat mzz, pil accident orang panggil
Kalau pi klinik kesihatan dorang terkejut jua bila iols bagitau pakai postinor
Sebulan tak boleh lebih 2x ambik ye, sekali ambik 2bijik - 1st within 72hrs after intercourse 2nd within 12hrs after first pill
Untuk acne tu iols tak pasti sebab iols takde masalah tu, acne keluar bila facial wash habis then pow husband punya
Sekian testimony

mzzenma Publish time 27-1-2022 08:38 PM

spankee_fili replied at 27-1-2022 08:32 PM
Iols makan pil ni untuk birth control, tapi bila stop makan terus pregnant, hasilnya sorang gegel yg ...

amboii chuolls kemain :lol:

ni yg 2nd ke 3rd

mzzenma Publish time 27-1-2022 08:40 PM

spankee_fili replied at 27-1-2022 08:36 PM
Postinor ni consider kuat mzz, pil accident orang panggil
Kalau pi klinik kesihatan dorang terkeju ...

mzz ada masalah hormonal acne
dekat2 nak piyed tu mulalah naik kat dagu
so annoying

dia aim kat dagu je.. geram betul

helicornia Publish time 27-1-2022 08:41 PM

Iols yg lom kawin ni pun mkn pil perancang utk control hormon estrogen sbb ada cyst.tp doc la yg suruh.iols beli kt farmasi je.ramai je yg mkn pil perancang utk rawat jerawat sbb dia control hormon

spankee_fili Publish time 27-1-2022 08:44 PM

mzzenma replied at 27-1-2022 08:38 PM
amboii chuolls kemain

ni yg 2nd ke 3rd

Hahaha yg seketui tu je la.. penuh satu rumah dengan suara dia je noks
Iols baru start kerja baru a few month ago so birth planning balik sampai firm sikit position ni
Jenis sickness teruk macam iols ni mau setahun mc kang kena tinggal train berapa marhalah taktau ;P

spankee_fili Publish time 27-1-2022 08:50 PM

mzzenma replied at 27-1-2022 08:40 PM
mzz ada masalah hormonal acne
dekat2 nak piyed tu mulalah naik kat dagu
so annoying


Oh iols kadang2 jadi jugak gitu tapi setahun sekali dua je la, sebab oily skin type
Give it a try je la, kalau uols jenis tak subur then 2x monthly during ovulation period tu amekla
Other days tak ambik
Kalau yg lain iols tak pasti, dulu klinik kesihatan ada bagi yg daily consume lepas bersalin tapi lupa memanjang nak makan
Tak gemar betul nak ambik ubat

honeyvanilla Publish time 28-1-2022 01:31 AM

Edited by honeyvanilla at 28-1-2022 01:33 AM

pil postinor ni pil kecemasan, kalau dah memang merancang, sila lah ambik pil lain or guna kaedah lain.

bahaya pil ni. ada baca kat komen fb, postinor ni max dlm setahun sekali ja boleh ambik.

mzzenma Publish time 28-1-2022 08:19 AM

spankee_fili replied at 27-1-2022 08:44 PM
Hahaha yg seketui tu je la.. penuh satu rumah dengan suara dia je noks
Iols baru start kerja baru...

hahahha bertabahlah mommy.. ni mesti dia ikut chuolls ni, kuat berleter tu yg penuh rumah suara dia je ;P
Pages: [1]
View full version: Wanita Beli Pil Cegah Hamil, Netizen 'Menyirap' Pelajar Farmasi Tunjuk Sikap 'Judgmental'


ADVERTISEMENT