boca120879 Publish time 26-1-2022 05:05 PM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Akhir Zaman

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Suwaid bin Nashr, diceritakan oleh 'Abdullah bin Al-Mubarak, daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Di antara tanda- tanda hari Kiamat
adalah manusia bermegah-megahandalam membina masjid.
(Hadith Nasa'i no. 682)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 11-2-2022 09:09 AM

Edited by boca120879 at 22-4-2022 01:50 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh 'Abdurrahman bin Ibrahim bin Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Bisyr bin Bakr, diceritakan oleh Ibnu Jabir, diceritakan oleh Abu Abdus Salam, daripada Tsauban, Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Hampir tiba satu masa,
bangsa-bangsa dari seluruh dunia,
akan datang mengerumuni kamu (umat Islam),
bagaikan orang yang hendak makan,
mengerumuni hidangan mereka."

Maka salah seorang sahabat bertanya,
“Adakah hal itu kerana
bilangan kami sedikit pada hari itu?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Bahkan kamu pada hari itu ramai sekali,
tetapi kamu umpama buih pada permukaan air.

Allah akan mencabut rasa gentar terhadap kamu,
daripada hati musuh-musuh kamu.

Dan Allah akan melemparkan ke dalam hati kamu,
penyakit al-Wahn.”

Seorang sahabat bertanya,
“Apakah penyakit al-Wahn itu, wahai Rasulullah?”

Rasulullah s.a.w. menjawab,
“Cinta dunia
dan takut mati.”

(Hadith Abu Daud no. 3745)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 12-2-2022 01:15 PM

Edited by boca120879 at 22-4-2022 01:57 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ahmad bin Al Miqdam, diceritakan oleh Al Fudlail bin Sulaiman, diceritakan oleh Abu Hazim, diceritakan oleh Sahl bin Sa'dari r.a.,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya aku diutus,

sementara kedatangan hari kiamat
adalah sebagaimana jarak antara kedua-dua jari ini
(sambil memberi isyarat
jarak renggang antara jari tengah dan telunjuk)."

(Hadith Bukhari no. 4555)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)



boca120879 Publish time 22-4-2022 10:20 AM

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Isa bin Yunus, daripada Al Auza'i, daripada Al Hasan bin 'Athiyah, daripada Makhul & Ibnu Abu Zakaria, daripada Khalid bin Ma'dan, daripada Jubair bin Nufair, daripada Dzul Mikhmar,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Bangsa Romawi akan berdamai dengan kalian, setelah itu mereka bersama kalian,akan berperang melawan musuh sehingga kalian menang dan mendapatkan harta rampasan, Mereka akhirnya menyerah.
Setelah itu, kalian akan pergi menuju padang rumput yang berbukit.
Lalu ada seorang tentera salib mengangkat salib sambil berkata,"(Tentera) salib telah menang."
Maka salah seorang Muslim marah ketika mendengarnya, lalu dia mendekati lelaki tersebut dan memukulnya.
Maka saat itulah, bangsa Romawi berkhianat (daripada perdamaian), sehingga mereka berkumpul untuk melakukan peperangan besar-besaran."
Diceritakan oleh Abdurrahman bin Ibrahim Ad Dimasyqi, diceritakan oleh Al Walid bin Muslim, diceritakan oleh Al Auza'i, daripada Hasan bin 'Athiyah dengan isnad seperti Hadith di atas, namun dia menambahkan,
"Lantas mereka berkumpul untuk melakukan peperangan besar-besaran, sehingga saat itu, mereka datang di bawah lapan puluh (80) bendera,dan setiap bendera terdiri daripada dua belas ribu (12000) pasukan tentera."
(Hadith Ibnu Majah no. 4079)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 28-5-2022 09:58 AM

