mattzzx Publish time 25-1-2022 11:26 AM

RM567.57 untuk 13 minit

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/24hmpark_1643064015.jpg
DAVID Ridsdale. FOTO AGENSI

London: Sudahlah tidak sempat bertemu bapanya yang nazak, kekecewaan seorang lelaki United Kingdom ini berganda apabila disaman £100 (RM567.57) kerana 13 minit meletak kenderaan tanpa tiket parkir.

David Ridsdale berkongsi kekecewaan itu dan menyifatkan tindakan berkenaan tidak berperikemanusiaan.

Katanya, pada hari kejadian, dia memandu sejauh 225 kilometer dari Nottingham ke Hospital North Tees untuk menemui bapanya, 91, yang nazak selepas terjatuh dan mempunyai masalah jantung.

"Perjalanan saya mengambil masa lebih lama daripada biasa iaitu tiga jam setengah kerana ribut, salji dan hujan lebat.

"Saya hanya sampai jam 7 pagi dan dalam keadaan tergesa-gesa saya parkir kereta di kawasan letak kenderaan persendirian bertentangan dengan hospital.

"Banyak saya fikirkan ketika itu dan juga risaukan keadaan ibu, jadi saya hanya parkir dan terus berlari ke bangunan hospital," katanya kepada Teeside Live seperti dilapor Daily Star.

Katanya, dia terlalu sedih tidak sempat bertemu bapanya kerana mendiang meninggal dunia ketika dia masih dalam perjalanan.

Lebih kecewa apabila dia perlu membayar saman untuk 13 minit meletakkan kenderaan tanpa tiket parkir.

"Saya sepatutnya membayar parkir dan gagal berbuat demikian, tetapi ia tidak disengajakan, fikiran saya tertumpu kepada perkara lain.

"Saya hanya meminta sedikit ruang dan belas kasihan kerana keadaan yang saya hadapi," katanya.

Ridsdale mendakwa sudah menjelaskan saman itu namun masih menerima notis memaklumkan pertuduhan kekal.
Pages: [1]
View full version: RM567.57 untuk 13 minit


ADVERTISEMENT