mattzzx Publish time 25-1-2022 12:49 PM

Saintis gambarkan wajah mumia lebih 2,000 tahun

https://www.sinarharian.com.my/uploads/images/2022/01/24/1425840.jpeg
Gambaran wajah mumia wanita Mesir yang dihasilkan oleh para saintis dengan menggunakan teknologi 3D. - Foto FAPAB Research Center/Cicero Moraes

SYRACUSE - Para saintis baru-baru ini berjaya menghasilkan gambaran bentuk muka mumia wanita yang meninggal dunia kira-kira lebih 2,500 tahun lalu di Mesir.

Gambaran wajah mumia yang dikenali sebagai Shep-en-Isis itu dihasilkan selepas kerja-kerja penyelidikan dilakukan selama beberapa bulan hasil usaha Pusat Penyelidikan untuk Bioarkeologi, Paleopatologi dan Antropologi Forensik di wilayah Syracuse, Itali.

Kerja-kerja bagi menghasilkan gambaran wajah manusia yang hidup pada abad ketujuh Sebelum Masihi di Mesir itu turut melibatkan Universiti Flinders di Australia dan seorang pereka bentuk teknologi Tiga Dimensi (3D) dari Brazil, Cicero Moraes.

Gigi mumia itu terpelihara dengan sempurna begitu juga dengan telinganya semasa kerja-kerja membina gambaran bentuk wajah tersebut dilakukan.

Mumia wanita itu ditemui pada tahun 1819 di Deir el-Bahari iaitu sebuah kompleks kuil mayat dan makam terkenal yang terletak di tebing barat Sungai Nil di Mesir sebelum ia dibawa ke Switzerland pada tahun 1820.

Shep-en-Isis ditemui di dalam makam keluarga yang terletak di kawasan kuil mayat Firaun Hatshepsut di kuil Deir el-Bahari.

Tulang-tulangnya kemudian disimpan di Perpustakaan Biara Sao Galo di bandar St Gallen, Switzerland. - Agensi


Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/184492/GLOBAL/Saintis-gambarkan-wajah-mumia-lebih-2000-tahun
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

penutupbotol Publish time 28-10-2023 04:21 PM

manusia jaman purba

Yoonggi Publish time 5-1-2024 03:13 PM

merata-rata mumia Mesir ni dibawak klr kan? Xleh ke Kerajaan Mesir mintak balik semua dr negara2 yg simpan brg2 dia nih?
Pages: [1]
View full version: Saintis gambarkan wajah mumia lebih 2,000 tahun


ADVERTISEMENT