Agent13k Publish time 26-1-2022 04:45 PM

Virus Baru Komputer Yang Boleh Hidup Walaupun Dah Format Dan Pasang OS Baru!





Kehadiran malware atau virus di komputer bukan perkara baru, dan menjadi kebiasaan untuk ramai juruteknik yang melakukan pembuangan virus pada komputer, dengan cara format komputer untuk memastikan virus berkenaan itu benar-benar telah dibuang. Tetapi sekarang ini ada satu virus baru yang akan menyusahkan lagi keadaan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/161718iijq22872q14ijdz.pngkredit foto: Archyde



Menurut Amanz, virus baru itu yang bernama Moonbounce dikatakan amat kental dan boleh hidup walaupun komputer itu di format ataupun dipasang sistem OS baharu. Moonbounce ini dikatakan menyasarkan papan induk komputer dan bukan pada OS sahaja tetapi menyasarkan "firmware" papan induk iaitu EUFI atau BIOS, ianya membenarkan virus itu kekal selamat walaupun telah diformat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/161816zhkqozevoq77koxw.jpgKredit foto: Antivurs Jar



Dalam proses mengatasi virus baru ini, ada beberapa perkara boleh dibuat untuk menjaga PC anda selamat dari virus seperti mengaktifkan ciri Secure Boot pada komputer. Juga, keperluan penggunaan TPM 2.0 di Windows 11 juga akan melindungi komputer pengguna, pengguna juga boleh membuat ciri kata laluan untuk membuat peruabahan pada UEFI, ia akan mengelak kemaskini firmware yang tidak dibenarkan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/161900m8lstlt0ntcnusee.pngkredit foto: Safety Dectives



Dan paling penting, sentiasa kekal berhati-hati ketika di dunia siber, dan elak menjadi mangsa virus yang boleh merosakkan komputer anda. -CARI

Belibis Publish time 26-1-2022 04:49 PM

Takkan nak kena boster pulakkkk.

musangbodoh Publish time 26-1-2022 04:56 PM

laptop aku kalo ala2 ader virus tros aku buang je...beli baru....dh murah kan skrg{:smileo

lurkingaround Publish time 26-1-2022 05:53 PM

Edited by lurkingaround at 26-1-2022 05:58 PM

.
https://securelist.com/moonbounc ... fi-firmware/105468/ - moonbounce-the-dark-side-of-uefi-firmware - 20 Jan 2022
.
Untuk hackers CCP Cina dapat mengodam komputer dengan cara ini, mereka kena phish sama Administrator nya untuk curi passwordnya dan perlu ada Remote Access ke komputer/server itu melalui Internet. Kebiasaannya, komputer network syarikat yang kena godam kerana perlu ada Remote Access, iaitu bukan komputer peribadi di rumah (yang perlu disable Remote Access atau Remote Desktop Management). .......

https://it.stonybrook.edu/news/a ... rotocol-rdp-service - protect-your-windows-computer-by-disabling-the-remote-desktop-protocol-rdp-service - 15 May 2019
.
Olehitu, bukan senang mengodam komputer dengan cara ini.
.

P S - Modem-router, spt dari servis TM Unifi Fiber, juga perlu disable Remote Access atau Remote Management supaya talian Internet tak dicuri pengodam2 atau TM-"insiders".
.

Pages: [1]
View full version: Virus Baru Komputer Yang Boleh Hidup Walaupun Dah Format Dan Pasang OS Baru!


ADVERTISEMENT