Agent13k Publish time 24-1-2022 05:55 PM

Gamer Lamar Teman Wanita Melalui Permainan Video, Genshin Impact

Untuk melamar kekasih hati, pasti ada plebagai cara boleh boleh digunakan seperti melamar di taman, di kedai makan kegemaran pasangan dan tempat lain-lain lagi.

Tetapi, kali ini ada satu cara yang agak unik di mana seorang "gamer" melamar teman wanitanya melalui permainan video kegemaran mereka iaitu Genshin Impact.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/24/145957o9h9a7i57yy4ea4z.pngkredit foto: Facebook



Gamer Santai, Ronica Cabansag berkongsi kisahnya dilamar itu di laman sosial.


Katanya, teman lelakinya seorang "introvert" melampau. Pun begitu, dia menggunakan kretivitinya untuk mengubah persekitaran Serenitea Pot (kawasan penyesuaian peribadi) sebagai tempat untuk melamarnya.




Ketika Ronica memasuki permainan video Genshin Impact, dia melalui beberapa gerbang sebelum melalui mesej pertama betulis "Roses Are Red".


Dia kemudiannya berjalan lagi untuk mesej seterusnya yang bertulis "Violets are blue", mesej seterusnya adalah "Forever is real with you" dan di lokasi akhir terdapat satu lagi mesej bertulis "Will you be my waifu (wife atau isteri)?"


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/24/150103vgwccm07jdmijidy.pngkredit foto: Facebook.



Tidak lama selepas itu, teman lelakinya, Jerome Javillonar muncul dan melamarnya di dunia sebenar dan Ronica terima lamaran lelaki itu.


Menurut sumber, Jerome sebenarnya mengambil masa sebulan lebih untuk mengatur lamaran ini dalam Serenitea Pot dan membeli beberapa barang dalam permainan video tersebut.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/24/150341jnr2rl6rz0ih2k17.pngkredit foto: Facebook.



Kreatif betul cara lamar gamer ini. - CARI

saifulms Publish time 25-1-2022 06:49 AM

Terbaik...
Pages: [1]
View full version: Gamer Lamar Teman Wanita Melalui Permainan Video, Genshin Impact


ADVERTISEMENT