mattzzx Publish time 26-1-2022 03:18 PM

Syiling 2,00 tahun

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/25hmemas_1643151638.jpg
SYILING emas cawan pelangi ditemui Herkt. FOTO Wolfang Herkt

Berlin: Kepingan syiling emas Celtic digelar 'cawan pelangi' berusia 2,000 tahun yang digali Brandenburg, Jerman, menjadi penemuan terbesar dalam sejarah negeri itu.

Hasil penemuan pada 2017 itu diterbitkan baru-baru ini dalam jurnal akademik Live Science dengan tajuk 'Timbunan emas Celtic, 'cawan pelangi' berusia 2000 tahun ditemukan di Jerman'.

Ia digelar cawan pelangi kerana legenda teko emas yang bentuknya melengkung seperti pelangi.

Dalam terbitan itu, Menteri Kebudayaan Brandenburg, Manja Schuele mendedahkan, penemuan itu yang terbesar pernah berlaku dalam sejarah Brandenburg.

"Sebanyak 41 keping syiling emas itu sangat sensasi, sumber maklumat yang tidak boleh ditukar ganti dan menawarkan gambaran unik tentang masa lalu kita.

"Ia menunjukkan kesan sejarah ketara di negeri ini.

"Ahli arkeologi sukarelawan berjaya mendedahkan bahagian penting sejarah negeri ini," katanya.

Syiling itu bakal dipamerkan di Muzium Negeri Arkeologi Brandenburg, yang menempatkan 10,000 pameran terpilih serta mendedahkan gambaran keseluruhan sejarah budaya Brandenburg selama 130,000 tahun.
Pages: [1]
View full version: Syiling 2,00 tahun


ADVERTISEMENT