Edited by boca120879 at 28-5-2022 03:23 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Mahmud bin Ghailan, diceritakan oleh Abu Daud Al Hafari, diceritakan oleh Sufyan Ats Tsauri, daripada Abdurrahman bin Ziyad Al Afriqi, daripada Abdullah bin Yazid, daripada Abdullah bin Amru,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pasti akan datang kepada umatku, sesuatu yang telah datang pada bani Israil seperti selarinya sandal dengan sandal.Sehingga apabila di antara mereka (bani Israil) ada orang yang bersetubuh dengan ibu kandungnya sendiri secara terang-terangan,maka pasti di antara umatku ada yang melakukan demikian.
Sesungguhnya bani Israil terpecah menjadi tujuh puluh dua (72) golongan.
Dan umatku akan terpecah menjadi tujuh puluh tiga (73) golongan.Semuanya masuk ke dalam neraka,kecuali satu (1) golongan."
Para sahabat bertanya, "Siapakah mereka (yang tidak masuk neraka)wahai Rasulullah?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Mereka adalah golongan yang mana aku dan para sahabatku berpegang teguh padanya."
(Hadith Tirmidzi no. 2565)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 3-6-2022 09:45 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Abu Bakar bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi, daripada Ishaq bin Abu Furat, daripada Al Maqburi, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia.
Pendusta dipercayai, orang yang jujur didustakan.
Amanah diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati.
Dan Ruwaibidhah turut berbicara."
Lalu Rasulullah s.a.w. ditanya, "Apakah Ruwaibidhah itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,"Orang-orang bodoh yang menguruskan urusan perkara umum (orang awam)."
(Hadith Ibnu Majah no. 4026)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 20-7-2022 11:24 AM

Edited by boca120879 at 20-7-2022 03:32 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Ahmad bin Abdah adl-Dlabbi, diceritakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad & Abu Alqamah al-Farwi, diceritakan oleh Shafwan bin Sulaim, daripada Abdullah bin Salman, daripada bapanya (Salman), daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya kelak, Allah akan menghembuskan angin yang sangat lembut, selembut sutera dari arah Yaman.
Ia tidak akan melalui seorang pun yang di dalam hatinya terdapat seberat biji-bijian daripada iman (dikatakan oleh Abu Alqamah al-Farwi)atau seberat biji sawi daripada iman (dikatakan oleh Abdul Aziz bin Muhammad) kecuali Allah akan mematikannya."
(Hadith Muslim no. 168)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 17-8-2022 10:40 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Harmalah bin Yahya At Tujibi, diceritakan oleh Abdullah bin Wahab, diceritakan oleh Abu Syuraih, diceritakan oleh Abdulkarim bin Al Harits,diceritakan oleh Al Mustaurid Al Qurasy,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kiamat terjadi dan Romawi (orang Barat) adalah manusia yang paling ramai."
Kata-kata ini didengari oleh Amru bin Al Ash.Amru bin Al Ash berkata,"Ucapan-ucapan apa yang disebut daripadamu,bahawa kau mengatakannya daripada Rasulullah s.a.w.?
Al Mustaurid Al Qurasy berkata padanya,"Aku katakan yang aku dengar daripada Rasulullah s.a.w."
Amru bin Al Ash berkata,"Bila kau katakan demikian,
mereka (orang Barat) adalah orang-orang paling sabar ketika terjadi fitnah.
Paling kuat ketika terjadi musibah.
Dan yang terbaik terhadap orang-orang miskin dan orang-orang lemah.
(Hadith Muslim no. 5159)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 18-8-2022 01:33 PM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Harmalah bin Yahya bin Abdullah bin Harmalah bin Imran at-Tujibi, diceritakan oleh Ibnu Wahb, diceritakan oleh Abu Syuraih, diceritakan oleh Syarahil bin Yazid, diceritakan oleh Muslim bin Yasar, diceritakan oleh Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Akan ada di akhir zaman,
para Dajjal Pendusta membawa hadith-hadith kepada kalian yang mana kalian tidak pernah mendengarnya.Dan bapa-bapa kalian juga belum pernah mendengarnya.
Maka kalian jauhilah mereka.Mereka tidak boleh menyesatkan kalian dan tidak boleh memfitnah kalian."
(Hadith Muslim no. 8)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 2-9-2022 11:59 AM

