Agent13k Publish time 26-1-2022 03:45 PM

Rumah Lama Berbentuk Kasut But Ditemui Di Hutan UK!

Sebuah rumah yang berbentuk kasut but ditemui di dalam hutan di United Kingdom (UK) sekali gus menepati tajuk sebuah puisi lama pada tahun 1794.

Dalam puisi lama itu menyatakan terdapat seorang wanita tua tinggal di dalam kasut.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/142524i65zwxnfnel7y276.pngkredit foto: Sinar



Menurut Sinar harian, sebuah rumah berbentuk kasut but telah ditemui di sebuah hutan di UK tetapi lokasi sebenar penemuan tersebut tidak didedahkan bagi mengelakkan rumah itu dirosakkan oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/142636ly03yw8g7ibgz9yd.jpgkredit foto: Twitter



Terdapat dakwaan bahawa seorang wanita pernah tinggal di dalam rumah yang berbentuk kasut but pada sekitar tahun 50an.


Sungguhpun begitu, terdapat dakwaan lain bahawa ia sebenarnya sebahagian daripada sebuah taman tema dan tidak ada penduduk yang duduk di situ. Rrumah itu kelihatan usang dan ditinggalkan sejak sekian lama.

Sebelum ini terdapat puisi yang berjudul "The Little Old Woman who lived in a shoe" pada tahun 1794 yang ditulis oleh Mother Goose, mungkin kasut ini dibina kerana puisi tersebut. -CARI

musangbodoh Publish time 26-1-2022 04:02 PM

terbaik mmg old skoll

DayangKirana Publish time 26-1-2022 04:24 PM

kalau jumpe kat tanah melayu, for sure jadi port samdol2 lapar nak buat content paranormal..
pantang jumpe benda pelik...perangai syirik khurafat semua keluar..

Belibis Publish time 26-1-2022 04:46 PM

Kasut sang kelembai la tu.

ezacbee Publish time 26-1-2022 06:34 PM

Orang kenit dan tukang kasut. :lol:

Adrif Publish time 26-1-2022 09:15 PM

masa kecik2 kalau baca buku kanak-kanak, mesti ada gambar rumah kasut ni

afie_m Publish time 27-1-2022 04:10 PM

hahaha..tengah baca ni kat sinar fm dok cerita hal rumah ni..kebetulan betul

puanbintang Publish time 10-2-2022 02:36 PM

unik sungguh

bottombikini Publish time 10-2-2022 05:55 PM

aisey..macam zaman hensel gretel :lol:

epal_putih Publish time 11-2-2022 01:13 PM

tetiba teringat dalam buku cerita kanak2 haha

copy_paste Publish time 13-2-2022 12:35 PM

rupenya dulu situ taman tema, mana pergi banggunan2 yg lain2

anony-mous Publish time 14-2-2022 02:08 AM

Sedih pulak teringat taman kasut dgn Muadzam Shah. Best taman tu syg x terjaga. Ada mcm2 jenis kasut.
Pages: [1]
View full version: Rumah Lama Berbentuk Kasut But Ditemui Di Hutan UK!


ADVERTISEMENT