Raline Publish time 26-1-2022 10:00 PM

Kepala pelajar tersepit pada meja belajar

https://www.kosmo.com.my/wp-content/uploads/2022/01/kepala-tersepit.jpg
TANGKAP layar menunjukkan situasi ketika kepala seorang pelajar tersepit pada sebuah meja belajar. – TikTok

Kepala pelajar tersepit pada meja belajar
JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan situasi kepala seorang pelajar perempuan tersepit pada sebuah meja belajar yang diperbuat daripada kayu, lapor laman berita Suara.com.

Video yang dimuat naik pada akaun TikTok bernama @oviefari itu memaparkan kejadian dikatakan berlaku di Pondok Roudlotul Muta’abbidin, Jawa Timur.

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan seorang pelajar perempuan sedang terbaring di atas lantai dengan kepalanya tersepit pada sebuah meja belajar berwarna ungu.

Beberapa rakannya dilihat cuba membantu dengan menarik meja tersebut.

Situasi tersebut menyebabkan mereka yang memerhati ketawa kerana melihat aksi pelajar tersebut yang cuba melepaskan diri.

Dua lelaki yang dikatakan pentadbir di pondok tersebut kemudian cuba membantu pelajar perempuan itu.

Akhirnya kepala pelajar tersebut berjaya dikeluarkan tanpa mengalami sebarang kecederaan.

Kejadian tersebut mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Boleh masuk, tapi tak boleh keluar,’’ tulis seorang netizen.

“Keliru nak ketawa atau kesian,’’ tulis netizen lain. – Agensi

Artemesiaa Publish time 27-1-2022 02:05 PM

Memalukan dah besar macam tu buat perangai sebegitu
Pages: [1]
View full version: Kepala pelajar tersepit pada meja belajar


ADVERTISEMENT