Agent13k Publish time 25-1-2022 06:15 PM

5 Jenama Elektronik Terkenal Di Malaysia Yang Kini Sudah Pupus!

Kebanyakan jenama dahulu mampu duduk di pasaran dalam satu tempoh yang panjang kerana mempunyai kualiti yang baik, tetapi ada beberapa jenama ketinggalan zaman sehinggakan ada yang terpaksa gulung tikar, dihentikan jualan ataupun dibeli oleh pesaing lain.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161221pyqj42obj42ocxsz.pngkredit foto: Sydney Morning Herald



Ini adalah 5 jenama elektronik terkenal yang sudah pupus di Malaysia seperti dipetik dari Illuminasi.



[*]Konica dan Minolta

Nasib Konica dan Minolta berkait selepas kedua-dua jenama itu digabungkan pada tahun 2003 ketika industri perfileman dunia sedang beralih ke arah digital sepenuhnya.

Konica yang diwujudkan pada tahun 1873, menjadi sebuah syarikat litografi dan fotografi yang mempunyai sejarah cemerlang sebagai pengeluar kamera pertama di Jepun.


Minolta pula dikeluarkan pada 1928 oleh Kazuo Tashima yang membawa teknologi fotografi dari Jerman ke negara matahari terbit itu.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161449zo993zbbktob9o99.pngkredit foto: Lomography



Kedua-duanya bergabung menjadi sebagai Konica Minolta dan mencuba hala tuju lain iaitu menjadi jenama mesin cetak, tetapi pengurusan syarikat tersebut memilih untuk menghentikan semua penglibatan mereka dalam industri fotografi dan kamera pada tahun 2007.


Jenama itu sekarang menjadi pengeluar mesin pengimbas perubatan untuk hospital dan klinik.



[*]National

National suatu ketika dahulu pernah menjadi jenama yang cukup terkenal dengan produk elektronik. Barang berjenama National memang cukup diyakini pengguna di Malaysia dulu.


Jenama National dimulakan sebagai sebuah jenama ciptaan Konosuke Matsushita, pengasas syarikat itu untuk penamaan lampu basikal keluarannya. Istilah itu dipilih kerana Matsushita mempunyai harapan agar seluruh Jepun akan menggunakan produknya.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161549vg5pxl59lg4qkgvk.jpgkredit foto: roots



Walau bagaimanapun, populariti jenama Panasonic yang juga merupakan salah satu jenama di bawah syarikatnya mula mendapat perhatian dunia, menenggelamkan jenama National sedikit demi sedikit. Lama-kelamaan nama National mula dihentikan penggunaannya dan digantikan dengan Panasonic sehingga kesemua produk elektrik dan elektronik keluaran Matsushita menjadi produk Panasonic.



[*]Compaq

Compaq pada zaman kemuncaknya boleh bersaing dengan jenama besar lain seperti HP, namun Compaq tidak mampu melawan harga yang ditawarkan HP ketika itu sebelum mereka dibeli oleh HP.


Compaq pada awalnya mengeluarkan komputer sebagai persaingan dengan jenama terunggul ketika itu adalah IBM. Taktik agresif Compaq sebagai pengeluar komputer "klon IBM" yang memberi diskaun tinggi dan mendapat hasil jualan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161639r4fhcc5o5ck8h8f2.jpgkredit foto: B&H



Kesilapan Compaq adalah membeli beberapa buah syarikat teknologi yang menyebabkan mereka perlu menanggung hutang besar sehinggalah Compaq dibeli HP dan jenama itu ditamatkan terus penggunaanya pada 2013.



[*]RCA

Bagi generasi 50-an atau lebih awal, jenama RCA sudah pasti dikenali sebagai pengeluar radio dan pemain piring hitam yang menjadi satu-satunya teman masyarakat dulu.


RCA atau Radio Corporation of America bermula pada tahun 1919 sebagai sebuah syarikat media massa radio sebelum pengeluaran fonograf (ia dicipta pada tahun 1929).


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161739d8wwwfqtnxzxlkqw.pngkredit foto: Vintage Audio Exchange



Tetapi persaingan dengan jenama-jenama dari Jepun mula memberikan kesan kepada RCA apabila industri ketika itu sedang berubah kepada penggunaan kaset untik audio. RCA mula dipecahkan ke divisyen-divisyen pengeluarannya untuk diambil alih syarikat lain.


RCA kini diambil alih VOXX international yang memegang legasi jenama tanpa mengeluarkan produk-produk baru dibawah nama RCA.



[*]Blackberry

Blackberry adalah jenama yang lambang kemewahan seseorang tidak lama dulu. Pada era kemuncaknya, Blackberry mengusai lebih 20 peratus pasaran peranti telefon pintar, mengekalkan identiti peranti mereka yang terkenal dengan papan kekunci yang menjadi ikonik ketika itu dan Blackberry juga terkenal dengan peranti yang selamat dalam aspek keselamatan.

https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/25/161828i2hemmtphn01x0p6.jpgkredit foto: Engadget



Kegagalan Blackberry untuk bersaing dengan Apple dan Samsung membuat Blackberry menjadi tidak relevan pada masa sekarang. Pada 4 Januari 2022, Blackberry menamatkan semua sistem sokongan ke atas aplikasi, fungsi panggilan, mesej dan sebagainya kepada semua peranti yang menggunakan sistem "Blackberry OS".

