Vellfire Publish time 24-1-2022 08:06 PM

Wanita pandu bas ke hospital selepas pemandu diserang sakit jantung

https://sarawakvoice.com/wp-content/uploads/2022/01/WhatsApp-Image-2022-01-24-at-07.19.59-853x420.jpeg

DELHI: Tindakan wanita yang pantas memandu bas menuju hospital selepas pemandunya diserang sakit jantung mendapat pujian netizen media sosial.
Wanita tersebut, Yogita Satav, 41, menumpang bas tersebut bersama lebih tiga dozen wanita dan kanak-kanak selepas menyertai program perkhemahan.
Pemandu bas terbabit memberitahu mereka, dia tidak dapat meneruskan perjalanan kerana matanya menjadi kabur tiba-tiba.
Sebaik sahaja pemandu itu turun dari tempat duduk memandu, dia rebah dan sawan.
Melihat keadaan ini, penumpang menjadi panik dan mula menjerit ketakutan.
Satav, yang tahu bagaimana memandu kenderaan dengan tenang segera mengambil alih tempat pemandu tersebut dan terus memandu bas menuju hospital berdekatan.
Tindakan berani Satav bukan sahaja berjaya menyelamatkan pemandu tersebut, tetapi turut memastikan kesemua penumpang dalam keadaan terkawal.
Pemilik bas itu bertemu dengan mereka di hospital dengan membawa seorang lagi pemandu bersama-samanya, lapor Arynews.

sarawakvoice.com/2022/01/24
Pages: [1]
View full version: Wanita pandu bas ke hospital selepas pemandu diserang sakit jantung


ADVERTISEMENT