mattzzx Publish time 22-1-2022 01:11 PM

Dendam mungkin sebabkan wanita dihukum mati

https://assets.hmetro.com.my/images/articles/firetw22hm_1642815569.jpg
FOTO fail menunjukkan kebakaran berkenaan. FOTO fail AFP

Taipei: Seorang wanita di Taiwan berdepan hukuman mati kerana didakwa mencetuskan kebakaran di Taiwan yang mengorbankan 46 orang, pada Oktober tahun lalu

Pihak berkuasa berkata, kebakaran bermula apabila seorang penduduk yang dikenali dengan nama keluarganya Huang, meninggalkan abu setanggi yang tidak dipadamkan di atas sofa sebelum meninggalkan bangunan itu.

Pendakwa raya semalam mendakwa Huang, 51, atas tuduhan membunuh dan membakar dalam usaha membalas dendam kepada teman lelakinya yang disyaki curang.

Pejabat pendakwa raya daerah Kaohsiung dalam satu kenyataan berkata, tertuduh sepatutnya mendapat hukuman mati kerana sengaja memulakan kebakaran untuk membalas dendam kepada teman lelakinya itu.

"Huang berhasrat untuk menyalakan api untuk menyebabkan insiden dan memalukan teman lelakinya, membawa kepada bencana besar dan kehilangan banyak nyawa yang tidak bersalah.

"Dia tidak menunjukkan sebarang penyesalan dan sikapnya buruk.

"(Pendakwa raya) mengesyorkan supaya mahkamah mengenakan hukuman mati sebagai amaran," katanya.

Huang mengakui menyalakan setanggi untuk menghalau nyamuk tetapi memberikan kenyataan yang tidak konsisten mengenai apa yang dilakukannya sebelum meninggalkan biliknya, menurut pendakwa raya.

Dia pada mulanya mendakwa, membuang setanggi ke dalam tong sampah, tetapi kemudiannya berkata dia tidak ingat apa yang dilakukannya.

Peristiwa itu berlaku selama berjam-jam di bandar selatan Kaohsiung hingga memusnahkan berbilang tingkat blok apartmen 13 tingkat yang usang dan mengorbankan 46 orang.
Pages: [1]
View full version: Dendam mungkin sebabkan wanita dihukum mati


ADVERTISEMENT