tatod Publish time 26-1-2022 11:16 AM

Ustaz Suruh Lelaki Tanya Bakal Isteri Haid Normal Atau Tak, Jangan Demand Hantaran Kalau Tak Teratur

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/105245wpzzddixx67vprra.pngGambar Hiasan


Isu kesuburan dan zuriat adalah perkara yang sangat sensitif bagi seorang perempuan apatah lagi dalam rumah tangga. Mana-mana wanita yang mengalami masalah kesuburan bukan hanya rasa hilang harga diri tetapi juga membawa pada keruntuhan rumah tangga.


Pemilik akaun Facebook, Emma Villa berkongsi gambar tangkap layar pendedahan seorang wanita mengenai pengalamannya ketika menghadiri kursus pra-perkahwinan.


Menurut pemilik kisah berkenaan, ada seorang ustaz yang ketika itu memberikan ceramah menyarankan kepada peserta lelaki agar terlebih dahulu memastikan bakal isteri mereka mampu memberikan zuriat atau sebaliknya. Andai bakal isteri mempunyai masalah kesuburan maka hantaran pihak lelaki juga adalah atas budi bicara mereka.


Kata-kata penceramah berkenaan seperti menggambarkan bahawa kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga itu sepenuhnya bersandarkan pada kemampuan wanita melahirkan zuriat semata-mata. Kenyataan itu juga seolah-olah meletakkan kesalahan hanya di bahu wanita andai pasangan suami isteri gagal menimang cahaya mata.


https://www.facebook.com/f3LtViLL3/posts/4900638096624213


Perkongsian berkenaan menarik perhatian pengguna Facebook yang lain. Rata-rata, ramai yang tidak berpuas hati dengan kenyataan ustaz berkenaan.


Lebih mengecewakan ustaz tersebut menyentuh isu kesuburan tanpa memberikan nasihat apa yang perlu dilakukan seandainya pasangan suami isteri berhadapan ujian seperti itu.
https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/110306hapkd7pavpraf7pa.jpg





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/26/110311nzo7h6b1oa4goybt.jpg


Apa pendapat anda? -CARI




Nurul8001 Publish time 26-1-2022 12:06 PM

Saya teringin nak tau, yg dapat ustas2 bodoh ni, kursus kawin kat negri mana? Kat tempat saya belas2 tahun lepas, kursus kahwin memang berilmu.
Ustaz tekankan tanggungjawab suami, tanggungjawab isteri, amalan2 nak rumahtangga bahagia. Melawak pasal seks pun takde.

Pengurusan yg lantik penceramah, takde buat background check ke? Buatkan Islam difitnah

Tembikaigoreng Publish time 26-1-2022 12:20 PM

Kau dtg bulan on time pun kalau Tuhan kata belum rezeki untuk dpt anak, xdpt jugak. Ustaz pun bongok, daripada cite cerita begini baiklah dia sebarkan keindahan berkawin secara sederhana. Macam beli bundle pulak, ada cacat celah sikit, haaa dah boleh jadi point untuk minta diskaun.

ezacbee Publish time 26-1-2022 12:28 PM

Ustaz sangap ni :huffy

azimodin Publish time 26-1-2022 01:26 PM

Lambat mengandung, salah perempuan
Xdapat anak lelaki, salah perempuan
Beranak rapat salah perempuan

Apa dorang ingat perempuan boleh tetiba mengandung tanpa lelaki? (Ibu nabi isa tu cerita lain la). Ada mak mertua yg sedap je kutuk menantu lambat mengandung padahal anak dia hisap rokok & overweight.

orkid_amani Publish time 26-1-2022 02:28 PM

Tuhari aq p kursus kawin kena p hat pejabat agama punya..p register kat pejabat..kursus kat dewan bawah pejabat agama tu gak. Hat bagi ceramah pun mmg knowledge & informative..xdak la melalur..hat pasai perancang keluarga ada doc Mai..pasai hakĀ² isteri cerai fasak tu org mahkamah syariah Mai bg taklimat.. dulu la

felinecat Publish time 26-1-2022 02:46 PM

Ustaz kelas belakang kot.

