Lagubestbest Publish time 24-1-2022 04:33 PM

Omicron Kini Ada Varian BA.2 Lebih Senang Jangkit Tapi Senang Juga Dilawan

Edited by Lagubestbest at 24-1-2022 04:58 PM

Omicron ada susur galur sub-varian yang dilabel sebagai BA.2 yang ada ciri-ciri stealth/ sukar dikesan dan menjadi punca dominan terhadap peningkatan jangkitan Omicron di Denmark, India, UK. Dikaji sejak 2 Disember 2021.

https://si.wsj.net/public/resources/images/OG-GC517_2c397b_APP_20211130154427.jpg
Mutasi Covid-19 Hingga Omicron Jadi Dominan.

Setakat ni Omicron ada tiga sub-varian. BA.1, BA2 dan BA.3. Awal-awal dulu BA.1 mendominasi, BA.3 pula jarang-jarang je, tapi kini didapati jangkitan akibat BA.2 sedang meningkat dan mungkin akan melepasi kadar jangkitan BA.1. Omicron (asalnya semua kita panggil B.1.1.529 tapi kemudiannya didominasi sub-varian BA.1) ada ciri-ciri ketiadaan/ deletion amino asid #69-70 (del 69-70), yang jika kita buat test gene sequencing (PCT Test), test akan gagal (kalau gagal = Omicron, kalau tak gagal biasanya Delta). Tetapi, sampel bakal Delta tak gagal PCT Test pun bila buat gene sequencing menyeluruh (pakai software farmaseutikal Pangolin atau Scorpio), kita tak dapat sahkan ia sebagai Delta. Jadi.. ini pastinya kerja sub-varian BA.2 (sebab ada ciri-ciri BA.1 tapi ada banyak tak sama) yang dah tak buat del 69-70. Kita panggil kes macam ni kes "stealth" Omicron atau Omicron tersembunyi.


Omicron BA.2 Tak Dapat Dikesan PCT Test.

Jadi petugas makmal kini kena buat test dua kali, kemudian secara manual sendiri kena check sikit dan sahkan, untuk kesan pesakit dapat covid mana satu.

Selain tidak buat del 69-70, BA.2 juga kini dah tiada mutasi unik pada spike protein (keupayaan elak antibodi), maksudnya BA.2 kini senang dikesan dan dilawan oleh antibodi.

Kesimpulan:
Cepat jangkit.
Susah kita nak kesan.
Tapi antibodi nampak jelas virus ni.

Wallaweh: Covid-19 betul-betul bakal berakhir? alhamdulillah.

sumber: https://www.youtube.com/watch?v=YCyvyMpnBl4
Pages: [1]
View full version: Omicron Kini Ada Varian BA.2 Lebih Senang Jangkit Tapi Senang Juga Dilawan


ADVERTISEMENT