Edited by boca120879 at 2-9-2022 04:18 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Muhammad bin Abdullah bin Qahzadz, diceritakan oleh Abdullah bin Utsman, daripada Abu Hamzah, daripada Qais bin Wahab, daripada Abu Al Waddak, daripada Abu Sa'id Al Khudri,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dajjal muncul lalu seseorang daripada kalangan kaum Mukminin menuju ke arahnya.
Lalu bala tentara Dajjal yang bersenjata menemuinya.Mereka bertanya,"Kau mahu ke mana?"
Mukmin itu menjawab:,"Hendak ke orang yang muncul itu."
Mereka bertanya,"Apa kau tidak beriman ada tuhan kami?"
Mukmin itu menjawab,"Rabb kami tidaklah buta."
Mereka berkata,"Bunuh dia."
Lalu mereka saling berkata antara satu sama lain,"Bukankah tuhan kita melarang kalian membunuh seorang pun selain dia."
Mereka membawanya menuju ke Dajjal.
Saat orang mukmin melihatnya, dia berkata,"Wahai sekalian manusia, inilah Dajjal yang disebut oleh Rasulullah s.a.w."
Lalu Dajjal memerintahkan agar Mukmin tersebut dibelah. Dajjal berkata,"Ambil dan belahlah dia."
Punggung dan perutnya dipenuhi pukulan lalu Dajjal bertanya,"Apa kau tidak beriman padaku?"
Mukmin itu menjawab,"Kau adalah Al Masih pendusta."
Lalu Dajjal memerintahkannya digergaji dari hujung kepala hingga pertengahan antara kedua-dua kaki.
Setelah itu Dajjal berjalan di antara dua potongan tubuh itu lalu berkata,"Berdirilah."
Tubuh itu pun berdiri.
Selanjutnya Dajjal bertanya padanya,"Apa kau beriman padaku?"
Mukmin tersebut menjawab,"Aku semakin mengetahuimu."
Setelah itu Dajjal berkata,"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya tidak ada seorang pun yang dilakukan seperti ini setelahku."
Lalu Dajjal mengambilnya untuk disembelih, tapi Dajjal tidak mampu membunuhnya.
Kemudian kedua-dua tangan dan kaki orang itu diambil lalu dilemparkan.Orang ramai berfikir bahawa Mukmin tersebut dilemparkan ke neraka.Tapi sesungguhnya dia dimasukkan ke syurga."
Setelah itu Rasulullah s.a.w. bersabda,"Dia (Mukmin tersebut) adalah manusia yang kesaksiannya paling agung di sisi Rabb seluruh alam."
(Hadith Muslim no. 5230)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 2-2-2023 11:02 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Qutaibah bin Sa'id, diceritakan oleh Ya'qub bin Abdurrahman Al Qari, daripada Suhail, daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidak akan terjadi hari kiamat,
sebelum harta kekayaan telah terkumpuldan melimpah ruah, sehingga seorang lelaki pergi ke mana-mana sambil membawa harta zakatnya.Tetapi dia tidak mendapati seorang pun yang bersedia menerima zakatnya itu.
Dan sehingga tanah Arab menjadi subur makmur kembali dengan padang-padang rumput dan sungai-sungai."
(Hadith Muslim no. 1681)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

boca120879 Publish time 3-2-2023 10:03 AM

Bismillahir Rahmanir Rahim.Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
Diceritakan oleh Manhsur bin Abu Muzahim, diceritakan oleh Yahya bin Hamzah, daripada Al Auza'i, daripada Ishaq bin Abdullah, daripada bapa saudaranya, (Anas bin Malik),Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Dajjal diikuti Yahudi Isfahanseramai tujuh puluh ribu (70000 orang).
Mereka memakai Tayalisah (sejenis jubah Parsi)."
(Hadith Muslim no. 5237)
Nota penting:Untuk pemahaman yang lebih baik,sila rujuk nasihat pakar(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Pages: [1]
View full version: Al-Qur'an & Hadith: Bab: Akhir Zaman


ADVERTISEMENT