Agent13k Publish time 26-1-2022 02:31 PM

Asyik Bergaduh? 5 Perkara Positif Ini Boleh Berlaku Selepas Pasangan Bergaduh!

Konflik dan pergaduhan dianggap sebagai sesuatu yang tidak menyenangkan kerana ia cenderung kepada perkara negatif, tetapi kajian mengatakan proses konflik sebenarnya memudahkan perbualan dan mengetahui perspektif pasangan.

Perlu diingatkan, bahawa konflik dan pergaduhan boleh menjadi sangat bermanfaat dalam hubungan. Menurut laman Psychology Today, berdebat dengan orang yang rapat dengan anda boleh memberikan tenaga dan motivasi, dari segi nilai teras kepada matlamat.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/125300m9qk5m6i65dd4qmi.pngkredit foto: film daily



Ini adalah perkara baik yang dapat diperolehi daripada pertengkaran dengan pasangan seperti dipetik dari Mstar.



[*]Berkomunikasi mengenai keinginan masing-masing

Bertengkar adalah normal kerana anda boleh meluahkan kekecewaan dan memberitahu keinginan kepada pasangan, menurut Bustle, bertengkar tidak selalunya disebabkan perkara yang teruk tetapi ada juga pergaduhan tercetus kerana faktor cinta dan belas kasihan yang tinggi.

Kemarahan adalah satu emosi yang semulajadi dan ia memberitahu bahawa ada sesuatu yang tidak selesa dalam hubungan pasangan dan perlu berbincang.



[*]Mengetahui Masalah

Semakin anda dan pasangan banyak bercakap, anda akan lebih memahami apa yang berlaku, malahan ia juga membantu untuk mencari cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi sama-sama. Tetapi perlu ambil perhatian, apabila anda mula memahami alasan masing-masing, lebih mudah untuk menyelesaikan masalah.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/125138vih9aud8vlvl88iu.pngkredit foto: flickr



[*]Bersikap matang

Bertengkar sebenarnya membantu anda dan pasangan lebih matang sebagai individu dan membantu dalam perhubungan, kematangan itu wujud apabila anda mengambil maklumat daripada hujah dan menggunakan secara konstruktif untuk memperbaiki dan menguatkan lagi hubungan.



[*]Meningkatkan keintiman

Menurut Times of India, rata-rata pakar mengatakan bertengkar boleh meingkatkan keintiman pasangan dalam hubungan tersebut, meminta maaf adalah jalan yang terbaik tambahan pula, ia boleh mengeratkan hubungan anda dan pasangan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/125935wsabbc74ug84c5vb.jpgkredit foto: Asian Drama



[*]Bina kepercayaan

Bertengkar membantu mendedahkan rahsia tersembunyi, sebaliknya jika dalam hubungan tidak ada pertengkaran, mungkin ada rashsia tersekit sehinggakan pasangan boleh meragui antara satu sama lain.

Perlu diingatkan hujah tidak berat sebelah, kedua-duanya perlu mendengar pendapat masing-masing untuk mengelakkan salah faham.

makadek Publish time 26-1-2022 09:23 PM

Pas gaduh main la apa lg
Astu lapar g makan
Gitu je lah

mamajawie Publish time 27-1-2022 09:58 AM

makadek replied at 26-1-2022 09:23 PM
Pas gaduh main la apa lg
Astu lapar g makan
Gitu je lah

Ya Allah, exactly sistur..tu yg malas nk gaduh sbab nanti sesi pujuk memujuk terus main..jadah tol ujung2 bunting lagi cm iollss ni..haishhh

makadek Publish time 27-1-2022 11:53 AM

mamajawie replied at 27-1-2022 09:58 AM
Ya Allah, exactly sistur..tu yg malas nk gaduh sbab nanti sesi pujuk memujuk terus main..jadah tol ...

Alamakkkkkkk tahniahhhhh lerrrrr
Masa baru kawin 5 ke 8 tahun pertama
Camgitu la perang mcm nk gila
Dia pujuk2 terus lak cetim bengong betul
Tp kalau tk puas hati lps main smbung balik gadoooo sehingga la tiba2 perut laporrr:lol:

mamajawie Publish time 27-1-2022 11:56 AM

makadek replied at 27-1-2022 11:53 AM
Alamakkkkkkk tahniahhhhh lerrrrr
Masa baru kawin 5 ke 8 tahun pertama
Camgitu la perang mcm nk gi ...

masalahnya anak iollss baru setahun yachhh mmg tazzangka dapat anak rapat camni..sbab b4 this iollss nak dpat 2nd baby tgu smpai 5 thun..

ally9970 Publish time 27-1-2022 01:54 PM

Sbb tu ada couple yg asyik dok bergaduh, tp bini tiap2 tahun mengandung...

Artemesiaa Publish time 27-1-2022 02:02 PM

Tapi bukan semua berakhir macam tu

becir Publish time 27-1-2022 10:40 PM

Artemesiaa replied at 27-1-2022 02:02 PM
Tapi bukan semua berakhir macam tu

I la tu, gaduh2 cerai jah..:lol:

acikhan Publish time 28-1-2022 07:11 AM

ally9970 replied at 27-1-2022 01:54 PM
Sbb tu ada couple yg asyik dok bergaduh, tp bini tiap2 tahun mengandung...

nie jiran bwh umah haku la nie...gaduh2 sapai luar umah tup yup da ngandung no.3 rapat2 ank nyer

ally9970 Publish time 28-1-2022 10:43 AM

acikhan replied at 28-1-2022 07:11 AM
nie jiran bwh umah haku la nie...gaduh2 sapai luar umah tup yup da ngandung no.3 rapat2 ank nyer

Kawan aku kat Jais cerita, couple dtg kaunseling, gaduh sampai nak cerai, dah 7 thn kawin. Bila check, anak dah nak masuk 5...
hahahaha...

ayukpingu Publish time 19-3-2022 08:56 AM

hahahha..lawak2 komen semua
Pages: [1]
View full version: Asyik Bergaduh? 5 Perkara Positif Ini Boleh Berlaku Selepas Pasangan Bergaduh!


ADVERTISEMENT