Raline Publish time 22-1-2022 02:30 PM

Malu, rendah diri punca wanita tidak jalani ujian mamogram

Malu, rendah diri punca wanita tidak jalani ujian mamogram

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/0122rsmamo_1642829236.jpg
FOTO HIASAN

Ipoh: Perasaan malu dan rendah diri dalam kalangan wanita terutama luar bandar adalah punca utama mereka tidak hadir ke pusat kesihatan untuk menjalani ujian mamogram walaupun sudah berdaftar.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan NGO Perak Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata, program subsidi ujian mamogram itu dilaksanakan kerajaan sejak 2007 bertujuan menggalakkan golongan wanita dalam kategori layak melakukan ujian itu bagi pengesanan awal kanser payudara.

Beliau berkata, berdasarkan statistik Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Perak terdapat seramai 23,218 wanita berdaftar namun hanya 19,828 sahaja menjalani ujian mamogram bagi tempoh 2013 hingga September 2019.

"Bagi 2021 pula, seramai 1,031 wanita berdaftar dan hanya 880 sahaja menjalani ujian itu.

"Sepatutnya golongan wanita perlu buang sifat malu dan mempunyai kesedaran tinggi dengan menggunakan peluang yang ada pergi menjalani ujian mamogram sekali gus dapat menyelamatkan diri daripada terus menderita sekiranya mempunyai kanser payudara pada peringkat lebih serius," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Ceramah Awam dan Bengkel Pesakit Kanser Payudara anjuran Pink Ribbon Wellness Foundation (PRWF) dan Persatuan Pink Champion Perak di sini hari ini.

Dalam pada itu, Dr Wan Norashikin berkata, terdapat enam pusat perubatan di negeri ini memiliki fasiliti menjalani ujian mamogram antaranya di bandar raya ini, Taiping dan Teluk Intan.

"Pada 2020, kerajaan Perak telah menyalurkan peruntukan kewangan subsidi ujian mamogram berjumlah RM443,500 yang mensasarkan kepada 4,000 wanita," katanya.

Sementara itu, Penaung PRWF Puan Sri Maniseh Adam berkata, bagi meningkatkan kualiti hidup pesakit kanser payudara, pihaknya menyediakan bantuan peralatan prostesis payudara secara percuma bernilai RM250 kepada 100 pesakit yang baharu didiagnosis terutama mereka yang tinggal di luar bandar.

"PRWF turut bekerjasama dengan Hospital Beacon dengan membiayai kos rawatan pesakit kanser payudara menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi secara percuma di hospital itu.

"Kos dianggar bernilai RM10,000 hingga RM30,000 seorang dan sebagai permulaan kita sasarkan seramai 30 pesakit dahulu," katanya.



Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/01/802727/malu-rendah-diri-punca-wanita-tidak-jalani-ujian-mamogram

seribulan Publish time 22-1-2022 09:46 PM

Done it :$

aina_shaira Publish time 23-1-2022 10:48 AM

ujian ni macam mana nak buat, terus pegi mana mana hospital kerajaan then cakap nak buat ujian momogram ke?
Pages: [1]
View full version: Malu, rendah diri punca wanita tidak jalani ujian mamogram


ADVERTISEMENT