ctcheery Publish time 24-1-2022 01:48 PM

Penjual Buah Kongsi Cara Pilih Buah Oren Yang Manis

Tidak lama lagi, masyarakat Cina akan merayakan sambutan tahun baru. Sudah semestinya, pelbagai persiapan mula dibuat seperti membeli pakaian baru, menghias rumah dan membeli barangan dapur untuk masakan.


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/24/101233k9pt9ob9bzb99vt9.png



Selain daripada itu, telah menjadi simbolik bagi masyarakat Cina membeli buah oren untuk sambutan tahun baru tersebut. Tanpa buah oren, pasti sambutan perayaan tersebut akan rasa kosong dan tidak lengkap.


Namun, Kita seringkali tersalah beli buah oren yang masam atau kurang manis. Perkara ini pasti mengecewakan kerana tidak dapat menikmati kesedapan sebenar buah oren terutama semasa perayaan.


Oleh sebab itu, seorang penjual buah yang dikenali sebagai Mad Buah telah berkongsikan cara bagaimana memilih buah oren Yang Manis di akaun TikTok miliknya. Ternyata mudah sekali cara memilih buah oren melalui video yang dikongsi itu.


https://vt.tiktok.com/ZSeV4oNRg/


https://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/202201/24/101230gg6o53pm3ggohqjk.png



Menurut Mad, cara untuk tahu buah oren itu manis atau sebaliknya adalah dengan hanya melihat lubang pada bahagia luar kulit oren tersebut. Sekiranya lubang itu kecil, ia bermaksud bahawa buah oren tersebut kurang manis, manakala jika lubang itu besar, Maka buah oren tersebut adalah manis.
Sangat mudah tips yang dikongsi kan penjual buah ini melalui video TikTok miliknya.Setakat hari ni video tersebut telah mencapai 269.9k penonton dan 13.1k tanda Suka.
Selain daripada tips memilih buah Oren, Mad jugak ada berkongsikan tips bermanfaatmemilih buah lain seperti nanas, Pisang, anggur, cempedak dan sebagainya.-CARI


Sumber: SiakapKeli dan TikTok mad_buah

Agent13k Publish time 24-1-2022 02:03 PM

Jap, Oren apa?

tupaiterbang Publish time 24-1-2022 02:07 PM


dah tau lama and dah lama praktik cara yg sama
cuma oren skang mahal benor rege dia...sebijik dah dekat 3 hengget :funk:

tupaiterbang Publish time 24-1-2022 02:08 PM

Agent13k replied at 24-1-2022 02:03 PM
Jap, Oren apa?



oren buat jus tu
oren raya cina namanya mandarin orange

najib888 Publish time 24-1-2022 05:03 PM

tips pilih oren ka limau ?

Oren, kalau nak yang manis macam topikan twistr tu, beli orange navel.. pungkoq tersembul.. puas hati makan oren ni.. valencia ni, masam2 manis..

Gomea Publish time 24-1-2022 11:41 PM

Memang amalkan macam ni pon. Tapi setiap kali nak beli mesti banyak yg tak berlubang. Yang berlubang orang lain dah rembat dulu

Artemesiaa Publish time 25-1-2022 03:56 PM

Tips berguna untuk yang belum mengetahuinya
Pages: [1]
View full version: Penjual Buah Kongsi Cara Pilih Buah Oren Yang Manis


ADVERTISEMENT