musangbodoh Publish time 26-1-2022 03:23 PM

pompuan selalu btol ustaz oiiii.............................................................................{:1_563:}

Artemesiaa Publish time 26-1-2022 03:28 PM

Bila kurang membaca tapi nak bercakap mengenainya macam tu ler jadinya

KamikuP Publish time 26-1-2022 04:17 PM

Ni ustaz mana ni bongok tak bole bawakbincang

misssakura Publish time 26-1-2022 05:28 PM

elehhh.. mcm la pompuan nk sangat kawen dgn jantan mcm tu. belum apa2 dah tayang kebodohan.

-Suri- Publish time 26-1-2022 05:30 PM

Bodonya ustat! Mcm la dia tau rezeki zuriat org lain

kuzaime Publish time 26-1-2022 08:22 PM

Uatad mana yg cetek sgt pemikiran dia ni??:curse: asal x pgnant aje nak salahkan ppuan. Siap suruh selidik pulak kitaran haid bakal bini.

Rezeki mengandung ni kalau Allah nak bagi, period kau teratur @ x pun tetap akan mengandung jugak

dua_chzy Publish time 26-1-2022 08:32 PM

Mudah2an haid anak pompuan staz kucar kacir.

dua_chzy Publish time 26-1-2022 08:34 PM

Nurul8001 replied at 26-1-2022 12:06 PM
Saya teringin nak tau, yg dapat ustas2 bodoh ni, kursus kawin kat negri mana? Kat tempat saya belas2 ...

Bergantung pada tempat.

Sebab tempat saya luar bandar, cam celaka ja staz2 yang bagi ceramah. Dari 4 orang yang bercakap, 1 ja boleh pakai.

Tapi di area bandar biasanya dengar cam bagus kursus2 kawinnya.

makita Publish time 26-1-2022 09:14 PM

Patut tanya ustaz tu bole ke kalau nak bwk lelaki tu pegi kt doc utk check kualiti sperm? Atau sperm count? Ye la byk je yg mandul sbb sperm xde kualiti atau sperm zero

Carcosa Publish time 26-1-2022 09:35 PM

Bongok punya Ustaz. :huffy :huffy :huffy
Kau ckp gitu, seolah2 nak suruh jantan2 bodoh ni, test drive dulu bakal bini dia, bodoh! Bodoh punya Ustaz!!
Yelah, nak tgk dulu kan, bakal bini tu, subur or boleh ngandung ke tak kan? Bodoh gila siol.:curse:
Cuba suruh si Ustaz ni ckp gini dkt bakal menantu jantan dia. Boleh tak??! Entah2, anak perempuan dia yg mandul. Hah time tu jgn tanya pulak kenapa, kenapa. Kenapa ditakdirkan begitu.
Dah sah2 molot kau mcm celaka, walaupun kau Ustaz.

Meiizu Publish time 26-1-2022 10:23 PM

Sebab tulah aku benci ustaz2 mahupun setazah sekolah bawah pokok tu pun hasil derma

umbut Publish time 26-1-2022 11:04 PM

Lobai buduhhsss.. period teratur pun ada je x leh beranak.. ni semua rezeki..

bakingsoda Publish time 27-1-2022 01:00 AM

lobai ni mmg bangang mcm perempuan tu boleh kawal period utk dianggap satu kesalahan? harap lobai ni pon sperma lemahhh jd tidak membiakkan kebodohan kat anak2 :D tapi ironi sunggup perempuan yg tak suka di objectified tapi letak harga hantaran mcm nk berniaga, sesuai la dapat jantan suka diskaun ;P
Pages: [1] 2 3
View full version: Ustaz Suruh Lelaki Tanya Bakal Isteri Haid Normal Atau Tak, Jangan Demand Hantaran Kalau Tak Teratur


ADVERTISEMENT