tatod Publish time 25-1-2022 06:23 PM

Isteri Pinang Madu Buat Suami, Seronok Ada Kawan Katanya

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/165647kx6iax6zr4ixtt6b.png

Bercakap mengenai poligami, banyak kisah tular menceritakan kepahitan dan kesengsaraan yang dilalui sepanjang tempoh berkongsi kasih.


Walaupun ada yang rela dan ikhlas bermadu, malah meminang sendiri wanita berkenaan buat suaminya, tetap saja ramai beranggapan bahawa isteri pertama hanya pura-pura gembira.


Perkongsian Isa yang menggunakan nama akaun Sifugsa7 di TikTok mengenai perkahwinan keduanya mengundang berbagai persepsi dari pengguna aplikasi berkenaan.


Mempunyai lima anak hasil dari perkahwinan pertama, lelaki itu memuat naik beberapa koleksi video memaparkan perkahwinan kali kedua itu,




7056070058132393242


Berdasarkan paparan video, istri kedua Isa dipinang sendiri oleh isteri pertamanya, Roslinda Hussin. Malahan, wanita itu juga sama sekali tidak kelihatan kekok ketika menghadiri majlis perkahwinan suami dan madunya.


Menerusi salah satu video yang dikongsikan bagi membalas semula komen seorang warga maya yang mengatakan raut wajah isteri pertama menunjukkan kesedihan, Roslinda bagaimanapun menafikan perkara itu dan menyatakan keseronokan kerana keluarga bertambah meriah.


"Kenapa nak kena sedih? Best tau, ada kawan lagi. Lagi pun keluarga bertambah, bila dah bertambah lagi meriah. Nanti nak dapat baby lagi. Tak sabar nak dapat baby," katanya.





7056693124587867418


Walaupun Roslinda mengakui dia ikhlas hidup bermadu namun warga maya masih berbelah-bahagi. Ada yang mendoakan kebahagiaan keluarga itu dan ada juga yang simpati dengan nasib isteri pertama.


Ada juga yang bertanyakan punca Roslinda mencari isteri baharu untuknya namun Isa sendiri tidak tahu sebabnya.





https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/170349v3vwzjwaavwe7akv.jpg

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/170443sg00z2cjva2m0mte.jpg



https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/170505avjvougjrejotv7d.jpg









Ada pembaca yang hidup bermadu di sini? - CARI

BuBuComey Publish time 25-1-2022 08:42 PM

Hmm..untung laki dia. Tu je nak komen

Meiizu Publish time 25-1-2022 08:49 PM

mental kot ..tensen bertahun laki nak yg baru so dia bagi jelah kawin lain

matjerk Publish time 25-1-2022 09:13 PM

Lagi best.. bini boleh me time.. bangun tido lambat... masak makan sendiri je... lagi best

Suchi Publish time 25-1-2022 09:39 PM

Kenapa nampak isteri lama tu mcm lebih berusia drpd si suami tu.

Harap dia mmg ok laaa, siap tak sabar nak baby lagi tu huhu
Takut bukan bini baru yg ngandung tp bini lama hihi rezeki bermadu gituh

Suchi Publish time 25-1-2022 09:48 PM

BuBuComey replied at 25-1-2022 08:42 PM
Hmm..untung laki dia. Tu je nak komen

Yg pelik tu hari pertama menikoh baru dah terjoget laki bini.
Nampak mcm islamik je bini pun2 pakai sarung kaki.
Masa nikoh pakai jubah, tudung labuh lagi pastu boleh plak dedua laki bini ni menari.
Terkejut iols tgk video tu huhu

exclusive_vvip Publish time 25-1-2022 10:26 PM

Ada jual produk pape tak?

syaz_lina Publish time 25-1-2022 10:53 PM

Betui ke happy tu? Bab carikkan madu kononnya nak kawan tu, nmpk nau membohongnya. Takkan ada pompuan yg rela weh

gideoncross Publish time 25-1-2022 11:17 PM

syaz_lina replied at 25-1-2022 10:53 PM
Betui ke happy tu? Bab carikkan madu kononnya nak kawan tu, nmpk nau membohongnya. Takkan ada pompua ...

Aiol mluat je bca lakinya kta dh jodoh kan & xde prmpuan yg rela nak biarkan laki sndri brkhwin lain.

Perawankota Publish time 26-1-2022 03:39 AM

1st wife tua dari laki ke?

hareeeesah Publish time 26-1-2022 07:53 AM

nampak mcm laki ni muda dari bini-biniku je… tu ygbg kawin lainkot. Anak dah 5 kalau mampu segala segi takpe la.. yg xmampu dok diam

SedihPedih Publish time 26-1-2022 08:17 AM

haritu ada juga kan mcm ni, si wife sporting giler meminang madu, the hadir majlis pun mcm halah2 sweetnya.. tau2 later dia juga la teman husband filekan cerai wife baru tu

copy_paste Publish time 26-1-2022 10:55 AM

bila berlapang dada,bila ko ada madu lebih byk kebaikan dpt,
ada kawan,ade geng,senang uruskan rumah tangga,uruskan suami pun senang,

arffa Publish time 26-1-2022 02:52 PM

tapi kan kalau bini suruh kawen lagi lelaki bolehkan tolak? tapi tu lah kalau kucing di sua ikan tak kan tolak punya.

BartholomewKuma Publish time 26-1-2022 03:25 PM

Ada hat dengki ada hat sakit hati. Awat mekap supa mayat masa menikah ?

Artemesiaa Publish time 26-1-2022 03:31 PM

Tak nampak pun kegembiraan dimata yang no 1 tu mata sukar menipu

Supersirap Publish time 26-1-2022 03:44 PM

Suka berkawan rupanya

umbut Publish time 26-1-2022 11:08 PM

Acik takda kawan ke..nak berkawan sangat.. ke acik malas nak layan laki memalamm.. bagiler madu layan..aku nak rehat.. giteww..

Jitu Publish time 26-1-2022 11:49 PM

seramnya mekap

Jitu Publish time 26-1-2022 11:55 PM

gideoncross replied at 25-1-2022 11:17 PM
Aiol mluat je bca lakinya kta dh jodoh kan & xde prmpuan yg rela nak biarkan laki sndri brkhwin la ...

tp mmg betul dah jodoh kan :$
Pages: [1] 2
View full version: Isteri Pinang Madu Buat Suami, Seronok Ada Kawan Katanya


ADVERTISEMENT