Anda ingat semua nama jenama ini? Ada yang pernah menjadi kegemaran anda? - CARI

Adrif Publish time 25-1-2022 07:15 PM

teringat geng-geng anak kayangan dengan blackberry diorang satu masa dulu

sapa takde blackberry, takyah cakap dengan diorang. hahah lawak betul waktu tu

fast forward 2-3 tahun kemudian, semua geng2 tu pakai tab dengan ipad pulak

sapa tak angkat call letak tab sebesar-besar alam kat muka, takyah dekat dengan diorang :lol:

fast forward lagi, geng diorang semua pakai iphone pulak. tiap2 tahun tukar, aiyoyoyo

gerbera.memopad Publish time 25-1-2022 09:58 PM

Oh my, jenama National tu bagus gila. Ingat lagi periuk nasi mak aku dulu, lama pakai.

Lagi satu jenama yang dah kurang glamour - Sanyo. Tapi masih ada production rasanya.

exclusive_vvip Publish time 25-1-2022 10:24 PM

tringat iklan National.Panasonic.Technics..hihi

bondeh Publish time 26-1-2022 01:04 AM

Laptop Compaq mendonia masa meolls belajar dulu 14 tahun lepas... anyooo rasa berusia pulak huhui

saviour_09 Publish time 26-1-2022 08:21 AM

sempat la merasa bb jap

sakan duk chat merata :lol:

rain2169 Publish time 26-1-2022 08:48 AM

ye... I ingat lagi brand national tu...
rice cooker National... memang bagus..

Meiizu Publish time 26-1-2022 09:07 AM

laptop compaq ramai pakai..mampu milik.
dah takde rupanya
ingatkan tak buat marketing jee

che-cikL Publish time 26-1-2022 09:28 AM

Sempatlah semua kecuali RCA tu, baca ni baru first time dengar :$

kon2 Publish time 26-1-2022 11:15 AM

gerbera.memopad replied at 25-1-2022 09:58 PM
Oh my, jenama National tu bagus gila. Ingat lagi periuk nasi mak aku dulu, lama pakai.

Lagi satu j ...

sanyo korea tiru2 panasonic haaa

lurve82 Publish time 26-1-2022 11:32 AM

1st lappy aku compaq...sayg wei...pakai masa zaman master dulu..walaupun 2x kne tukar mb....slmt free...lepas tu vaio..lepas tu baru macbook

makton Publish time 26-1-2022 12:04 PM

RCA tu pestime dgr            

kucingitam Publish time 26-1-2022 12:23 PM

national paling bagus la zaman dulu...periuk nasi dgn peti ais..tahan lama betul.

epullipan Publish time 26-1-2022 12:47 PM

jenama AIWA pon ado gais.teringat pinjam member punya walkman time tu

Artemesiaa Publish time 26-1-2022 03:46 PM

gerbera.memopad replied at 25-1-2022 09:58 PM
Oh my, jenama National tu bagus gila. Ingat lagi periuk nasi mak aku dulu, lama pakai.

Lagi satu j ...

Betul tu jenama National barangannya amat tahan lama jarang rosak ada yang dah berbelas tahun masih elok diguna

cmf_jeangrey Publish time 28-1-2022 06:53 AM

saviour_09 replied at 26-1-2022 08:21 AM
sempat la merasa bb jap

sakan duk chat merata

First BB yg iols pakai yg ada roda kecik kt tepi henpon...penat jari scroll atas bawah ;P

cmf_jeangrey Publish time 28-1-2022 06:55 AM

National ni dulu produk made in japan kan? Sbb tu kualiti better...then panasonic made in malaysia...still good though

saviour_09 Publish time 28-1-2022 07:56 AM

cmf_jeangrey replied at 28-1-2022 06:53 AM
First BB yg iols pakai yg ada roda kecik kt tepi henpon...penat jari scroll atas bawah

iols ada 2

still simpan lg dalam laci buat kenang2 jaman tori bercintan cintun :lol:

supernaturalee Publish time 28-1-2022 11:29 AM

di opis ni fridge brand national
lbh 20 thn dh
masih terus berbakti

wanawina Publish time 28-1-2022 11:51 AM

gerbera.memopad replied at 25-1-2022 09:58 PM
Oh my, jenama National tu bagus gila. Ingat lagi periuk nasi mak aku dulu, lama pakai.

Lagi satu j ...

Ni meols setuju.rumah meols dulu pakai periuk nasik national. Sama umo meols la. Tapi dah pindah ni tak tahu mana misplaced periuk tu. Tahan betul.
Pages: [1] 2 3 4
View full version: 5 Jenama Elektronik Terkenal Di Malaysia Yang Kini Sudah Pupus!


ADVERTISEMENT